Ori atau spicy???

Opss..tajuk itu hanya sebahagian sahaja berkait dengan entri kali ni..



haa..kenal tu sape? Mustahil tak kenal..Betul..betul..betul

Dari yang kecik sampai la kepada mak bapak yang kecik dan tuk nenek yang kecik tu tau karekter budak botak dua orang yg comey ni

Al kisahnya masa Citer Geng Pengembaraan Upin & Ipin ni kitorang tak sempat jejak ke Panggung Wayang nak tengok citer tu..jadi aku pun cakapla kat Fiza..

'Tak pela..Kita tunggu je DVD dia kuar'

lama gak kitorang tunggu DVD ni kuar, jadi aku pon call la Les Copaque (Sykt. Produksi) pastu tanya..Bila DVD ni nak kuar??

Terkejut aku bila dibagitau DVD akan keluar penghujung tahun 2009..mak oi..masa aku tanya baru je bulan 4 cam tu kot..So tunggu je la..


Jadi 2 minggu lepas kat Alamanda aku ternampak promosi DVD ni, tak kuar lagi, tapi untuk ditempah..Wah..aku dah bersemangat nak beli ni..Aku tanya harga.....

Lagi seposen 40 ringgit..

Berbaloi ke kalau aku beli??? Aku pun terus cancel..Tak jadi beli..Setakat bawah 20 bolehla..

Dipendekkan cerita, hari ni terbeli yang versi Lanun Laut Eden Somalia (paham2 la ye)..takde beza dengan original(beza harga)..Tak sangkut, gambar clear..

PERSOALANNYA

1. Kalau aku pon aku marah kalau hasil kita dirompak oleh orang, tapi sebagai pengguna aku tak nak habiskan duit yg bnyk utk benda sebegini..baik sedekah
2. Kita ada pilihan yang boleh menjimatkan RM32, tak nak ke? Mestilah kita cari yg murah kan?
3. Kenapa harganya 'mencekik darah'..Padahal dah untung berjuta-juta..tak cukup lagi ke?
4. kalau aku beli yang mahal, kalau org nak pinjam pun aku teragak-agak nak bagi, org lain tak semestinya mcm kita jaga barang..Bukan sebab kedekut, kalau rosak tak ke rugi???
5.Rosyam Nor dalam satu wawancara mengatakan kalau dia sebagai pengguna pun dia akan cari yang lebih murah..Jadi dia tak salahkan pengguna


Ni pendapat aku je..
Beli lah yang original

Sekian. TK

{ 12 comments.. read them below or add one }

imanshah imanshah 13 September, 2009
Seumo hidup, belum ada lagi DVD ori kat umah kawe..huhu
Daddy Cool Daddy Cool 13 September, 2009
Man...

Daddy sebagai orang yang terbabit secara langsung dalam pembabitan cereka-ceraka dan filem-filem pendek mengakui untuk menghasilkan sesuatu filem itu memang seksa!

Memang patut pun diorang berkempen untuk beli yang original...

Tapi....lantak le...duit kita! Hehehehehe!
n@m@n n@m@n 13 September, 2009
imanshah~ kawe ado jugok..tp paling bnyk download je..hehe..zaman IT katakan


Daddy Cool ~ Ye..mmg diakui..kdg2 tak tido beberapa mlm kn??

Tp kalau dh untung besar, sampai market ke luar negara..takkan nk cekik darah lagi..

Tp yg ori ada DVD tambahan..

Betul..Duiiiiiitt kita..hehe
Cikgu Adham Cikgu Adham 13 September, 2009
slm..

kena beli hok ori la sheikh... kalo hok ori bunyi pon sedap cikit..
n@m@n n@m@n 13 September, 2009
Cikgu Adham ` salam sheikh..

ye ke sheikh..demo mmg beli ori ke sheikh??????
Bapak Bapak 13 September, 2009
entahlah Naman..hehhe

biasanya orang beli dvd atas dua sebab pasal hiburan & seni.

sejak dulu lagi Bapak cuba disiplin diri beli yang original sahaja asalkan berkualiti & berbaloi.

tapi dah lama x beli..tengok wayang jer kalau berkesempatan..heheh
chekgu BaniHassim chekgu BaniHassim 13 September, 2009
belilah yg murah dan gambar clear...
hahah
n@m@n n@m@n 13 September, 2009
Bapak~betul tu bapak..

kalau diorg menurunkan harga menghampiri yg pirate, orang ramai akan membeli yg ori..

kenapa mesti jual dgn harga yg sgt mahal


chekgu BaniHassim~hoho..ramai geng ni
zieha zieha 13 September, 2009
kalau nak buat koleksi belilah yg ori..tapi kalau setakat nk tgk sekali-dua..beli yang murah aje..aje..:d
n@m@n n@m@n 13 September, 2009
zieha~ betul tu kak..saya pernah wat koleksi kaset2 yg saya minat..

original gitu..hehe
Webmaster@Echam Webmaster@Echam 13 September, 2009
Haaaaa??? RM39.90??? Huh.. pegi mampuslah ko Les Copaque. Jangan harap aku nak beli. Baik aku sokong cetak rompak.....
n@m@n n@m@n 13 September, 2009
Webmaster@Echam~ wah..berterus terang nampak..

hehe