Entri ke 99 pada 090909-Bonus???

Ada bonus ke tak???

Ada bonus ke tak?

Ada bonus ke tak?

Semuanya dah terjawab..

Siapa yang tak dapt jangan kecewa..huhu..Rezeki Allah tetap ada..



KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam kumpulan sokongan seperti yang diumumkan Rabu.

"Kami berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian itu tetapi kami juga kecewa kerana menjangkakan sebulan bonus kepada semua penjawat awam," kata setiausaha agungnya Ahmad Shah Mohd Zin ketika dihubungi.

Beliau berharap kerajaan akan menggantikannya dengan bonus yang lebih tinggi tahun depan.

Kira-kira 860,000 penjawat awam akan menerima bayaran khas kewangan itu yang akan dibuat sebanyak dua kali iaitu RM250 dibayar sebelum Aidilfitri manakala bakinya pada Disember.

Dalam satu kenyataan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian khas itu yang dibuat selepas mengambil kira kebajikan penjawat awam dalam kumpulan itu terutama bagi meringankan beban kos persediaan musim perayaan dan persekolahn akhir tahun ini.

Implikasi kewangan kepada kerajaan bagi bayaran itu adalah sebanyak RM430 juta.


dipetik dari-- BERNAMA

Macam mana semua???????


Alhamdulillah la kan..w/p aku tak dpt..uhuk..uhuk..

Esok mesti heboh...

P/S : huhuhuhuhuhuhujan

{ 14 comments.. read them below or add one }

xiiinam xiiinam 09 September, 2009
RM250 tu akan jadi rezeki anak saudara ckLah seramai 39 orang tu...

Errrr...39 tu baru sebelah ckLah ....sebelah suami, siap ada 5 cucu saudara lagi. Tapi itu bahagian suamilah...he..he...
Cikgu Adham Cikgu Adham 09 September, 2009
slm..
kerajaan abis duit wat kempen pilihan raya kecik hari ru heh heh... tp semuanya kalah.. maka ni la hadiah kepada rakyat keh keh keh..

dalam sejarah ni weh perdana menteri baru naik yg tak bagi bonus kpd semua kakitangan..

sebelum ni semua PM yg baru akan bagi bonus kpd semua penjawat awam..

walaubagaimanapon anggap la ianya takda rezeki... kerana semua rezeki itu dr Allah SWT
cikgu_math cikgu_math 09 September, 2009
tak ada rezeki...
memang tak mengharap pun...
kalau betul-betul ada cadangan bonus kakitangan , 3 bulan lepas dah di umumkan...
a kl citizen a kl citizen 09 September, 2009
assalammualaikum

alhamdulillah...kita tumpang gembira atas rezeki orang lah kan
n@m@n n@m@n 09 September, 2009
xiiinam~ aik..cklah dpt ke?? xphm??

ramainya anak sedara..mesti meriah tu


Cikgu Adham ~ opss..kontrol sikit abe..hehe

tu la..rezeki tetap ada

cikgu_math ~ kalau mengharap nanti kecewa kan?

maybe ada rezeki dlm budjet 2010??


a kl citizen betul tu..

rezeki masing-masing..
Webmaster@Echam Webmaster@Echam 09 September, 2009
Bersyukur dgn apa yang ada. Alhamdulillah sekurang2nya kawan2 yang kerja gomen still ada bonus. Cuma tahun ni je ada poblem sikit.
n@m@n n@m@n 09 September, 2009
Webmaster@Echam ~ betul..

nanti kita mtk duit raya dkt sape yg dpt..hehe
Anak Tumpat Anak Tumpat 10 September, 2009
masih aku ingat masa aku first year keje.. masa tu paklah x bagi bonus..alasannya gaji dah dinaikkan dan bimbang harga keperluan lain akan naik kalau ada bonus..katanya...!!! tahun 2007 kalu x silap.. alih2 awal tahun 2008 ada pilihanraya umum.. adik kakok tahu semo la kan macam mana pilihanraya umum ke-12 kan? apa jadi..? gerombolan paklah menang besar...!!! hohoho..pakjib nak ikut jejak paklah ker?
n@m@n n@m@n 10 September, 2009
sonata anak kancil ~ kena pecah tabung la kak..hehe


anak tumpat hoho..mungkin ada sebab lain 'kemenangan' pak lah tu..

pak jib mungkin dah tau dia boleh 'menang' besar kot..opsss...

maybe ada rezeki kita dalam budjet nanti?????
chekgu BaniHassim chekgu BaniHassim 11 September, 2009
takpe, kite tunggu belanjawan 2010, bulan 10 nnnti...

kalu ade rezki ade la, kalau takde takpe...

len kali mungkin...
n@m@n n@m@n 11 September, 2009
chekgu BaniHassim ~ betul tu..

maybe ada rezki dlm belanjawan kn? just maybe je la..jgn mengharap..

kalau ada rezeki ada la
pija5120 pija5120 14 September, 2009
ish..ishh.. kalo xmo bagi, jgn bg semua laaa... senyum je member2 yg dpt... anyway, xde rezki bonus.. korek tabung la jawabnya, arini baru 14 hb, confirm dah korek tabung! kira jwtn profesional la kita... sbb tu xdpt bonus..ha..ha..
n@m@n n@m@n 14 September, 2009
pija5120 ~ kita professional ke??? mcm2 kerja yg kita buat..hehe

abisla tabung kak..