Chekgu Bukanlah Superman jadi Chekgu Kena Hadapi Dengan Senyuman

Cerita di awal tahun



Di malam hari yang sepi..terdengar desiran ombak membelah pantai..kicauan burung menemani chekgu membuat kerja yang tak habis-habis (nak jugak bermadah macam duk kat tepi pantai, padahal dengar libasan kipas KDK je)

Geramnya rasa bila nak sambung buat kerja, cari pendrive dalam poket..

tertinggal kat sekolah la puloksssss!!! alahai..


Ni la akibatnya..lain kali backup la ye chekgu..jangan berharap kat pendrive Imation sumbangan sekolah tu..pendrive ada banyak pun tak reti-reti nak backup..hoho

Chekgu jenguk-jenguk blog rakan sebaya bernama cikgu yang lain, semuanya sepi tak berupdate, 1 day ago,3days ago, 5 days ago and ago go tarian rancak..

Kesimpulannya awal tahun ni cikgu-cikgu memang sibuk la kan? Tak habis kat sekolah wat balik kat rumah..wat balik kat rumah pun kadang-kadang tak sentuh macam chekgu ni..hoho


Lirik lagu The Lucky Laki yang dirosakkan chekgu,

Chekgu bukanlah Superman
Chekgu juga bisa penat
Jikalau kerja Chekgu
Hanya bikin penat saja

BOs chekgu selalu berkata pada chekgu
Chekgu tak boleh tensen-tensen
Harus s’lalu kuat, harus s’lalu tangguh
Harus bisa jadi tahan banting

Tapi ternyata sakitnya kepala
Buat chekgu fe---ning

Chekgu dah malas dah nak ubah-ubah lirik ni..nanti Ahmad Dhani saman pulak

Selalunya kita dinasihatkan hadapi situasi begini dengan senyuman..Bak lagu Dewa yang chekgu suka tu..Hadapi Dengan Senyuman

Lagu ni chekgu rosakkan beberapa tahun dulu..buat suara serak-serak ala-ala once konon..last last jadi suara Chipmunks



Dah lama chekgu tinggalkan hobi ni..Semenjak chekgu ada hobi baru..kesian si Merah dengan Si Hitam yang tak dibelai lama tu..

kod gitar Dewa - Hadapi Dengan Senyuman

[Verse 1:]

G Em
HADAPI DENGAN SENYUMAN
Am
SEMUA YANG TERJADI
D
BIAR TERJADI….
Bm Em
HADAPI DENGAN TENANG JIWA
Am D
SEMUA... KAN BAIK BAIK SAJA
G Em
BILA KETETAPAN TUHAN
Am
SUDAH DITETAPKAN
D
TETAPLAH SUDAH….
Bm Em
TAK ADA YANG BISA MERUBAH
Am D
DAN TAKKAN BISA BERUBAH

* C Am
RELAKANLAH SAJA INI
Bm D
BAHWA SEMUA YANG TERBAIK
C Am
TERBAIK UNTUK KITA SEMUA
Bm D
MENYERAHLAH UNTUK MENANG

[Verse 2:]

C Am
HADAPI DENGAN SENYUMAN
F
SEMUA YANG TERJADI
G
BIAR TERJADI….
Em Am
HADAPI DENGAN TENANG JIWA
Dm G
SEMUA... KAN BAIK BAIK SAJA
C Am
BILA KETETAPAN TUHAN
F
SUDAH DITETAPKAN
G
TETAPLAH SUDAH….
Em Am
TAK ADA YANG BISA MERUBAH
Dm G
DAN TAKKAN BISA BERUBAH

** F Dm
RELAKANLAH SAJA INI
Em G
BAHWA SEMUA YANG TERBAIK
F Dm
TERBAIK UNTUK KITA SEMUA
Em G
MENYERAHLAH UNTUK MENANG


Tapi kekadang chekgu dah tak larat senyum..tak larat bila kadang-kadang guru-guru baru macam ditindas
dimanipulasi..Yang lama-lama senyum je..terutama yang tak diberi tugas..

apa-apa pun kerja tetap kerja

1sekolah, pelajar didahulukan,pencapaian diutamakan, cikgu dibelakangkan

{ 13 comments.. read them below or add one }

tengku_fir21 tengku_fir21 14 January, 2010
huhu..
jangan tensen2..
nasib baik tak jadi cikgu sukan
huhuhu
insan pendidik insan pendidik 14 January, 2010
salam,

takpe la chekgu tak jadi superman pun tapi ade iras2 mawi tu kire ok dah. pandai gak nyanyi hehe. Biase la chekgu awal tahun ni sibuk dengan beraneka meeting, buat perancangan, nak cari sukatan, uruskan kelas, latihan rumah, koku ... buat la ikut kemampuan.
Mr PenyuBiru Mr PenyuBiru 14 January, 2010
superman tak semestinya boleh terbang atau kuat fizikal tetapi seseorang yg berjaya mengharungi cabaran dan berjaya mendidik anak muridnya hingga berjaya juga dikira superman.
Cikgu Adham Cikgu Adham 14 January, 2010
salam..

ai cikgu.. sibuk pas cerah heh heh..

jd lah cikgu yg relek semacam keh keh mcam demo..
sonata anak kancil sonata anak kancil 14 January, 2010
syukur cikgu jadi cikgu...jangan tension2 ...nanti fening-fening....

sonata dah 2 minggu ni balik dekat pukul 5...kalau nak extend masa pun tak ape...he3x kunun la tu...balik terussssssssssssss.......rehat!

dah la tu , KM nak singgah lak...nak tak memang kena sediakan semua...cikgu2 saya sampai hari sabtu ni pun pulun buat kerja - update macam2!!!hujung minggu tengok anak2 pulak....macamni la rutin cikgu sonata...kena kuat beb!!!
n@m@n n@m@n 14 January, 2010
tengku_fir21 ~ chekgu pun jadi guru penasihat/pengurus/jurulatih pasukan bola sepak tauuuuu


insan pendidik ~ salam kembali.tula..beraneka kan..mcm2 meeting..mcm2 dokumentasi..last2 pencapaian jugak jadi ukuran


Mr PenyuBiru ~abang penyu pon boleh jadi superman kan..xpon ninja turtle..hoho


Cikgu Adham ~ tula..bkn setakat pah ceroh..pah gelap pon bz..hehe


sonata anak kancil ~ wah!!panjangnya komen..hehe

mestilah syukur kak sonata musim salju tu..

mcm2 dh kerja sy pnh buat, kerja kilang,kerja ladang tembikai,cashier..

semua kerja ada cabaran kan?

yang saya agak tak puas hati ttg pengagihan tugas dibuat berdasarkan boleh ke tak org tu buat kerja(saya buat jadual jadi tahu la serba sedikit perangai cikgu-cikgu)

kalau dirasakan org tu tak boleh buat kerja,maka tugasnya satu dua je..jadi kesudahannya ada yang dapat tugas melebihi sepuluh(lebih dari 5nya tugas berat) sebab dirasakan mampu buat kerja..

dan utk makluman akak sonata, saya berbasikal..eh..bermotosikal sejauh 60km sehala..kalau kena stayback memang la terasa penatnya..malamnya ada pulak kerja2 yg tak habis nak disambung..

hoho..panjangnya
laki cikgu kimia laki cikgu kimia 15 January, 2010
bini gua puji lu nyanyi. gua nak menuntut main gitar sekarang!
Anak Tumpat Anak Tumpat 16 January, 2010
salam tuan.. hahaha.. releks ar naman wey.. don tensen tensen.. best gak ko nyanyi ngan lirik tu..hahaha
xiiinam xiiinam 17 January, 2010
Ayat pengenalan...tak boleh tahan. Hi..hi..



Cikgu...jangan letak pendrive dalam poket.....




Gantung kat tengkuk....



Selamat mengerjakan tugas dan dikerjakan...
Afzainizam Afzainizam 18 January, 2010
Salam dari kami http://firestartingautomobil.blogspot.com

Salam kunjungan salam ziarah…. Thanks kerana berkongsi story pada kami … kami sedang berusaha membaca older post entry kamu…. Wow entry yang menarik

Salam sebuah persahabatan salam perkenalan dari kami salam dihulur tanda sebuah perkenalan ….

Semoga kami menerima respon yang baik dari kamu…. Thanks againt…

Pada suatu perkenalan yang baru
yang tidak disangka-sangka
satu jalinan persahabatan
di antara kita

dek keluhuran
ketulusan hatimu
sifat memahamimu
dalam mengeratkan hubungan

dalam jalinan persahabatan
sesungguhnya
kunci sebuah persahabatan
adalah pengertian dan kepercayaan

Salam ziarah salam kunjungan persahabatan dari
http://firestartingautomobil.blogspot.com/

Salam dari kami sorry agak lama tak menyinggah blog ko.... seperti biasa kami agak sibuk sikit... sorry ye....
cinonet cinonet 19 January, 2010
best kan jadi cikgu?dunia akan lebih indah dgn kehadiran insan bergelar cikgu.
Kujie Kujie 20 March, 2010
cikgu jangan jadi supermanlah...ngeri nak bayangkan spender merah tu..hehehe
JAI JAI 20 March, 2010
singgah-singgah blogjogging pagi-pagi..updated blogger terhebat