Nuffnang Yang Baik Hati, Hartawan dan Juga Dermawan


cuba bermain-main dengan 'Depth of Field'

Bokeh = In photography, bokeh is the blur, or the aesthetic quality of the blur, in out-of-focus areas of an image, or "the way the lens renders out-of-focus points of light
,wikipedia

In Kelantan, bokeh is terkopak..hoho..betul ko?

+++++++++++++++++


Alhamdulillah, sampai sudah cek daripada nuffnang yang baik hati itu..walaupun tak banyak..cukuplah kan..Cukuplah nak bayar bil TNB sepanjang berblog..hehe

Walaupun jumlahnya tak sampai satu peratus daripada harga beg tangan LV Datuk Siti tu, perasaan gembira yang mungkin juga tak sampai satu peratus daripada perasaan Datuk Siti masih ada..

Yela, keuntungan dapat bukan melalui Pasaran jangka masa panjang yang 'taboo' bagi penjawat awam..mana tak gembiranya..hehe

Lagipun hasil ini adalah suka-suka sahaja, bukannya fokus utama..Kalau fokus utama, sudah tentu blog ni takkan terbiar sepi kan??? Menulis bukan kerana nama..Tapi kalau ada nama lagi bagus..hoho

Hampir dua tahun menulis dengan nama naman..hehe..Manakala blog ni pulak baru 9 bulan

Chekgu amat tertarik dengan satu kes perang antara blogger baru-baru ni..Isunya adalah klik-klik nuffnang oleh nuffnangers ke apa entah..

Si otai-otai(maksudnya sifu dalam blogging),menghentam blog-blog kecilan yang menjadikan aktiviti klik-klik itu sebagai langkah mudah mendapatkan pendapatan..

Dipendekkan cerita, mereka menggelarkan blog-blog tersebut blog picisan dan murahan..malahan paling teruk dikatakan duit itu tidak halal..alahai..Senangnya cakap tak halal..

ops..Chekgu pun bukannya terlibat dengan aktiviti klik dari blog ke blog tu(terima kasih kepada yang datang klik dan maaf kerana tak dibalas), tapi kesian jugak bila dibangkitkan isu halal haram ni..

Bila dijenguk blog si otai tersebut, isinya adalah gosip-gosip artis..Ribuan menjenguk blog mereka setiap hari..

Ironinya, halalkah duit yang anda dapat dengan mendedahkan aib orang kemudian dibaca oleh ribuan manusia setiap hari?? Walaupun tentang artis yang kebanyakan perangainya..................(isi sendiri tempat kosong, 5 markah)

Mungkin dari segi etika tidak rasmi seorang blogger, aktiviti klik-klik tu kuranglah sesuai,tapi bab halal haram ni bukan kuasa kita untuk tentukan kan?

menyanyi semasa Hari Guru pun bukan kerana nama..hoho

bukan kerana nama..Tapi sekarang kebanyakannya mengejar nama..Dan mereka di bawah menjadi mangsa..

{ 18 comments.. read them below or add one }

n@m@n n@m@n 10 February, 2010
kenwooi~Gong Xi!!! Gong Xi!! ;P
Mr PenyuBiru Mr PenyuBiru 10 February, 2010
tahniah! dpt cek.

betul tu, jatuh hukum bukan semudah itu.

satu jari menuding kesalahan org lain,4 jari lagi menuding ke arah kita. renung²kan & selamat beramal.
kakngah kakngah 10 February, 2010
in N9, bokeh = bekas
:-)
n@m@n n@m@n 10 February, 2010
Mr PenyuBiru~ kan abang penyu kan..

kakngah~ baghu den tau..;P
xiiinam xiiinam 10 February, 2010
Nak pasang jugak lah kat blog mokcik tu...RM...RM....
CIK NANA CIK NANA 10 February, 2010
best2... mine i donno why dah lama stuck tak gerak2 pon earning??? anyone can help me???
izakhairi izakhairi 11 February, 2010
tahniah dari akak,
apa2 pun, kita dikurniakan akal dan boleh memilih antara yang baik dan buruk...'tepuk dada tanya iman'
kekadang ada insan yang pandai bercakap je tapi amalannya tak selari dengan percakapannya...
n@m@n n@m@n 11 February, 2010
xiiinam ~pasang jgn xpasang..hehe

AzuanBudakMemandai ~manusia lupa manusia alpa..


CIK NANA ~ ada something wrong kot..gliterrati x?

izakhairi ~betul..akal lah membezakan kita dgn lembu,sbb lembu pon ada otak
baincardin baincardin 11 February, 2010
Al-Fatihah untuk blogger HAMIZA.......
ahmad humairi ahmad humairi 11 February, 2010
salam,
aku pun ada...tapi maleh nak cek dapat brape...yo cek datang...tupun kalo ada rezeki!
Cikgu Adham Cikgu Adham 11 February, 2010
salam..

waw mantap demo.. heh heh...
baincardin baincardin 12 February, 2010
Gong Xi Fa Cai!

*Mercun adalah sangat merbahaya dan Bain tak menggalakkan semua org bermain mercun. Ingatlah orang² tersayang...^_^
DaHLia DaHLia 16 February, 2010
dapat cek jugak! patutla..hehe...