Pengaruh Rakan Sekerja


Owhh..Nape la jadi malas nak menaip..hoho..
Benda ni dah lama dalam draft, duk perap je..dah nak jadi pekasam dah..


Alang-alang menyeluk pekasam,biar sampai ke pangkal lengan..Jadi aku gagahkan jugak nak bercerita pasal ni..hoho

Rakan sekerja atau bahasa PPSMInya 'colleague'..hehe..

Kali ni aku nk bercerita tentang pengaruh rakan sekerja yang jauh lagi senior kat tempat kerja aku..mana lagi kalau bukan sekolah..hehe..Ceritanya lebih kurang mcm ni


Cikgu X : Wan..JOmla join kitorang makan roti canai kat Jalan 9(masa ni waktu sekolah)
Aku : Oh..Takpela

beberapa hari lepas tu

Cikgu X : Weh wan..Jomla join..Ko ni penakut la.
Aku : Saya ada relief ni.
Cikgu X : Macam-macam la alasan ko ni.

Beberapa hari lepas tu lagi

Cikgu X : Ko ni penakut betul la..Ko takut takleh sah ke?Ala..nanti ko sah jugak la.JOm Rasyid(bukan nama sebenar), join geng pagi (dia ajak sorg cikgu petang tu..Boleh geng dengan kitorang..
Aku : Senyum je..malas nk amik 'port'

Menyentuh pasal cikgu senior ni, kalau tentang pengalaman, banyak kita boleh belajar..Aku pun selalu gak dengar citer diorang yg mcm2 tu..kdg2 dijadikan rujukan..

Cthnya mcm mana nak mengawal kelas, nak buat kerja yang tak berkesudahan( tipsnya, buat yg penting dulu,,yg tak penting tolak ketepi dulu) dan macam macam lagi.

Tapi yang aku tak paham sifat macam yang kat atas la..Kenapa dah lama bekerja tapi menunjukkan sifat tak matang??? Kenapa nak ajak orang buat benda tak betul beia-ia sangat??? tak paham den..

Bukan masalah sah ke tak sah..Tapi pandai2 la pikir kan mana betul, mana tak betul..Kalau kita nak buat perkara tak betul, tak payahla nak ejek orang kan kalau org tu tak nak ikut..

Lagi satu, aku rasa kalau dah nama kita pendidik, walau kita ni ada sedikit 'kejahatan' ..janganlah kita tunjuk kat orang terutama pelajar..kena ada 'hipokrit' gak..Hipokrit untuk kebaikan sistem pendidkan itu sendiri..kalau tak jadilah kita macam 'ketam mengajar anaknya berjalan lurus ke depan'

Contohnya..Kita marah pelajar hisap rokok, tapi kita sebagai cikgu duk berkumpul dkt pondok jaga ..BERASAP di sana melepas gian...Tak ke kelakar???

Pernah satu hari tu aku tengok Cikgu X tadi duk berasap pagi-pagi dekat pintu pagar sekolah..diulang..PINTU PAGAR SEKOLAH..di awal pagi..di mana masa ni la ibu bapa sibuk hantar anak ke sekolah..apa kata mereka bila anaknya cakap

' Tu cikgu saya mak/abah '

Orang mcm ni la menyebabkan profesion kita ni dipandang remeh..Seekor/berekor-ekor kerbau membawa lumpur,semuanya terpalit sama..

Tu belum mereka-mereka duk menghulur rokok kat kawan-kawan dlm bilik guru..Kalau ada pelawat macam mana??

Emm..Aku nak mengomen panjang pun, aku pun takdela seratus peratus betul..ada gak yang kurangnya..Tapi, yang nampak jelas tak betul tu..Bolehla fikir jugak..

Apa-apapun, kita ambil yang elok je dari senior/rakan sekerja..Yang tak elok, buang jauh-jauh..

P/S : Cerita macam ni bukan dalam bidang perguruan je..Bidang lain pun sama jugak

{ 12 comments.. read them below or add one }

Cikgu Adham Cikgu Adham 08 September, 2009
salam.. heh heh cikgu2 senior tak kata demo skema ke?
n@m@n n@m@n 08 September, 2009
Cikgu Adham~ kawe kena wat skema add math form 4 sokmo..hehe

ada masa kita kena jd skema..
mantan mantan 09 September, 2009
saya sangat setuju dengan entry n@m@n ni. Mereka ni "pandai tak boleh ditumpang, bodoh tak boleh diajar".

n@m@n akan jadi guru yang "lemah" jika terpengaruh dengan mereka ini.

Fikirkanlah sama ada keadaan itu nak dijadikan sempadan atau teladan.

Sebahagian mereka mungkin sudah "burn-out" atau dah jadi "dead-wood".
xiiinam xiiinam 09 September, 2009
ckLah pun cikgu senior weh...

Sudah 18 tawon dipanggil che'gu.....he..he..

Apa-apapun...senario begitu tak akan terjadi, kalau kita jadikan kerjaya kita sebagai 'passion' kita....bukankah itu jalan yang kita pilih sendiri? Siapa lagi yang harus cinta akan kerjaya kita, kalau bukan kita. Kan....kan...!
imanshah imanshah 09 September, 2009
Huhu...mujo kawe tak hisap rokok..sekolah kawe port dia blakang bangunan bilik seni..budak2 pun cakap..macam manalah nak jadi suri teladan..tang keluar masuk waktu sekolah, kalau pengetua tak tegas, alamaknya sekolah ni macam depa yang punya...
n@m@n n@m@n 09 September, 2009
mantan~ mintak jauh dari terpengaruh..

xiiinam~ diorang dah dkt 30tahun mengajar..hehe..tu yg egonya tinggi tu

betul..setiap kerja memerlukan 'passion' sbgai 'key'
n@m@n n@m@n 09 September, 2009
imanshah ~nsb baik kawe pon tak hisap..

tu la..kdg2 pengetua takleh buat apa dh..diorang ni semua hebat2
laki cikgu kimia laki cikgu kimia 09 September, 2009
sebenarnya ketam berjalan lurus wei.. cuma tak ke depan. die bergereka ke tepi heh!
n@m@n n@m@n 09 September, 2009
laki cikgu kimia~ 10 markah untuk you..haha

ok2..sepatutnya bergerak lurus ke depan..aku edit..aku edit gak skang..

yg tu jgk yg ko nmpk ek???
the life of cikgu sue the life of cikgu sue 09 September, 2009
Jangan terpengaruh ngan yang tak baik.Ambil yang baik-baik aja.

Kak sue ni dah 28 tahun ngajarpun tak berkenan dengan cikgu yang macam tu.

Lebih-lebih lagi mereka yang tak pernah-pernah tukar sekolah.Asyik dok sek.yang sama aja.Bermaharajalelalah mereka.
the life of cikgu sue the life of cikgu sue 09 September, 2009
Jangan terpengaruh ngan senior yang macam tu.

Mereka yang bersikap macam tu biasanya yang dah lama mengajar di sekolah yang sama.

Maka bermaharajalelalah mereka.
n@m@n n@m@n 09 September, 2009
the life of cikgu sue~ betul tu kak sue..

sikit-sikit akan ckp 'ala..aku dh lama mengajar kat sini'

Kdg2 seronok dgr diorg bercerita..

Kdg2 kelakar

kdg2 menyampah

Anyway TQ for dropping by.. :)