“Saya ingin ke Gatsby Deodorant Street Fair”

Tajuk dikekalkan atas arahan nuffnang..hoho

Baru-baru ni heboh diperkatakan tentang projek sulit Nuffnang - Projek Empat Ratus yang dijemput melalui emel nuffnangers

ingatkan projek kutip derma 400 ringgit sorang ke apa..hehe

Sekarang teka-teki tu dah terjawab..huhu..Yang dijemput kena lah buat entri khas..Ni gigih pulak menaip last minute untuk entri khas tu..lalala

Apa tu projek 400?
Gatsby Deodorant bakal melangsungkan ‘Street Fair’ besar-besaran pada 17 April 2010, bertempat di ruang legar Berjaya Timesquare KL di mana kesemua peserta Projek 400 akan menghadiri ‘Street Fair’ ini bersama.

Apa yang menarik?
Terdapat pelbagai gerai mainan yang akan didirikan semasa ‘Street Fair’. Ada yang seringkas membaling getah hinggalah ke aksi-aksi yang melucukan dan menggelikan hati seperti bergusti sumo dalam beg udara oleh para peserta.

Ada hadiah ke?
Peserta permainan ini akan memenangi mata dan anda boleh menebus mata ganjaran yang terkumpul dengan barangan menarik dari Gatsby!!

Nak cubalah kot-kot dapat stok gel rambut selama 18 tahun ke..hoho..Gel Gatsby kat rumah dah nak habis(bukan melibatkan deodorant je?hehe)

haa..siap buat gambar blog sendiri sebagai background..hoho

Selain itu, semua peserta yang terlibat dan mengambil bahagian dalam permainan layak untuk menyertai cabutan bertuah. Antara hadiah-hadiah yang bakal dimenangi melalui cabutan bertuah adalah barangan elekteronik, komputer,telefon bimbit dan baucar tunai berjumlah lebih dari RM 15,000!

Wah..Dapat buat balik komputer/laptop sebiji jadi la..hoho

Bila dan di mana?
Tarikh: 17 April 2010 (Sabtu)
Masa : bermula pada jam 10 pagi hingga 5 petang
Venue : ruang legar, Ground Floor Berjaya Timesquare, Kuala Lumpur

Jenis permainan ‘street fair’ yang ingin dilihat dan main
- acara 'juggling ball' sambil spray deodorant kat ketiak..hihi
- mencari gel rambut yang disorokkan dalam tepung gandum menggunakan mulut
- membaling botol deodorant dengan bola tenis

cara untuk ke ‘Street Fair’ @ Berjaya Times Square

Kalau ada GPS tu search je, pastu ikut je..senang kan ada teknologi..hehe..Takpun pakai google maps melalui sini

kredit untuk http://mohdzaid.com/ (no idea nak bagi guide)

Melalui KL Monorail
-Daripada Stesen KL Sentral ke Stesen Imbi
-Naik dan gunakan perkhidmatan KL Monorail daripada Stesen KL Sentral menghala ke Stesen Imbi
-Berhenti di Stesen Imbi
-Stesen Imbi terletak betul-betul di hadapan Berjaya Timesquare
-Tempoh perjalanan : 6 minit +/-

Melalui LRT
-Daripada Stesen KL Sentral ke Stesen Hang Tuah
-Naik dan gunakan perkhidmatan Putra LRT daripada Stesen KL Sentral menghala ke Stesen Masjid Jamek
-Tukar kepada Star LRT di Stesen Masjid Jamek
-Berhenti di Stesen Hang Tuah
-Tempoh perjalanan menggunakan LRT : 10 minit +/-
-5 minit tempoh berjalan ke Berjaya Timesquare

Melalui KLIA ERL
-Daripada KLIA ke Stesen Imbi melalui Stesen KL Sentral
-Naik dan gunakan perkhidmatan ERL daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menghala ke Stesen KL Sentral
-Tukar kepada KL Monorail di Stesen KL Sentral, menghala ke Stesen Imbi
-Berhenti di Stesen Imbi
-Tempoh perjalanan : 34 minit +/-

Melalui Kereta/Teksi
-Berjaya Timesquare terletak :
a) 15 minit dari Stesen KL Sentral
b) 30 minit dari KLIA
-Terdapat 4500 tempat letak kereta di Berjaya Timesquare

Untuk maklumat lebih lanjut sila ke http://www.gatsby.com.my/streetfair kerana disana ada online game yang membolehkan anda memenangi 2 tiket ke Gatsby Deodorant Street Fair Event untuk pemenang mingguan bagi setiap games

Datang ye beramai-ramai.

Datang jangan tak datang..Datang jangan tak datang (sambil diiringi paluan kompang)

Nota Ringkas : Tak pernah lagi join event Nuffnang ni..ni la pertama kalinya..hoho

Nota Tambahan : Man U 4-AC Milan O..hoho

{ 7 comments.. read them below or add one }

kakngah kakngah 11 March, 2010
aku dpt gk jemputan projek sulit ni hartu.. tp dsbbkan tk dpt nk koint event tu.. takde la terima jemputanya.. huhuhuhu!!!
n@m@n n@m@n 11 March, 2010
kakngah~tula, nama je sulit tapi kebanyakannya dijemput..hehe
tunbegia tunbegia 11 March, 2010
semoga berjaya,

salamm,
Ariff Shah Ariff Shah 11 March, 2010
seronok ah dapat join. confirm dapat banyak hadiah
xiiinam xiiinam 11 March, 2010
Tak apalah...ckLah bagi chance kat kome orang orang muda..ha..ha...
Si Panda Si Panda 14 March, 2010
ooo ini kisahnya projek tuh.. dapat invitation.. tapi buat tak tau jer.. hahaha