Belon-belon kembali hangat di ruang udara Putrajaya


ya..Tora datang lagi..Eh, bermula 18 hingga 21 Mac ni belon-belon udara panas yang comel-comel itu akan kembali berikutan sambutan yang luar biasa pada edisi sulongnya tahun lepas. Khabarnya tahun lepas mencatat kira-kira 150,000 pengunjung ke Putrajaya.Wow, ramai tu.Nasib baik tak singgah kat rumah chekgu..haha

Orang ramai turut berpeluang menaiki lima belon udara panas antara jam 8 pagi hingga 11 pagi dan 6 petang hingga 9 malam. Mereka perlu datang awal ke tapak pelancaran berhampiran Monumen Alaf Baru di Presint 2 untuk mengelak beratur panjang dan harga dikenakan berpatutan.

Pelbagai acara lain diadakan, antaranya aksi sukan paramotor dan paragliding, pertunjukan kapal terbang kawalan jauh dan layang-layang. Lebih menarik, mereka yang berangan-angan ingin mengalami gaya hidup hartawan ala Donald Trump boleh mencuba menaiki helikopter yang beroperasi antara 8 pagi hingga 12 tengah hari, dan 3 petang hingga 7 malam.

Untuk kanak-kanak, ada pertunjukan badut, silap mata, seni pasir, inai, membuat tatu lekap, mewarna, membuat kapal terbang kertas dan bermain tanglung. Di sebelah malam, anda boleh menyaksikan pertunjukan bunga api. Acara itu dianjurkan Perbadanan Putrajaya dengan kerjasama Persekutuan Sukan Udara Malaysia dan AKA Balloon Bhd.
sumber ; Harian Metro

Info
  • Pesta dibuka antara 7 pagi dan 7 malam.
  • Masuk adalah percuma. Namun bayaran berpatutan dikenakan untuk menaiki belon udara dan aktiviti gerai di tapak pesta.
  • Maklumat lanjut, hubungi 03-7981 8769/03-7981 8712 atau layari ke web rasmi di sini
Tahun lepas chekgu tak lepaskan peluang untuk menatap wajah-wajah belon yang comel itu. Masa tu Darwisy duk dalam perut lagi..hoho. Di bawah ni antara gambar-gambar yang diambil dengan Kamera Digital Samsung yang sudah tamat riwayatnya..sob..sob

oh..kamera ni banyak berjasa..sangat nostalgia..chewah



hehe..Kena.. Tengah pregnant 2 bulan lebih



Nanti kena tanya Darwisy dia nak pergi ke tak.Kalau dia tak nak pergi tengok dari rumah je la..hehe

Nota Ringkas : Kalau nak datang singgah la ke rumah..hehe

{ 7 comments.. read them below or add one }

bootunque bootunque 18 March, 2010
harap cikgu boleh lah upload gambar belon2 2 nnt...x sempat lh nk p putrajaya 2....
kenwooi kenwooi 18 March, 2010
i wish i can go there too!
n@m@n n@m@n 18 March, 2010
bootunque~InsyaAllah.. ;)

kenwooi~hehe..datang jangan tak datang!
Eyriqazz Eyriqazz 18 March, 2010
wah,seronoknya..kalau tak dikampung..sudah pasti aku pergi sana juga
mama tisya mama tisya 18 March, 2010
teringin nk tgk belon2 tu tp tula jauh gk putrajaya nk2 cuaca skarang ni yg amat panas so tgk gmbr dr org yg dk kt putrajaya je la nanti...kalo tk pegi pn , bole nmpk dr umh ye...bestnye korang
ahmad humairi ahmad humairi 18 March, 2010
jangan asyik main belon naman....
izakhairi izakhairi 18 March, 2010
seronoknya...tapi akak dok jauh sangat tak dapatlah merasai keseronokannya, apa2 pun dapat tengok gambar kat sini dah rasa seronoknya...