10
9
8
7
6
5
4
3
2
1
.
.
.
Ada orang menghitung detik ke 2010..ada yang tak kisah..ada yang buat tak tau..ke ada yang tak tau?????hehe
Tahun baru ke tak baru bagi setengah orang sama je kan..hmmm..Hidup mesti diteruskan..
Ada yang membuat azam dungun baru, ada yang azam tahun lepas pun tak jalan- jalan..ada yang tiada azam langsung..hoho
Jadi tahun 2009 hampir meninggalkan kita..2010 pula sedang menjengah-jengah..Apa yang terjadi pada kita selama setahun di 2009??? Sama-samalah muhasabah ye..yang elok teruskan kepada bertambah elok, yang tak elok tinggalkanlah (pandai chekgu nasihat orang weh..biasala kan dah nama chekgu)
15/10/2009
Satu tarikh keramat terpahat dalam diari hidup chekgu(alamak..terpuitis la pulak)..lahirnya seorang putera menyerikan hidup kami


wajah yang menyebabkan chekgu mengalirkan air mata tatkala mengazankan telinga kanannya..masa tu juga chekgu membelah mulutnya dengan sebiji kurma yusoff taiyobb, dengan ayat daripada buku yang dipinjamkan oleh mak chekgu..
Masa terus berlalu..Dulu 3.2 kg masih ringan lagi didukung dengan rileks je..Tapi sekarang dah cecah 6 kilo...hoho..Lenguh jugaklah kalau nak mendokong lama-lama

Pengalaman berada dalam Labour Room melihat saat-saat Fiza menempuh kesakitan akibat kontraksi dan juga semasa nak 'push..push..push..bak kata doktor dan nurse kat situ' juga masih lagi terngiang-ngiang..Chekgu di sisi hanya merasakan tempias kesakitan tu..tempias sahaja..
dari segi karier sebagai chekgu sepanjang 2009..biasa-biasa sahaja..setiap hari perjalanan sejauh 60km sehala lebih kurang..Masih lagi tak berjaya 'memudahkan' mata pelajaran Add Maths kepada murid-murid yang masih lagi berpegang kepada prinsip
'Kalau maths modern pon tak lepas apatah lagi add maths chekgu'
Untuk 2010 lagi banyak cabaran bagi chekgu..
1. Tiba-tiba dilantik sebagai Ketua panitia Matematik Tambahan (kira naik pangkat la konon-konon)
2. Guru jadual waktu (tetap dan berpencen)
3. Guru penasihat Kelab Bolasepak
4. Guru penasihat Kadet Bomba
5,6,7 dan seterusnya . Tak ingat pulak yang lain-lain. malas nak belek buku pengurusan..hoho
emmm..KP..makin banyaklah kerja kan???hoho..semoga semuanya baik-baik aja tahun depan sih..
Panjang pulak malam ni...
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU!!!