Enjit-Enjit Semut

( korus )
Enjit-enjit semut siapa sakit naik atas
Enjit-enjit semut siapa sakit naik atas
Enjit-enjit semut siapa sakit naik atas
Enjit-enjit semut siapa sakit naik atas

Darilah Perlis hingga ke Sabah
Banyaklah tempat oi bersukaria
Kalaulah semua tidak percaya
Marilah kita pergi sekarang

Setiap hari kita bekerja
Kekadang kita nak rehat juga
Inilah masa hendak merasa
Tempat menarik dalam negara

( ulang korus )

Kalaulah pergi masuk ke hutan
Janganlah lupa oi bawa makanan
Jangan berjalan sampai sempadan
Takut nanti sesat berbulan-bulan

Pergi melancung ajak kawan-kawan
Dalam negara tempat yang menawan
Tak payah pergi ke tempat orang
Di tempat sendiri pasti tertawan

( ulang korus )

Sampai disini cerita kita
Dilain kali kita cerita lagi
Inilah lagu untuk kawan-kawan
Kalau tak nak dengar bolehlah jalan...


Teringat zaman budak-budak dulu ye..Tapi rasanya lagu ni kanak-kanak zaman sekarang tak banyak yang tau kan?


**************************

Pesanan Khidmat Masyarakat Daripada Chekgu n@m@n

Rumah anda diserang semut??

Guna Ridset atau yang sewaktu dengannya tapi tak berkesan??

Pastu marah brader badan kotak-kotak dalam iklan Shieldtox tu sebab produk yang diiklan tak berkesan menghapuskan semut??

haaaa..Semburan racun serangga tu hanya bertindak di permukaan yang disembur je..Koloni-koloni semut yang lain masih berjoget-joget dalam sarangnya

Siapa yang ada masalah seperti di atas, chekgu sarankan carilah benda alah seperti kat bawah ni


memang sangat berkesan..Sebab dia dalam bentuk serbuk..Semut-semut akan mengangkut serbuk-serbuk yang ditabur balik ke sarang..Jadi koloni-koloni yang berjoget tadi makan bersama-sama lalu tamatlah riwayat hidup sang semut..

Kesian kan? Tapi nak buat macam mana, kalau dalam air masak pun dia nak masuk berenang-renang..Kalau tak menganggu bolehla bela jugak kan?hoho..Alhamdulillah kat rumah dah takde masalah semut-semut chomel itu

disebabkan tahap keberkesanan yang tinggi..chekgu borong banyak-banyak masa kat kampung haritu..hoho

mana taknya,sini harga RM1.50, kat kampung baru 60 sen...alahai..


Sebagai penutup(ingat buat karangan ke chekgu????) kita tengok video ni

Sebuah video sinis mengenai Melayu...Walaupun video kartun..Melodi asal adalah enjit-enjit semut'

p/s: Jangan duk ingat chekgu dapat komisen pulak promote serbuk tu..haha

13 Comments

  1. Dengar chekgu n@m@n nyanyi...lagi berduyun-duyun semut datang....

    ReplyDelete
  2. maknanya suara chekgu lemak-lemak manis gitu..auuu

    ;P

    ReplyDelete
  3. pernah cuba ni,
    mmg xde semut,
    pas berapa bulan semut datang lagi,
    ubuh lagi,
    tapi oklah kan..
    dari ade tiap2 ari,
    nnt cikgu rakam cikgu nyanyi lagu tu erk... lama x dengar..

    ReplyDelete
  4. cikgu isza~ saya dah beberapa bulan semut takde..hehe

    ..xreti lagu enjit-enjit ni..hehe

    ReplyDelete
  5. huhu
    dah cuba fumakila...??
    gajah pun boleh mati jika gunakan fumakila

    ReplyDelete
  6. sungguh kasihan koloni semut dan queen dia mati macam begitu,

    salamm,

    ReplyDelete
  7. tengku_fir21~wah..gajah tu dilindungi tau..hehe

    tunbegia~kesian kan?

    kesian jugak kalau kita asyik minum air yang ada semut kan sebab x perasan..salam kembali


    AzuanBudakMemandai~pandainya

    ReplyDelete
  8. ade jenis dalam paket besar - saya sumbat terus jika ade lubang semut...atau tabur tempat bersemut...
    tak hilang juga? tempat itu sarang semut lah....tak boleh elak lagi...

    ReplyDelete
  9. ikhlas itu ibarat semut hitam di atas batu yang hitam di kepekatan malam.. sekian sedikit tazkirah. selamat beramal..

    ReplyDelete
  10. heh3x..
    gelak sendiri akak bace n3 nie.. dah cam n3 akak yglepas gak la kan.. nyanyi lagu2 camni leh release tension kan!..

    ReplyDelete
  11. sonata anak kancil ~ kena panggil pest contol la camtu..hehe

    ninim ~ wah..berkesan tak?


    laki cikgu kimia ~ insaf...


    Ena ~a'ah..imbau kenangan dulu-dulu kan?hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post