Kembali Mengadap LADAP

LADAP-Latihan Dalam Perkhidmatan


Esok bermula la LADAP untuk episod yang pertama tahun ini.Adakah keadaannya sama macam yang diceritakan di sini (link ni automatik dibuka dengan new tab)

klik untuk besarkan

gambar kat atas itu pengumuman mengenai LADAP pertama tahun ni, cuba tengok bahagian yang dibulatbujurkan(hoho)..Tak nampak??Maklumlah pakai kamera henset je.Kita zoom sikit


fulamak, siap tulis makan minum peserta ditanggung sendiri. Pelik jugak kan, kata peruntukan tahun ni kurang, tapi LADAP tetap nak diteruskan sehingga kebajikan guru-guru kurang diutamakan, tak cukupkah elaun perjalanan bagi mana-mana kursus dibagi separuh? Ops!

Bukannya kebulur sangat pun nak makan benda free tu.Baru-baru ni dalam paper ada satu kisah menceritakan ada sebuah kursus ke apa yang sediakan hanya nasi bungkus.Alhamdulillah la kan, makanan jugak tu

yang peliknya cuba kita tengok kenyataan ini

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebentar tadi mengumumkan peruntukan tambahan RM700,000 setahun untuk setiap Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, peruntukan tambahan itu bagi membiayai penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti kokurikulum pelajar.

(Sumber: BHarian Online : 29/1/2010 - 11:18am)

RM700K..bukan 7 atau 70..alahai

Bukannya dengki kerana sekolah-sekolah yang dapat tu memang layak. tapi ada benarnya kata kawan chekgu

'Sekolah yang pandai terus pandai, yang bodoh dibiarkan bodoh ke?'

Walaupun agak kasar, tetapi macam ada betulnya juga..Entahla.Sekali air bah,sekali pantai berubah. Apa jadi pada sekolah kluster?

Apa-apapun, tugas tetap tugas dan yang paling penting

SAYA YANG MENURUT PERINTAH

nota ringkas : Owh..Terpaksa melalui perjalanan sejauh 60km sehala ke tempat kerja pada hari Sabtu..owh

{ 14 comments.. read them below or add one }

a kl citizen a kl citizen 05 March, 2010
bilalah naman nak jadi menteri pendidikan ni??
n@m@n n@m@n 05 March, 2010
a kl citizen~lepas akak..hehe
cikgu isza cikgu isza 06 March, 2010
laaa.. ada lagi benda rupanya.. kat cni tak mula lagi,
aduihhh.. pening2.
~ CeguLinn~ ~ CeguLinn~ 06 March, 2010
LADAP taun nie kita kena baca 7 buah buku ... pastu kena bentangkan dgn kupasan dan rumusan ...
tahapa2lah bagi den .. klo dr sudut +ve mmg bagus ar , menanamkan minat mmbaca di kalngan guru ... tapi ianya jugak menambahkan kerja guru ...
tunbegia tunbegia 06 March, 2010
sempat kutuk lagi,

salamm,
tchersally tchersally 06 March, 2010
uiksss..Man..serious bunyi tuuuu..hmmm..payah sikit nak komen bab ni..tp mmg agak kelakar lah bila sang guru2 berkursus tidak disediakan makan..siannnn kita kan dik..

mak aihhhh..jauhnya perjalnan ke sekolah Man..
insan pendidik insan pendidik 06 March, 2010
terpaksela kene tapau dr umah takpun beli je kat tepi jalan tuu tp denga cite byk skolah stop dulu LDP nih sementara nunggu peruntukan
DaHLia DaHLia 06 March, 2010
taun ni LADAP dah xwajib sebab masalah kos...dengarnya penggunaan kad biru tu akan digantikan dengan buat ulasan 7buah buku setahun...
pak long pak long 07 March, 2010
salam buat temanku..
aku pun akan rasa macam kau rasa...deritamu adalah deritaku jugak...aku tetap menjadi penyokong kau cikgu naman...
aidakw aidakw 07 March, 2010
Nilam diperluaskan kepada guru-guru..
sonata anak kancil sonata anak kancil 07 March, 2010
saya telah dimaklumkan LADAP pertama sekolah saya masa saya masuk hospital hari Rabu lepas ( petang mulai jam 2 ptg ) ....Makan minum
( nasi beryani / minyak / tah apa kurang pasti ) telah ditanggung oleh beberapa orang guru membelanjakan semua guru/staf kerana kejayaan anak mereka dalam PMR & ade yang berjaya ke SBP....hu3x melepas kawan....!rezeki-rezeki
Cikgu Adham Cikgu Adham 07 March, 2010
salam.. adeii he heh heh..
LADAP sudah bermula.. maka bersedia la demo hah hah...
n@m@n n@m@n 07 March, 2010
cegulin~owh..yeke..tambah kerja la tu..hehe

tunbegia~mana ada ktuk pon TB..;P

tchersally~memang jauuuhhhhh..hehe

IP~ada ke peruntukan tu nanti?

dahlia~tula, kenapa sesetengah sekolah dibuat jugak?

pak long~TQ pak long..hehe

aidakw~yup

sonata~fuyyoo..baik hatinya mereka tu..hehe..

adham~ready doh ni..hehe