Masjid Besi @ Keluli


Masjid Besi/Masjid Keluli merupakan sebuah masjid yang terletak di Presint 3, Putrajaya. Masjid ini yang dibina pada bulan April 2004 dijangka siap sepenuhnya pada Ogos 2009 yang bakal menerima 20,000 orang terutama sekitar pusat bandar serta kawasan Presint 2, Presint 3, Presint 4 dan Presint 18. Masjid ini mempunyai keluasan sekali ganda berbanding Masjid Putra bakal menjadi mercu tanda baru Putrajaya.

Pembinaan
Masjid ini direka berdasarkan 3 konsep iaitu angin, sederhana dan telus. Kira-kira 6,000 tan keluli digunakan bagi pembinaan tersebut yang mewakili kira-kira 70% manakala selebihnya adalah konkrit.

Ciri keistimewaan
Antaranya tiada pemasangan kipas ataupun alat penyaman udara di dalamnya, sebaliknya menggunakan gas penyejuk (gas district cooling atau GDC). Selain itu, masjid ini turut menggunakan Seni Bina Jaringan Wayar (Architectual Wire Mesh) atau Anyaman Masyrabiah yang diimport dari Jerman dan China (turut dipasang pada Stadium Bernabéu di Madrid dan perpustakaan negara Perancis yang dikenali Bibliothèque nationale de France yang terletak di Paris). Pintu gerbang masuk juga menggunakan konkrit kaca teguh (GRC) bagi mempertingkat integriti sesebuah struktur serta kaca hablur bagi menjadikan masjid kelihatan berwarna putih dari jauh.

Apabila siap kelak, perjalanan menuju ke masjid akan menyeberangi sebuah jejantas yang menghubungkan Dataran Putrajaya ke kawasan masjid ini yang dikenali sebagai Kiblat Walk seluas 13,639 m². Jejantas ini dihiasi dengan kolam air seolah-olah berada di kawasan kota istana purba Alhambra. Hiasan dalamannya dilatari ukiran Asma Ul Husna menggunakan tulisan kaligrafi dari jenis Khat Thuluth. Pintu utama menuju ke ruang solat utama terukir ayat suci al-Quran dari Surah Al-Israa’ ayat ke-80.

Ini ditambah lagi dengan pembinaan dinding mihrab yang diperbuat daripada panel kaca setinggi kira-kira 13 m juga diimport dari Jerman yang terukir 2 baris ayat dari Surah Al-Baqarah pada bahagian kanan dan Surah Ibrahim di sebelah kiri. Uniknya, dinding mihrab ini tidak memantulkan kesan dari pancaran sebarang cahaya atau lampu menjadikan ukiran kaligrafi ayat suci berkenaan yang berwarna keemasan itu kelihatan jelas dan seolah-olah terapung di udara. Bahagian tepi bumbungnya sepanjang 40 kaki pula mampu mengelakkan jemaah yang bersolat di luar dewan solat utama terkena tempias hujan.

Kemudahan
* Ruang solat termasuk dewan utama, dewan terbuka dan dewan solat muslimat
* Tiga unit kuaters dua tingkat tiga bilik untuk kakitangan masjid
* 10 unit bazar atau ruang niaga di dalam kawasan masjid
* Bilik pameran yang mampu memuatkan 250 orang
* Dapur
* Bilik orang kenamaan
* Bilik penyelenggaraan
* Bilik jenazah
* Pejabat
* Bilik kawalan audio visual
* Ruang letak kereta bawah tanah

Canggihkan???

Masjid ni kira dkt la sikit dgn rumah aku..Tp kan..Kalo korang smyg dkt Msjid Putra, ko boleh lambai dkt jemaah kt masjid ni nanti..hehe..nmpk dari Masjid Putra yg digunakan skang ni.. Xcaya?? ni gambar aku ambil dari masjid Putra
Ni la dia gambar2 yg aku ambil sendiri masa nak OTW pegi pasar pg sabtu..Haha..Ambil dari jarak dekat..

yg dibulatkan tu lah jejantas yang menghubungkan Dataran Putrajaya ke kawasan masjid ini yang dikenali sebagai Kiblat Walk
TK

3 comments.. read them below or add one

A.I.Z.A.T A.I.Z.A.T 14 June, 2009
wah bkn main lagi ilustrasi gambo ko ek man?
hehe..wah canggih ar masjid baru ni,
nati siap gtau ar.aku nk dtg solat sana..
bule amik gambo skali.huhu
n@m@n n@m@n 14 June, 2009
A.I.Z.A.T~aku rasa kalo canggih camni time khutbah lagi lena kot orang..haha..