PPSMI and Me!

Ini hanya pandangan peribadi drpd seorg guru setahun jagung di sebuah sekolah yg di'gredkan' dgn kategori luar bandar..bukannya fakta yg sahih..Tp ianya realiti..Ini hanya catatan melalui pengalamanku..Tidak mewakili semua tetapi barangkali ada yg serupa..

Kes pertama
cikgu Wan(aku la ni) : Awak hafal ke awak faham?
Saifudin (bukan nama sebenar) : er..er..
cikgu Wan : Faham tak?
Saifudin : Sikit-sikit.
Cerita yang pertama ni berlaku masa exam midterm hari tu..paper biologi..Aku saje baca jwpn bdk ni..Jawapan dia mantap..Tapi sedikit meragukan betul tak dia faham atau just hafal..Sebab ayat tu advance sgt..seolah2 ayat sebijik dalam buku(bkn berniat nk menidakkan keupayaan pelajar tersebut..tp aku suspect cikgu bg hint soh hafal..sebab ramai yg memberi jawapan yg sama)

Kes kedua
cikgu Wan : Cuba awak explain kt cikgu dlm Bahasa Melayu?
Khairi(bkn nama sebenar) : Tak boleh cikgu.
Cikgu Wan : Kenapa?
Khairi : Sebab saya hafal dah dalam BI
Kes kedua ni masa aku praktikal dkt Bandar Tasik Kesuma, Semenyih pada 2006.

Kes ketiga
Cikgu Wan : Akak..Dapat markah ke kalau diorang tulis balik cerita yang diorang hafal tu?

Cikgu X : Dapat. Walaupun tak menjawab soalan. Panitia Bahasa Inggeris area sini mmg buat mcm tu..Suruh
bdk2 hafal satu cerita..Then bila nk jwb soalan directed writing,pilih soaln no 2 yg ayatnya bermula dgn write a story. Pemeriksa bagi markah based on ________(aku xbrp ingat..sori yer)
BI mmg tenat sekarang terutama di luar bandar..kenapa tak diubah kaedah pengajaran BI..Sampaikan terpaksa menggunakan kaedah menghafal semata nk mendapatkan markah..sebaliknya PPSMI diadakan?? jgn sampai ' Yg dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran'..Beban mkn bertambah kepada guru yg mmg dh terbeban

Kes keempat
Cikgu N: I tak boleh imagine mcm mana U ajar Sains in English..BI pun saya terpaksa translate kpd BM semasa mengajar.

Perbualan aku dgn seorg guru BI..Sebenarnya pengajaran Sains umpama Tok Guru nk baca kitab dan nk menyampaikan maksudnya kepada jemaah..Baca dalam Bahsa Arab kemudian terjemahkan kepada BM..Sains juga sama..Bca buku teks yg dlm BI kemudian terjemahkan kpd BM..kalau x..terlopongla bdk2 yg lmh BI..Dalam subjek Sains aku cuba nk kaitkan dgn sekeliling diorg..Kenapa kita menguap,kenapa kita menggigil bila sejuk, apa kelebihan sembahyang berjemaah..dan mcm2 lg..semua ini xboleh disampaikan dlm kelas aku dgn berkesan sekiranya mediumnya Bahsa Inggeris..

Kes Kelima
Doktor M : Bla...bla..menyebabkan 'irritation'..Err..ape ek irritation??
Aku : Sakit/radang kan?
Doktor M : Oh ye.
Ni pulak masa aku pergi bwk wife aku pergi scan dkt satu klinik private dlm Putrajaya. Doktor melayu tu cuba nk explain kt kitorang dgn campur2 kn bahasa..Kemudian tersangkut pulak kt satu perkataan..Bayangkan kalau doktor2 yg akan dihasilkan dlm bebrapa tahun akan datang nk explain kat pak cik2..mak cik dkt kampung dlm BI..sebab diorang belajar istilah dlm BI..

PPSMI...kenapa perlunya ada PPSMI????
alasan-alasan yg biasa aku dengar
* meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris
* buku-buku rujukan biasanya berbahasa Inggeris
* globalisasi
persoalannya..kenapa S&M?? Kenapa bkn Sejarah. Geog atau Pend. moral?? Aku dulu pun tak terdedah dengan BI sgt mcm bdk2 skrg..Tp alhamdulillah BI aku xla teruk sgt..Stkt nk mengajar dlm BI bolehla..Begitu jgk dgn mbr2 aku..ramai yg dpt C dlm subjek BI..tp yg dpt C tu dh berjaya menjadi doktor..Bahkan further studies dkt oversea..

Aku ada terbaca dulu jurnal sape ntah..masa ni belajar lagi dkt UKM..Penulis membahagikan pelajar2 Sains yg melalui PPSMI kepada:

1) Pandai konsep pandai english
Yg ni biasanya pelajar2 bandar dan byk terdedah kpd BI
2) Pandai konsep tak pandai English
Kasihan dgn pelajar2 kategori ni..Betapa ruginya sekiranya mereka hilang minat terhadap S&M kerana kekangan Bahasa
3) Tak pandai konsep tak pandai english
Hmm...a lot of efforts needed
 
Pd pandangan aku, secara teorinya dasar PPSMI mmg sgt bagus utk jangka masa yg panjang..Tp masalahnya pd peringkat pelaksanaannya??
* Kemampuan guru sendiri- Cukupkah guru yg berkemahiran? Bolehkah tahap  BI guru2 ditingkatkan serentak dgn tahap BI pelajar2?*
* Mampukah guru menjadi mahir dlm BI dgn kadar yg singkat dgn pelbagai program yg diadakan? Harus diingat..Guru juga ada keluarga..Tak cukup dgn kerja2 yg dibawa blk..Kelas tambahan..Ditambah pula dgn kena belajar BI?? Sampaikan aku dgr aritu seorg guru BI yg terlibat dlm sistem buddy mengeluh..' Tak dapat elaun BISP pun akak tak kisah..Drpd buat kerja mcm ni'

Semua ini hanya catatan drpd aku sbgai guru baru..Mungkin guru2 berpengalaman di luar sana mempunyai 1001 cerita mereka sendiri..
PPSMI and Me!

0 comment... add one now