Wah..Besarnya !!!

 

Teringat Fiza pernah cerita kat aku mengenai pengalaman seseorang yang pergi mendaftar anaknya di JPN Putrajaya...


'Wah..Besarnya..Siap ada escalator lagi..Mcm shopping complex pulak'



Jadi Jumaat lepas aku dh pergi ke JPN PUtrajaya untuk nama anak aku..

Tak sampai 15 minit dah siap urusan..Cepat kan????

Namanya siapa??? heehehe..Nama tu diilhamkan oleh Fiza selepas scan jantina dulu..


Kisah Nama Panjang

Menyentuh isu nama panjang yang menjadi trend sekarang..Itu adalah hak ibu bapa kan?? tak usahlah kita mencemuh kepada sesiapa yg memberikan nama yang panjang..Apa hak kita..Sekalipun ianya membebankan tugas kita..

Sesetengah ibu bapa begitu teruja..Sejak awal kehamilan lagi dah mencari nama..Biasanya si ibu kan (betul ke???)..Salah ke diorang teruja?? Salahkah diorang nak letak  nama -nama yang cantik??

Bkn kita yg mengandung..Bkn kita yang berada di dlm 'labour room' selama sejam, 2jam,4jam bahkan ada yang 16jam dan ada yang lebih lagi..Memang ada ibu bapa yang tak kisah nama biasa-biasa je.. tapi ada jugak yang kisah..jadi yang tak kisah tu tak boleh mengatakan yang kisah tu tak betul..Yang tak kisah tu selalu betul ke??

Setiap manusia mempunyai tabi'i dan keinginan sendiri kan..So, respect each other..Selagi ia tidak melanggar agama ataupun adab..

walaupun nama yg panjang..cthnya Muhammad Amirul Ikhwan...
Panggil apa??? abang long

nama pendek...cthnya Zamri..
Panggil apa??? abang long jugak

Jadi tak jadi isu nama panjang-panjang tak berguna kalau org panggil dengan nama lain..sebab nama pendek pun sama jugak..Masalahnya bukan kita seorg je nak panggil nama anak..

atuk,nenek, sepupu, kawan-kawan, cikgu dan mcm2 lagi

Kalau kawan- kawan pulak lagi la...nama anak kita panjang ke pendek ke...

Last-last yang tinggal..

Zafrul -> Yo
Muhammad -> Mad
Wan Muhammad Zulhaimi -> mat ju

Boleh kita halang kawan-kawan dia panggil macam tu??

Ntah-ntah anak kita sendiri yang suka dipanggil mcm tu..

Nak senang boh je Abu..

Tapi bila anak dh besar...

'Apa la mak bapak aku boh nama mcm ni'

Bukan senang kan??


Antara tanggungjawab ibu bapa adalah memberi nama yang baik-baik kan??
kalau diorang nak ltk nama panjang nak buat mcm mana..
Bukan hak kita nak komen mcm2..
Nk bgtau nama panjang menyusahkan kita tak boleh jugak..Kesian la ibu bapa yg mencari nama tu..
Jgnlah kita kata mcm-mcm pulak kan?? kalau org mengata kat nama anak kita apa kita rasa??

Ya..memang sebagai cikgu aku rasa tempiasnya mcm mana rasanya menulis nama murid-murid yg panjang itu..buku register, kad 001, resit, Buku adab dan segala mak nenek lagi..

Bolehkah aku salahkan mak bapak diorg???
kenapa tak salahkan sistem yg kita pakai untuk merekodkan nama-nama tersebut..
Kita dah maju ke depan..tapi masih lagi terpaksa merekodkan nama-nama tersebut berulang-ulang kali menggunakan tangan..
Kenapa mesti buku register ditulis nama setiap bulan??Takde ke yang lebih efisien??


Wan Aniq Darwisy

Itulah nama anak kami berdua..

panjang ke?? W. Aniq Darwisy..kalau wan dipendekkan w. takde kesan kepada maksudnya kan

Suka tak Darwisy???


mesilah suka papa...hehe ( tetap senyum w/p bdn dh start menggelupas)

It's not easy to put yourself in other man's shoes
But it always pays

{ 24 comments.. read them below or add one }

sayalahfaizul sayalahfaizul 25 October, 2009
nama pun dah besy... tahniah lagi skali...
a kl citizen a kl citizen 25 October, 2009
assalammualaikum naman..

darwisy tu maksud apa?

sebenarnya tak kisahlah bubuh nama apa pun, yang penting ada nama, ada maksud yang baik...
n@m@n n@m@n 25 October, 2009
sayalahfaizul~ biasa-biasa je..TQ :)




a kl citizen ~ waalaikumussalam..

maksudnya ahli tasawwuf/warak kak
tengku_fir21 tengku_fir21 25 October, 2009
owwhh
badan dah menggelupas tk sapu losyen kerr
pija5120 pija5120 25 October, 2009
ok... sedap namanya, bgs maksudnya!
tahniah papa naman!(papa? daddy? abah? ayah?or walid?)
n@m@n n@m@n 25 October, 2009
tengku_fir21~ tu la..ma aku ckp xpyh sapu lagi...




pija5120~TQ kak..tu idea mamanya..hehe

-papa-
Manusia Manusia 25 October, 2009
asal maksud baik..no hal la..
sedap nama tue hehe
Ady Syam Ady Syam 26 October, 2009
waa bro.. hero rupanya!~ sama kita.. congrats!~ nama yang baik... aku hari ni baru pegi daftar...
laki cikgu kimia laki cikgu kimia 26 October, 2009
jpn? 'j pendidikan n' ade la gua turun naik sebelum raya ritu. :P
n@m@n n@m@n 26 October, 2009
Manusia ~ :)



Ady Syam ~ Aik..mcm lama sgt je baru nk p dftr..hehe.TQ..TQ..congratz 2 u 2




laki cikgu kimia~ awat la hang ni..takkan daftar kat jbtn pendidikan pulak..hehe
sonata anak kancil sonata anak kancil 26 October, 2009
Sedap namanya - nak kata panjang tak lah panjang sangat, pendek tak pendek jugak...makna yang baik, cikgu pun senang nak tulis dlm register, dlm slip peperiksaan...taklah susah nak sebut...

( birthday boleh kongsi sama...he3x bulan okt - lagi jimat kos )
Cikgu Adham Cikgu Adham 26 October, 2009
slm..
heh heh mantap nama anak demo... tahniah
n@m@n n@m@n 26 October, 2009
sonata anak kancil ~ tengok2 nanti akak yg menulis nama dia dlm buku register..hehe

nanti kita celebrate besday ank sama-sama la kalo camtu..lagi jimat kos..hoho


Cikgu Adham~salam..TQ,, mantap!!!!hhehehe
Anak Tumpat Anak Tumpat 26 October, 2009
comel nama anak demo naman. kahidupan sbg seorang ayah dah bermula kan..? go on naman....go go go...!!! huhuhu
n@m@n n@m@n 26 October, 2009
Anak Tumpat ~ yeah..

go go go ..ale..ale..ale (lagu world cup)..hehe

InsyaAllah nt demo pulok
Jard The Great Jard The Great 26 October, 2009
comel betul anak hang.. ehehe
xiiinam xiiinam 26 October, 2009
12 tahun lagi, cikgu datang lagi bangunan ni...buat IC dia pulak....




Selamat menambah koleksi surat beranak anak...he..he...ckLah dah pencen mengumpul ...
lili11 lili11 26 October, 2009
Eiii ... baby! Tahniah dapt baby! suka ...
n@m@n n@m@n 27 October, 2009
Jard The Great ` ;)



xiiinam : la..dh xnk kumpul dh ke??hehe




lili11 : suke..suke..hehe
Daddy Cool Daddy Cool 27 October, 2009
NAMA yang terbaik adalah untuk anak yang terbaik!

Congrats from daddy cool!
suffian.othman suffian.othman 27 October, 2009
comel anak.. :) bila nk ajak tgk anak ckgu?
n@m@n n@m@n 27 October, 2009
Daddy Cool ~ terima kasih daddy...

now i am a daddy too...hehehe..

pangkat yg tidak boleh diberi oleh sesiapa termasuk Yg Dipertuan Agong..

hanya Dia yg berkuasa...





suffian.othman~ weip..rumah dah tau kan???takkan nk ajak baru datang kot..hehehe..Dtg la buat photoshoot....praktik apa yg belajar tu..hehe

Psssttt..ada projek ni..