Rasa cam best pulak contest yang dianjurkan oleh akak Zieha
Gambar..
SEkeping gambar boleh menceritakan seribu macam perkara..betul tak?
Thanks kpd tuan punya contest kerana bila tengok gambar2 lama disebabkan nak cari gambar candid..banyak kenangan dapat diimbau..
Gambar candid melambangkan diri kita yg sebenar..betul ke ni?? haha
Terlalu banyak gambar candid yg aku ada..tu pon yg digital..xtermasuk yang zaman filem negatif lagi..hehe
So untuk tidak mengguris hati gambar-gambar yang aku tak pilih utk contest ni..aku nk cerita sikit pasal gambar2 candid yang aku ada..Jadi entri ni adalah 2 dalam 1
Kepada tuan punya contest bolehla skip terus kepada gambar yang terbawah sekali utk tujuan contest ni
dua sepupu ni (anak sedara aku) sedang asyik menonton TV..si aiman tak sedar ke peha dia sakit sebab Faris duk atas dia..hehe..jawab aiman 'Aiman tak kisah'
Ni pula masa aku ngan kawan2 pergi buat satu kerja amal kat umah anak Yatim..Punyala berkenan budak ni kat aku sampai panjat2 leher(perasan jap)..ngan kwn2 yang lain takde pon...hoho
ni la dia dua beradik yg comel tu..bila nak bergambar dan-dan duk atas riba aku..hehe
Ni pulak gambar candid semasa nak tangkap gambor kelas..cuba cari mana aku????
zaman 'gila-gila remaja'..macam di sarkas pulak aku rasa
lakonan semata-mata
berlakon lagi mamat-mamat yang tak leh masuk Anak Wayang ( aku berbaju kelabu)
Aksi stunt..
haa..Yg ni la baru candid..Balik drpd shooting aksi2 di atas..Si A ni wat lawak pulak..Naik motor sambil bersila(Motor tgh bergerak tu tau)..kitorang dalam kereta..Masa ambil gambar dia buat muka terkejut pulak..haha(klik untuk besarkan)
haahhh..Ape!!!! ( ni pulak muka terkejut aku)..haha
Ma dan Aiman yang kepenatan selepas majlis Konvo aku..
kitorang didenda kerana tak sabar2 buka hamper yang kitorang menang sebab nak makan aiskrim..Jadi amek ko...Pumping la sampai habis aiskrim tuh...
Adui..'spoil' betul..tengok depan la wei masa ambil hadiah..takde protokol betul
Gaya tido Pendekar Bujang Kulapuk..hehe..Sori weh kpd insan2 yang ada dlm gambar ni..nanti aku belanja korang Piza En. Ahsan tau..
Dan pemenang antara gambar-gambar candid aku(aku wat contest sendiri utk gambar2 aku) adalah...jeng..jeng..jeng..
~
~
~
~
~
~
~
~
~
Chalet di PD dilanda tsunami(mintak jauh la)..hehe..Semuanya penat sebab pergi snorkeling sebelum tu..aku sorg je tak tido..haha..lagi sekali ampun kepada watak-watak dalam gambar ni..
Gambar ni menunjukkan walau sehensem mana lelaki-lelaki dalam gambar ini, walaupun kat luar memakai pakaian mahal2..tapi bila bab tido....Alahai..masing2 menunjukkan sifat yg sebenar...hoho
Boleh tak kak Zieha??