Sekali Air Bah...

Hujan itu rahmat...

Hujan yang banyak mengakibatkan fenomena alam..

Wah..Skemanya ayat..tak tahan..

Sekarang ni banjir dah melanda beberapa kawasan terutama di Pantai Timur dan juga di Utara..
Tak terkecuali desa permaiku di Pasir Puteh, Kelantan..


Sekali aku tengok berita mengenai banjir ni, terimbau kenangan ketika masih lagi menetap di kampung, mengingati kisah banjir yang singgah setiap tahun..suka duka menghadapi dugaanNya itu..

Saban tahun di musim tengkujuh, banjir yang melanda membawa seribu cerita dan berita..

kanak-kanak
- Gembira bermain air , yang bukan kanak2 pon suka gak main air..haha
Mak bapak- Risaukan anak2 yang main air (ada jgk yg tak risau), risaukan keselamatan harta benda
Duka - Kadang-kadang banjir meragut nyawa dan harta benda

Cerita aku??

Aku juga tak terlepas merasai kegembiraan dan kesulitan semasa banjir..

Apa yang best, selepas banjir sedikit surut..aku memancing melalui TINGKAP sahaja..hoho..diulangi

TINGKAP

Tak percaya???

Aku masih ingat pancingku terkena seekor haruan sebesar lengan Darwisy lebih kurang..

Ada juga si puyu yang terlepas..

Rumahku bersebelahan bendang dulu..Jadi  ikan-ikan tu tersesat di laman rumah aku selepas banjir surut ke tahap kuku labah-labah dan dada itik

Ada juga parit di depan rumah..Aku tahan taut (sejenis pancing jugak la)..Dapat lah si puyu yang sungguh sedap digoreng..hoho..Ada juga si misai yang terlekat..si misai yang aku tak berani nak tanggalkan mata kail dari mulutnya..Takut SENGATNYA weh..hehe

Pernah jugak ikan masuk melalui pintu rumah kedai aku..haha..tak sempat tangkap..

Disebabkan banjir jugak..aku ada masalah dengan kucing peliharaan aku yang sering bersilih ganti itu (nanti aku cerita)..terpaksa lah pindahkan kucing ke bangsal..nanti berak merata kat rumah

Aku masih ingat lagi seekor kucing aku nak berak, terkial-kial cari tempat nak melepas, last-last kucing tu masuk toilet melalui jambatan gantung yang aku buat dari tangga dapur rumah ke pintu toilet (sbab dapur pun ada air)..

Dia melepas dalam toilet..haha..yang dasyatnya..shoot tepat ke dalam mangkuk jamban..bukan sipi-sipi..alahai.pandainya

Nak cerita pasal banjir ni banyak sebenarnya, tapi itulah antara yang paling aku ingat..pastu aku malas nak cerita meleret sangat..nanti orang tak baca..hehe



ni banjir masa Hari Raya Pertama, aku tak ingat tahun bila..haa..Dasyatkan..Raya dalam banjir..Tak pegi mana-mana lah..Bukan sekali je banjir tahun tu..seingat aku, adalah 4 kali masa bulan raya


godek-godek gambar jumpa gambar ni(ambil dgn sony ericson T630)..hehe..nilah keadaan banjir kat kampung aku..takdelah teruk sangat sampai kena pindah

{ 11 comments.. read them below or add one }

Cikgu Adham Cikgu Adham 09 November, 2009
salam.

adeiii sayyaaa.. best juga sekali sekala deh heh heh
n@m@n n@m@n 09 November, 2009
Cikgu Adham~sekali skalo ok la..heehe
Machina Machina 09 November, 2009
yang teringat lagi gmbar ko smbut raya time bnjir, ko tunjuk ms kt kmk dulu. termasuk gmbar naik moto kt atas jgk.
n@m@n n@m@n 09 November, 2009
Machina~haha..ingat dih demo..

kawe mmg bwk album gmbr gi mano2..

KMK,UKM

bwk album tu la..
AzuanBudakPandai AzuanBudakPandai 09 November, 2009
nasib baek umah ak tak pernah lagi banjir huhu
sonata anak kancil sonata anak kancil 09 November, 2009
tak pernah dilanda banjir...sebab rumah atas bukit .....
n@m@n n@m@n 09 November, 2009
AzuanBudakPandai
sonata anak kancil


rugila xdpt main air..ehe
pija5120 pija5120 10 November, 2009
tahun lepas harungi tengkujuh di rumah mertua, ganu kiteee (tepi pantai airport). banjir besarkan thn lepas (last bah thn 1987)... kita rasa takut(sbb takut air bah + dgn air laut), tp kat sini dah mcm pesta air! punya la seronok... wpun pelik, ceq join main sampan dgn anak sulung... he... mmg best main banjir.
xiiinam xiiinam 10 November, 2009
Tak boleh lupa kenangan mengangkut calon-calon SPM yang rumahnya terperangkap dalam banjir ke sekolah...sampai menangis cikgunya!
n@m@n n@m@n 10 November, 2009
laki cikgu kimia ~ aku mmg remaja sampai skang..awet muda katakan..hehe


xiiinam ~cKlah nangis gak??hehe


pija5120 ~wah..naik perahu..saya naik pelampung daripada tayar lori je kak..hehe