Belon dan bunga api sekadar di balkoni tingkat 7

Petang tadi sedang sibuk di depan laptop, ingatkan UFO (Unidentified flying object) yang melintas di ruang angkasa Putrajaya yang kabur dicemari partikel-partikel asing(chewah ayat bajet power).

Sebut UFO teringat cerita kegemaran, X-Files.

sumber ; google

sudah tentu yang di atas ni satu pembohongan la kan? Sebenarnya apa yang ditengok adalah benda-benda comel terapung tadi. Dari jauh dirakam tanpa lens gebabak dan panjang macam hidung Pinocchio yang popular dulu tu.

comel gak Pinocchio ni sumber google

Yang dirakam adalah ini..



Belon-belon udara panas yang sedang melayang di ruang udara yang panas sekarang ni. Tetapi hari ini nampak macam jerebu sedikit..

tadi masa nak buat entri best (best sangat ker? eleh), dikejutkan pulak dengan bunyi dam dam dum macam musim perayaan. Sempat jugaklah dirakam 3, 4 keping dengan kelam kabut dengan tak sempat buka pintu grill,last-last tangkap celah grill je..hoho



Esok hari last pesta belon panas putrajaya 2010. Siapa yang rasa bosan kat rumah dan suka bersesak-sesak bolehla datang sini bawa anak-anak bagi yang ada, yang belum beranak-anak bawaklah atuk nenek ke atau sesiapa je yang anda suka.

Nota Ringkas : Darwisy takut pulak bunyi bunga api tu, hari tu dalam entri ini rileks je tido.

{ 9 comments.. read them below or add one }

kenwooi kenwooi 21 March, 2010
i wanna see hot air balloons too =/
Eyriqazz Eyriqazz 21 March, 2010
baru balik dari terengganu..teringin nak pi sana
pak long pak long 21 March, 2010
salam buat naman...
nampak macam putu piring jer...
xiiinam xiiinam 21 March, 2010
Nak mohon pindah ke Putrajaya lah kalau macam ni...seronok kan duduk sana...
Mr PenyuBiru Mr PenyuBiru 21 March, 2010
semalam baru jer pi tapi dah lambat.tinggal satu belon panas dan selebihnya belon mickey mouse yg rm5 satu.huhu
Melz Melz 22 March, 2010
hoho lawa la kat tempat nie !
rossoneri rossoneri 22 March, 2010
ye lor, dah lame xtgk cite x-files..