Selamat Berpuasa..



Alhamdulillah..Ramadhan kembali lagi..Selamat menjalani ibadah puasa ku ucapkan pada semua..

Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang sebelumnya..Semoga kebaikan-kebaikan yang ada dalam bulan ini boleh  menjadikan kita lebih baik....


InsyaAllah petang Jumaat aku akan balik ke kampung menyambut puasa..Jadi untuk selama beberapa hari blog ini tak akan berupdate..hehe...Teruskan berblog wahai kawan-kawan...

** Tiba-tiba je photobucket buat hal..abis aku punya gambar yang gerak-gerak tu..Nak repair pon dah tak sempat..jadi aku biarkan je blog aku dalam keadaan yg menyedihkan ini..hehe..***

** banyak gak entri dalam draft..Tapi agak kemalasan + tak sempat nak buat auto publish..hehe**

emmm..dah lama tak dengar lagu man Bai dan Raihan...

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

SEKIAN

{ 10 comments.. read them below or add one }

cikgu_math cikgu_math 21 August, 2009
selamat balik kampung...
dan selamat berpuasa
xiiinam xiiinam 21 August, 2009
Salam Ukhuwah...
Salam Ramadhan....semoga hati kita semakin bersih melalui bulan berkat ini....
tchersally tchersally 21 August, 2009
selamat! selamat segalanya..


kg d mana?
imanshah imanshah 21 August, 2009
“ (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. ( Dengan ketetapan yang demikian itu ) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa ( sebulan Ramadan ), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya, dan supaya kamu bersyukur ”.AlBaqarah ayat 185
Aidil Fadzil Aidil Fadzil 22 August, 2009
Salam...Semoga lebih berkat lagi puasa kat kampong. Salam Ramadhan.
sonata anak kancil sonata anak kancil 22 August, 2009
Selamat berpuasa...balik kampung? hati2 di jalan raya...
laki cikgu kimia laki cikgu kimia 22 August, 2009
Selamat beribadah ckgu naman!
ɯıssɐɥıuɐq nƃʞǝɥɔ ɯıssɐɥıuɐq nƃʞǝɥɔ 25 August, 2009
mentang2la cuti sekoloh kei namei...
amik kesempate kelik kapung...

selamat berbuko dan bersahur kat kapung...
n@m@n n@m@n 25 August, 2009
CM & xiiinam~selamat berpuasa jgk..

tchersally~ psr puteh..klate kak..hehe

imanshah~demo hafiz quran ngan hadis ke??

tengku_fir21, sonata anak kancil, laki cikgu kimia ~ salam Ramadhan semua..;)

CBH~bahasa Jerman ke tu??hoho