Khamis lepas ramai orang 'gomen' seronok kan sebab gaji dah masuk setelah sebulan setengah gaji bulan lepas berlalu. Jadi, selepas gaji,tempat yang menjadi tumpuan adalah Pusat membeli belah la kan?? Macam perempuan pulak cerita pasal shopping..ekeke (aik, terkena virus ekeke jugak)
Kat sini Alamanda lah yang menjadi tumpuan manusia mengosongkan poket-poket mereka(kalau bawa tunai), atau menambah hutang (kalau pakai kad kredit) atau mengurangkan jumlah wang dalam akaun secara maya(kalau pakai kad debit)..hoho..Hari ni juga chekgu sekeluarga ke Alamanda, niatnya nak membelikan baju baru untuk Darwisy, tup..tup terbeli jugak baju untuk chekgu dan Fiza..;)
Di awal gaji, memang ramaila orang kat sini. Dalam keramaian tu jumpalah 2 artis yang kehadiran mereka tak disedari ataupun orang tak peduli sebab shopping lagi best kot.Takpun mereka tak popular..haha..Artis tu adalah Aisyah AF dan juga pelakon drama komedi Mr. Mama. Tak tau nama dia.
Sesiapa yang shopping hari ni dapatlah baju kat bawah yang agak best ni..apa yang best?? hehe..Tunggulah esok.
Sama-samalah kita 'bergelap' esok ye!!
Nota Ringkas: Kenapa baju budak mahal walaupun saiznya kecil?
