kebetulan

pasal entri mengajar vs mendidik sebelum ni..xbyk sgt isinya sbb maklumlah aku pun bru setahun jagung..tp kebetulan selepas itu alberanque ( http://alberangque.wordpress.com/) pun membuat entri yang sama dan begitu bnyk isinya..jd aku petik shj untuk tatapan kalian

Antara Ajar dan Didik terdapat perbezaan yang besar. Bagi aku AJAR hanyalah pemindahan pengetahuan, kefahaman dan mungkin sikap dari buku dan guru kepada murid. Kalau didik pula ialah pemindahan pengetahuan, kefahaman, sikap dan nilai sehingga membentuk seseorang itu insan yang berilmu. Insan yang berilmu ialah insan yang menunjukkan perubahan tingkahlaku yang menjadikannya bertambah baik setelah mendapat didikan. Memang terdapat perbezaan yang besar antara konsep ajar dan konsep didik. Makhluk seperti anjing, kucing, burung kakak tua, monyek, kera dan beruk boleh diajar. Binatang ini akan mengikut dan meniru apa yang diajar secara berulang-ulang tetapi apa yang ditiru dan diikut itu tidak membentuk nilai dalam dirinya. Malah makhluk-makhluk ini tak faham pun apa yang dituturkan olehnya. Ini adalah kerana makhluk ini tak boleh berfikir. Makhluk yang disebutkan ini tidak boleh dididik. Pendidikan ertinya membina pengetahuan, kefahaman, sikap dan nilai didalam diri anak didik. Setelah perkara ini dicapai barulah terdapat perubahan tingkahlaku kerana sampainya makna sesuatu dalam diri anak didik. Makhluk yang layak dididik ialah makhluk yang boleh berfikir. Makhluk itu hanya manusia sahaja.

Oleh kerana sekolah sekadar mengajar sahaja maka produk yang terhasil adalah sekadar ada pengetahun, ada kefahaman tetapi tidak membina sikap dan nilai dalam diri pelajar atau murid. Hasilnya ialah ketidak tentuan nilai diamalkan dalam diri produk. Lihatlah apa yang berlaku kini dalam masyarakat. Ada murid yang melawan guru. Ada ibubapa yang tak mengharapkan guru malah mereka memperlekeh para guru. Lepasan sekolah yang sekadar diajar mendatangkan masalah besar kepada masyarakat seperti masalah kerosakan akhlak, rempit, bohsia, meragut dan berbagai masalah sosial yang kita lihat dalam masyarakat masakini. Ilmu sudah tidak lagi dititiskan diinstitusi yang bernama sekolah. Buktinya banyak. Oleh kerana masyarakat mengiakan kewujudan Kementerian Pelajaran maka tak cukup belajar disekolah ibubapa menghantar anak mereka ke Pusat Tusyen. Pusat Tusyen bukan nak mendidik tetapi sekadar mencurahkan pengetahuan dan fakta untuk diguna pakai pada hari peperiksaan. Selepas tamat peperiksaan, pengetahuan itu akan dilupakan. Kewujudan pengetahuan dalam diri murid tidak mengubah sikap dan tidak mendatangkan makna, maka keadaan ini tidak akan membina sikap dan nilai.

Maka kerana keadaan ini, setiap hari berlaku pergaduhan, bertumbuk, gangguan seksual, perlakuan songsang dan berbagai fasad dan maksiat, baik di sekolah atau pun di luar sekolah. Itulah padahnya kalau niat dah tak betul. Apabila namanya Kementerian Pelajaran maka niatnya hanya mementingkan proses AJAR tetapi kalau namanya Kementerian Pendidikan maka niatnya mementingkan proses DIDIK.

Walau pun terdapat ramai rakan-rakan guru yang ingin mendidik di zaman tonggaknya nama KEMENTERIAN PELAJARAN tetapi hasilnya tetap AJAR sahaja. Aku kira ini bertepatan dengan maksud hadis “Sesungguhnya setiap amal itu berdasarkan kepada NIAT”. Oleh kerana Kerajaan Hari ini hendakkan setakat ajar sahaja, maka produknya hanya setakat itu sahaja.

Sebenarnya tedapat sedikit rasa keciwa dihati ini kerana anak-anak sekolah hari ini sangat berbeza dengan anak sekolah tahun 80′an dan 90′an dahulu. Sikap tak dengar kata dikalangan murid masa kini sangat jelas. Guru sudah tidak menjadi insan yang dihormati dan dihargai. Semakin banyak program dibuat untuk menghormati guru dan ibubapa semakin kerap sikap kurang ajar dipamirkan oleh murid-murid. Akhirnya aku sendiri dah tak pandai nak buat apa-apa selain daripada masuk kelas dan mengajar. Mengajar pula dalam Bahasa Inggeris, semakin bertambah lagi beberapa masalah dalam pengajaran. Itulah perkara yang sukar ditanggung oleh dhamir insan bernama guru
kebetulan

0 comment... add one now