Yeayyy..Hijau menang..Biru kalah

kehijauan di awan biru    source ; here

opsss..Ini bukan melibatkan 2 parti politik di negara kita..hoho..Tak suka bercakap mengenai politik tapi seronok melihat telatah ahli politik..hoho

Usai sudah Kejohanan sukan sekolah pada hari Sabtu..Jumaat cuti, Sabtu berhempas pulas menjadi pengurus kepada atlit-atlit rumah hijau di bawah terik mentari di stadium sewaan yang berhampiran Istana

Pengurus??

Yela..Ketua Rumah Sukan Hijau.

'Tahun ni dia semua pegang ketua'
kata cikgu Kajol (bukan nama sebenar)

Ek..eleh..Macam lah chekgu nak sangat jadi ketua, siap request 'drop' tang ketua rumah sukan tapi tak dilayan..hoho

Bukan apa, dengan tugas-tugas yang dibagi, memang tak sempat lah nak diuruskan semua. Masa latihan rumah sukan pun banyak tak turun sebab sibuk dengan urusan Jadual Waktu yang tak habis-habis.Mesti orang duk mengata jadi ketua tapi tak turun, padahal chekgu duk pening kepala kat atas uruskan jadual cikgu-cikgu semua la..Sebab tula request nak drop..orang tak layan jadi buat sekadar mampu aje la kan?

Sepanjang persiapan menghadapi kejohanan,macam-macam komen tak puas hati sini, tak puas hati sana..Orang tu kata kat orang ni,orang ni kata kat orang tu..alahai perangai manusia

Bagi chekgu la, nak uruskan kejohanan sebegini dengan padang sekolah(untuk latihan) yang agak daif,masa yang singkat memanglah agak payah kan.Jadi masa si A uruskan kejohanan, si B komen, masa si B uruskan si A komen. Lantakla hangpa, jangan bergaduh baling-baling kerusi sudah

Apa-apa pun rumah hijau menang tahun ni..hoho..Dapatlah bergambar bersalam ambil trofi daripada orang kementerian yang datang (tu pun nak bangga..eleh, macam la bergambar dengan Pak Jib)..Tapi chekgu pulak yang malas ambil gambar dengan K810i yang dah terkopak sana sini tuh..sebab tu takde gambar yang berkaitan kejohanan tu..hoho

Nota Tambahan :
+dulu masa sekolah rumah Bendahara (hijau jugak)
+chekgu sokong HIJAU ke BIRU?? undi adalah rahsia..ops

{ 11 comments.. read them below or add one }

fitri oh fitri fitri oh fitri 28 February, 2010
salam.(ikut rukun negara nih)
politik2. haha. tuh je. haha.






salam.
http://fitridzulkifli.blogspot.com
n@m@n n@m@n 28 February, 2010
fitri oh fitri~ salam..Rukun Islam lagi penting ;)
Miecyber @ Sudu Miecyber @ Sudu 28 February, 2010
Midori no hou gak yoii to omoteimasu...
sonata anak kancil sonata anak kancil 28 February, 2010
sukan pada 4 Mac....5hb cuti peristiwa...he3x...walaupun tak turun ke padang...tumpang cuti seronok!
~ CeguLinn~ ~ CeguLinn~ 01 March, 2010
tahniahlah kepada pasukan yang menang tuh .... majula sukan untuk negara
cikgu_math cikgu_math 01 March, 2010
Yahhooo!!CM tumpang gembira sbb hijau menang!! Minggu lepas di sini, hijau kalah ..biru bolot semua hadiah.. dari perbarisan, khemah hinggalah kepada olahraga!!
DaHLia DaHLia 01 March, 2010
std laa tu...dah budaya sekolah, penuh warna warni..bab2 suka xsuka ni mmg dah jadiresam...pekakkan telinga je laa...huhuh

anyway, DaHLia ttp sokong Biru..sepanjang sekolah, memang xpernah tersasar ke rumah lain selain Biru dan Merah...dan selalunya memang JUARA :)

pelik gak tetiba dgr Rumah Hijau sini juara...heheh
insan pendidik insan pendidik 01 March, 2010
salam,

biase la tu mane2 sukan pun ade pot pet nk puehkan ati sumer org mmg payah... anyway bile dh abis sukan legaa bole concentrate balik kat P&P tu
xiiinam xiiinam 01 March, 2010
ckLah rumah Merah....Refflesia...he..he
mantan mantan 01 March, 2010
n@m@n,
kat skolah camtu lah. Sapa yg pandai wat kerja , dialah nyg teruk. Yg sepatutnya, yg tak pandai kerja tu yg patu belajar kerja...
a kl citizen a kl citizen 01 March, 2010
saya sokong rumah kuning

dari akak belajar di sekolah rendah sampai dah tua mengajar ni asik2 dapat rumah kuning...

so ...memang sokong kuning lah

ada parti kuning tak??