Darwisy, semua ni susah jumpa kat Putrajaya

Wah bukan kemain lagi Darwisy didukung semasa kat kampung baru-baru ni..Lebih-lebih lagi oleh great grandparent( apa dia eh istilah bahasa Melayu..lupa dah..nyang ke??hoho)

Bukan main lagi seronok mereka bermain-main dengan cicit mereka yang dah pandai melompat-lompat tu..

Gambar-gambar mereka bersama Darwisy ada di sini

Darwisy dah mula diajar mengenal apa yang berada di sekeliling rumah di kampung..hoho



seronok dia boleh tengok pokok-pokok yang daunnya melambai-lambai ditiup angin sepoi-sepoi bahasa Nepal



ayam-ayam kampung yang salah seekornya dan selamat menjadi gulai baru-baru ni

teringat dulu selalu tolong arwah atuk kat kelantan pegang ayam daging semasa nak disembelih,lepas tu cabut bulu-bulunya..Dapatlah upah sedikit..hehe

cempedak yang tidak akan menjadi nangka

pokok bunga ni ada kat rumah chekgu, tapi masih tak berbunga-bunga cinta lagi..hoho

kat kampung chekgu namanya belimbing buluh??tempat lain apa namanya?

Darwisy berkenalan dengan gedebusss



oooo..Yang ni bahaya ni..hehe

Mak cakap 'Eh naman,macam Animal Geographic pulak ada gambar lebah ni'

Bila National tukar kepada Animal mak?? hehe

**************************


kisah ayam kampung dan ayam bandar daging

Teringat seorang kaunselor pernah berceramah

Ajarlah anak kita seumpama ayam kampung..Ayam kampung boleh 'survive' sendiri

Boleh cari makan sendiri

Lari menyelamatkan diri bila dalam ketakutan

Daya tahan yang tinggi

Ayam daging???

Bila lori yang membawa ayam-ayam daging, tengoklah apa jadi, adakah mereka melarikan diri atau sekadar terpinga-pinga di situ?

Kalau ayam kampung sudah lama lesap kan?

{ 15 comments.. read them below or add one }

laki cikgu kimia laki cikgu kimia 19 February, 2010
masa di kampung dulu, belimbing buluh itu gua buat isap2 cicah dengan garam di tapak tangan sebelum pegi main guli.
n@m@n n@m@n 19 February, 2010
laki cikgu kimia~ wah..dasyatnya..gua setakat mangga putik bolehla cicah garam,belimbing buluh tu msm sgt

bolehla kita challenge lwn guli ye..gua jagoan kampunng dulu..hoho
xiiinam xiiinam 19 February, 2010
Ayam tu pun...
Saja je tunjuk aksi begitu depan Darwisy ya!




Cantik imej-imej pegun yang kau rakam...
tunbegia tunbegia 19 February, 2010
teringat peribahasa 'kais pagi makan pagi',

salamm cikgu,
Mr PenyuBiru Mr PenyuBiru 19 February, 2010
bulatnye mata..tentu teruja melihat permandangan di kampung yg menceriakan.
izakhairi izakhairi 19 February, 2010
gambar semuanya menarik tapi gambar si lebah menghisap madu memang ada gaya national geographic...banyak maknanya tu
Yunus Badawi Yunus Badawi 19 February, 2010
Salam naman.

Cantik gambar2 yg awak ambil ni.
Baguslah tu ajar Darwisy mengenal benda2 di kampung juga. Kalau tak nanti besar cuma kenal benda2 di bandar.

Berapa umur dia sekarang?
Yunus Badawi Yunus Badawi 19 February, 2010
Kalau org bandar balik kampung, ayamlah yg selalunya menjadi korban. Kami pun macam tu jugak hehehe
sonata anak kancil sonata anak kancil 19 February, 2010
...like grandfather like father like son!!!
n@m@n n@m@n 19 February, 2010
xiiinam~tu la..ayam fotogedik..hehe..terPEGUN?

tunbegia~ kais malam tak makan sebab diet..W'salam

Mr PenyuBiru~indah dan kehijauan gitu

izakhairi~hehe..TQ..semuanya gambar amatur..kalau pro boleh nampak batang sengat lebah tu

Yunus Badawi~4 bulan lebih..sedapkan gulai ayam kampung?

sonata anak kancil~ i like it!!
mantan mantan 19 February, 2010
Jangan sampai Darwisy disengat tebuan tu n@m@n!
n@m@n n@m@n 19 February, 2010
mantan~yang tengok tebuan sy sorang je..hehe
DaHLia DaHLia 20 February, 2010
hoho...tgk belimbing buluh tu, mesti teringat zaman mengaji kecik2 dulu...masham!!!
Mus Mus 25 March, 2013
cantiknya bokeh gambar baby tu bro