Lidah Lembu VS Lidah Manusia


Kita belajar sains dulu ye..

Apa persamaan dan perbezaan manusia dengan lembu??


Haa..Kedua-duanya digolongkan dalam alam yang sama iaitu animalia...Patutla kadang2 manusia berperilaku 'binatang' ..hehe

Tetapi spesies lembu adalah bos gaurus..manakala manusia homo sapiens

cikgu :'ingat pelajar-pelajar, bila nak menulis nama spesies..pastikan menggunakan tulisan Italic'
Pelajar: 'Baik cikgu'

hoho...Dah..dah..citer lebih-lebih kan ada org tekan kekunci Alt + F4 (close) blog aku pulak..hahaharimau..

Tadi kita mengkaji dari segi pengelasan kedua-dua makhluk Tuhan ni..Sekarang kita tgk perbezaan dari  aspek yg  paling kritikal iaitu otak..

Dua-dua ada otak..Tapi siapa yang mempunyai akal?? Adakah yang ada akal tu pandai menggunakannya?Dah merapu dah ni..So baik aku teruskan dengan fokus entri ini yang sebenarnya.

LIDAH..ya lidah..Lembu ada..manusia pun ada.. Fungsi lidah yang utama adalah sebagai organ deria rasa..

Tetapi manusia telah menyalahgunakan lidah kurniaan Tuhan ni..manakala lembu pula tidak..Paling kurang pon dia menyalahgunakan organ ni dengan 'merasa' rumput di ladang orang..hehe

~Mengumpat
~Mencaci
~Mengata (tak sama ngan mengumpat ke)
~Menyakitkan hati dengan kata-kata nista
~Mengomen orang (apa org lain buat serba tak kena..org mcm ni ingt dialah yg paling perfect kunun-kununnya)
~Dan lain-lain yang sewaktu dengannya

Sebelum itu, aku pon ingin tegaskan kat sini aku juga kadang-kadang melakukan benda yang sama..Tapi alhamdulillah bukanlah habit..kadang-kadang terlepas(biasalah manusia kan..)

Tapi masalahnya bagi mereka yang perbuatan di atas seakan- akan rutin harian mereka..kalau tak mengumpat..mengata..mengomen tak sahla rutin seharian mereka...pelik kan?? Memang manusia banyak ragam..

Biasanya kes2 mcm ni dikaitkan dgn kaum Hawa..Tp lelaki pon ada jgk tauuu..Kawan aku sendiri..

Ada sorg kawan aku tu, dia suka komen apa yg org pakai, apa yg org buat dan segala macam lagi..Padahal kalau aku nak komen pasal dia memang bnyk point la..Org mcm ni ingat dia je la yg betul..dia ingat dia je yg perfect..Pernah dia komen aku pakai baju besar..Padahal yang aku pakai ngam2..cuma lengan dia tu labuh sikit..Maybe dia jadikan cara dia berpakaian tu 'benchmark'..Padahal yang dia pakai baju bundle yang lusuh..yg boleh dibuang ke tong sampah..

Yang kedua kawan yang suka tikam dari belakang..Depan kita..MMg nmpak ngam je..Tetapi belakang kita..kaw-kaw dia kutuk ngan kwn lain..Ada kawan aku tu dia kawan dgn kawan yg sorang tu (kawan aku jgk)..siap bertepuk tampar lagi..Tapi bila dia berborak dengan aku berdua je..Dia kutuk kawan tu mcm2..hmmmmmm...Kawan macam ni 'buat kawan boleh, PERCAYA jangan'

Kalau nak cerita lagi jenuhla aku nak taip, jenuhla korang nak baca kn..aku rasa cukuplah setakat ni..yang penting aku nak menyeru diri aku sendiri dan sesape yang ada perangai2 spt di atas..apa kata kita pergi bertafakur (bukan takaful ye) lebih kurang 10minit..muhasabah diri sendiri..tanya diri sendiri..sempurna dah ke kita ni?? Betul sangat ke kita ni???

SEKIAN

Sebenarnya aku nak wat entri pasal aku teringat bulan pose selalu makan LIDAH lembu bakar..haaa..Best tau..Pernah rasa ke????

aku sebagai  penternak lembu yang berjaya

P/S : Kita memerlukan lidah atau mulut untuk bercakap??

{ 10 comments.. read them below or add one }

sayalahfaizul sayalahfaizul 19 August, 2009
alamak... aku pulak yang terasa...
tchersally tchersally 19 August, 2009
bukan kah lidah itu lebih tajam dr mata pedang..

huhu..ada kes ke dik? mcm n3 menyindir dan melepaskan geram je ni? tp mmg betul kerana mulut badan binasa..sbb tu kekadang berdiam diri lebih baik dr berbicara..
n@m@n n@m@n 20 August, 2009
sayalahfaizul~ nape tu???hoho

tchersally~ ada la sikit2..hehe..better be in 'silent mode' ..haha
imanshah imanshah 20 August, 2009
Hadis Abu Hurairah r.a:
Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
Adakalanya seorang hamba mengucapkan satu kalimah yang menyebabkan dia
tergelincir ke dalam Neraka yang jaraknya dalamnya antara timur dan
barat.
tengku_fir21 tengku_fir21 20 August, 2009
lidah lembu bakar..
sungguk tk terkata
ader ker..???
mantan mantan 20 August, 2009
n@m@n,
contohnya banyak yg dapat kita baca dr blog yg ditulis oleh mereka ni..
a kl citizen a kl citizen 20 August, 2009
naman .. kenapa lidah orang tu camtu.. yang dalam gambar tu... takutla pulak tengoknya...

selamat berpose..
n@m@n n@m@n 20 August, 2009
imanshah~ kerana kita memakan daging saudara kita sendiri

tengku_fir21~ada..ada..best macam KFC..hehe

mantan~ betul..kdg2 saya pon sama..tp cpt2 bermuhasabah..hehe..kdg2 kalau amarah tidak dikawal, kita akan menjadi org yg sebegitu

a kl citizen~ tu la lidah bercabang..hehe..banyak kt seliling kita
n@m@n n@m@n 20 August, 2009
ops..selamat berpuasa kembali..
Cikgu Adham Cikgu Adham 21 August, 2009
slm.. kerana lidoh, badan binasa sheikh....

selamat menjalani ibadat di bulan ramadhan... semoga tahun ni ibadat lebih mantap pelbagai dari sebelumnya heh heh heh