Chelsea 2- Man Utd 1 : Jangan biarkan diri kita dijajah lagi!

Salam..

adakah Man U mampu menang kali keempat berturut-turut??

Man U 1- Chelsick Chelsea 2

Man U yang dipanggil setan merah kena di laman sendiri walaupun separuh masa kedua jelas penguasaan Man U kan?

Dan beberapa keputusan pengadil sememangnya agak menggeramkan dan menyakitkan hati sesiapa yang tengok tadi kan? Drogba jelas offside. Gol Macheda kena tangan ke? kenapa dalam bola sepak tidak digunakan bukti video seperti dalam permainan tenis atau badminton? Mengharapkan sepenuhnya pengamatan mata manusia sebagai pengadil mungkin tidak cukup. Kalau rakaman video dijadikan pembantu, mungkin Perancis tak layak ke Piala Dunia gara-gara tangan Henry kan?

Kita yang menyokong, tak kisahla menyokong Arsengal Arsenal, Liverfool Liverpool mahupun ChelsickChelsea mengapa mesti berperang sesama kita? Kelab - kelab tersebut bukannya ada kena mengena dengan asal usul kita kan? Kalau kita orang Selangor, logikla kita fanatik dengan pasukan Selangor. Tapi kenapa kita bersungguh-sungguh bagai nak rak menyokong pasukan luar sampai caci maki sesama kita gara-gara tak sama pasukan pilihan dari liga luar itu. Hairan.

Kita pernah dijajah British. Kita sudah merdeka lebih setengah abad. Adakah kita dijajah pula melalui permainan? Memang permainan mereka sangat cantik berbanding liga kita, tetapi takkanlah kita sanggup caci mencaci sesama kita sebangsa dan seagama?

Kalau dah taksub memang la macam tu kan. Kalau tak disebabkan taksub tak mungkin YB -YB kita berperang seakan kanak-kanak di sidang parlimen. Harap-haraplah YB tu kekal sebagai Yang Berhormat, jangan sampai orang kita letak Yang Bangang pulak kan?hehe.Tengoklah liga mana pun, tapi harap-harap janganlah taksub sangat kan?

Nota Ringkas : Piala Dunia tak lama lagi kan? Calon juaranya siapa ye?

{ 16 comments.. read them below or add one }

Kapten Kapten 03 April, 2010
hehe. kalau penyokong Chelsea nak hepi aku x kisah ler. tp sekali penyokong Liverpool n Arsenal tumpang sekaki. kekekesian
n@m@n n@m@n 03 April, 2010
kapten~janji depa bahagia..hehe
INDRA QIRANA INDRA QIRANA 04 April, 2010
tak kira, janji puas ha ha

http://rabunmerah.blogspot.com/
Aku X-PO Aku X-PO 04 April, 2010
lumrah bola..cam tu la..kalau org kita duk sokong liga malaysia pun, ttp akan ada caci maki gak..sama je..lumrah..
n@m@n n@m@n 04 April, 2010
INDRA QIRANA~terpulang pada masing2 ;)


Aku X-PO~tak kisahla nak tengok liga malaysia ke, arab ke, inggeris ke ;)..janji jangan caci maki sudah kan?
a1zudd1n a1zudd1n 04 April, 2010
rep kayu..tensen je tgk td..penalti 2 kali..mu terpaksa harap ihsan team lain..keajaiban perlu berlaku..huh
n@m@n n@m@n 04 April, 2010
a1zudd1n~harap2 adalah keajaiban tu ;)
kenwooi kenwooi 04 April, 2010
well.. i think chelsea is gonna win =/
pak long pak long 04 April, 2010
salam buat naman...
idup MU.....
kejor yeop kejor tetap dihati..
Bapak Bapak 04 April, 2010
bukan orang kita je, pengalaman masa studi dulu, budak2 afrika fanatik giler ngan team france & arsenal pasal negara mereka pernah dijajah negara tersebut...

X taulah Man U leh juara EPL ke x tahun ni...tapi bila dah agak nak bungkus, Bapak layan je game Kedah je.. hijau kuning cam Man U 'lama' gak aper...heheh
tunbegia tunbegia 04 April, 2010
world cup bulan jun kannns,

salamm,
xiiinam xiiinam 04 April, 2010
Oooooo...pasalbola rupanya...



(Komen dari seorang 'kaki bangku'.)

He..he...
a kl citizen a kl citizen 04 April, 2010
memang akak tak pepaham dunia bole ni
sonata anak kancil sonata anak kancil 04 April, 2010
saya dan hubby tengok gak bola ni...tapi tak gaduh / berperang pong!!! cuma kedengaran dari mulut hubby....alamak! alahai !....huh ....habis - habis....
phycrewz phycrewz 06 April, 2010
phy tgk je dua2..suma sukan pun tgk.

tp kita tgk jau mana2 pun, kat yg dlm negara ni jg yg mst disokong.

klu xsupport org kita,sapa lg nak? org putih? sori..
fndrocka fndrocka 07 April, 2010
ala2 dah tgk EPL...wc support England je la