Penghujung Tahun Yang Sibuk...Cuti Bukan Hak

cikgu sinonim dengan cuti yang banyak..

Tp tak semua merasakan cuti yang banyak tu..lagi2 cikgu baru/muda/bujang...kalau boleh semua tugas nak diberi..kononnya cikgu sebegini kudratnya kuat..

ada kawanku sampai menyumpah seranah disebabkan bebanan kerja yang tak munasabah..ada juga cikgu bujang yang melenting

'W/p saya bujang tapi saya juga ada life'


wah..betul2 nampak ekspresi marah pd waktu tu

Start daripada minggu ni sampai ke penghujung tahun aku dilanda kesibukan..Dengan Akta Rahsia Rasmi 1972, buat jadual sekolah..hobi baru aku (hohohoho)..tambah-tambah dah ada si Darwisy ni..layan kerenah dia la..nasib baik dia suka tengok TV..letak depan TV terus diam..tp kadang-kadang tak jalan jugak.

Agak-agak sempat tak menekan keyboard sepanjang kesibukan ni?????Ntahla...


Apa akan jadi kalau langit sesibuk KL..KeyEl..Kolumpo..Dipenuhi dengan objek terbang membelah awan columinimbus??


Lokasi : Pasir Puteh,Klate

4 comments.. read them below or add one

mantan mantan 14 December, 2009
n@m@n,
seronok jugak buat jadual tu. Sekaran ni dah pakai komputer.

Masa saya jadi AJK jadual waktu dulu, buat pakai manual. Pakai gantung chip yang warna-warni tu.

Sampai tak cukup warna bila guru dah sampai 60 orang.

Modigied chip. Jadikan bentuk yang berbeza pulak. Pening jugak. Tapi bila dah biasa bertaahun-tahun buat waktu, ok lah.

Untungnya buat jadual waktu ni, semua kita tahu, guru, kelas, subjek secara mendalam.

Bila jadi GPK dan Pengetua, semuannya dah "di hujung jari".

Carilah pengalaman sebanyak mungkin. Anggaplah tugas yg diberi sebagai peluang untuk belajar. Bekerja pun dengan senang hati. Senyum sokmo. stress pun kurang,nanti sentiasa awet muda!
Myza Pesona Myza Pesona 16 December, 2009
Saya dah jadi cikgu hampir 14 tahun. Carilah sebanyak mana pengalaman yang boleh! Pengalaman itu sangat berharga dan berguna pada satu masa nanti. Memang betul, cikgu zaman sekarang tak sama dengan cikgu zaman dulu-dulu. Kalau tak percaya, cuba lihat tugas dan t/jawab guru-guru lain terutamanya guru-guru DG44 dan DG48. Tugas mereka lagi banyak!
KEMBANG KANTIL KEMBANG KANTIL 16 December, 2009
Hmm...banyak tugas banyak pengalaman..sekolah kami guru hanya 17 orang saja..setiap guru ada tidak kurang 18 tugas khas..semuanya dilakukan dengan redho..Alhamdulillah...semua tugas beres...

Banyak tugas/kerja bagi akak banyaklah pengalaman yang tak dapat diperolehi dari mana2 Pusat Pengajian Tinggi..

Tinggi pangkat/ DG sekalipun kalau tak reti buat kerja orang tak kan respect kat kita..

Yang penting Kerja kena ikhlas...
n@m@n n@m@n 16 December, 2009
mantan~perangai cikgu-cikgu pun boleh tau bila buat jadual ni..hehe


Myza Pesona~betul..pengalaman tu mendewasakan kan..owh..dh lama mengajar


KEMBANG KANTIL~betullllllllllllllllll...