1Malaysia..Menumpang Cuti atas Perayaan Lain

Jumaat lepas menamatkan sesi persekolahan dengan agak kepenatan..Dari pagi ke 12.30 tengahari mendengar taklimat mengenai jadual..program yang digunakan sekarang iaitu ACS Timetable..sebelum ni menggunakan versi 'lanun' atas persetujuan PPD sendiri

kali ini 'taukey' software tersebut berkolaborasi dengan PPD..menjual lesen yang katanya harga promosi melalui  PPD

RM 990......

Agak terkejut dengan angka tersebut..sedangkan harga perisian Windows yang lagi complicated pun tak cecah harga tu..logik tak??

petang selepas solat Jumaat terus memeningkan kepala buat jadual waktu..sampai rumah pukul 6 lebih..

Tamat cerita pertama
****************


Wah..1.3 juta kenderaan atas Highway PLUS..kayolah ko ye PLUS..hehe..Tapi kat highway pon jam menjadikan perasaan geram meluap-luap..kalau jalan biasa jam bolehla diterima..

untung ye kita kat Malaysia, orang beraya, kita tumpang beraya..kita beraya orang lain tumpang beraya jugak..hoho..Itulah semangat 1Malaysia kan???

lokasi : R&R Bukit Gantang

Kebanyakan sekolah tentunya bercuti selama seminggu sempena Tahun Baru Cina ni..Tapi sebenarnya tu pun cuti berganti, yang diganti pada hari sabtu, mengajar pelajar yang hanya 4 daripada 44 yang datang..alahai

Tiba-tiba cuti ni tidur menjadi-jadi pulak..Mungkin ganti balik tidur minggu bekerja yang kekadang hanya 3-4 jam saja..hehe...makan pun dah dijadikan hobi pada waktu cuti ni..bahaya..bahaya..


Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan

GONG XI FATT CHAI!!! kepada yang menyambutnya

Selamat Bercuti, hati-hati di jalan raya dan di mana jua anda berada

{ 11 comments.. read them below or add one }

imanshah imanshah 15 February, 2010
Salam, ambo mari Kl cuti ni..wah lengang betul jalan raya, dapatlah bermaharajalela sekejap
tengku_fir21 tengku_fir21 15 February, 2010
huhu
blk kg ker..??
hahaha Rm 990 mahal giler baik buat jadual secara manual tk pun excel jerr
p/s:abaikan saranan saya
huhuhu
insan pendidik insan pendidik 15 February, 2010
salam,

selmt bercuti & berhati2 di jln raya ...
a kl citizen a kl citizen 15 February, 2010
assalammualaikum naman

akak pun turut sama menyesakkan jalan highway ke kuantan aritu

kami orang khamis dah sekolah semula
-------

mahalnya software tu ya..
cikgu_math cikgu_math 16 February, 2010
rm 990??
mahalnya...
buat sendiri... nanti jual software tu ke PPD/JPN lain. Boleh jadi jutawan tu!!
DaHLia DaHLia 16 February, 2010
990?? giler mahal..
selama ni tau guna jer...xpernah lak nak tanya baper rege..huhuh

anyway, selamat berASC :)
ade yg ckp Winjos ke ape ke namanya lagi best..entahlaa...me ni ASC pun masih nk bertatih lagi...
tunbegia tunbegia 16 February, 2010
selamat bercuti,

salamm,
sonata anak kancil sonata anak kancil 16 February, 2010
orang2 lama buat jadual waktu hanya guna pensil + pemadam aje....sekarang pun kalau guna teknologi canggih ni pun...mesti ade manual jugak! lagi cepat....lagi jelas nampak...komputer pun buat silap...lagi le susah!
~ CeguLinn~ ~ CeguLinn~ 16 February, 2010
selamat bercuti sakan ... CL dah kembali bertugas esOk , GB tak suka buat kelas ganti sebab ramai cegu yang tak de hari sabtu dek kerna sambng studi ..
fadzilah fadzilah 16 February, 2010
salam..

cikgu buat jadual pe lagi?