kalaulah LADAP tu seenak LADU klate..

Salam..

esok kembali berLADAP untuk episod ke 3, selepas esok masih ada lagi 4 episod..huhu. Episod esok bertajuk APLIKASI TEKNOLOGI DALAM PEDAGOGI..mungkin belajar teknik-teknik pedagogi yang canggih, contohnya guna Facebook nak mengajar Pendidikan Jasmani..haha

bagi yang tak tahu LADAP(Latihan dalam Perkhidmatan)->LADAP diperkenalkan pada 1 Jan 2005 untuk membangunkan sumber manusia sejajar dengan kehendak yang terkandung dalam dasar wawasan negara untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dan cemerlang menjelang tahun 2020.

LADU klate
Kombinasi lada hitam dan tepung beras. Ladu kebiasaanya dimakan oleh wanita yang baru melahirkan anak sewaktu dalam pantang kerana ianya dipercayai boleh memanaskan badan. Namun ladu boleh dibeli dan dinikmati pada bila-bila masa.

dipetik dari sini

Chekgu yang tak melahirkan anak pun suka makan ladu ni, tetapi ladu ni tak ngam pulak dengan citarasa mama Darwisy...hehe..kengkawan pernah makan? Ok tak rasanya?

Banyak macam lagi kan spesies ladu kat dunia ni. Salman Khan pun suka makan ladu sebab dalam cerita Hindustan makanan ladu ni mesti ada. hehe

Nota Ringkas : Bila la kajian tentang tugas guru tu nak siap dan macam mana penyelesaiannya?

{ 8 comments.. read them below or add one }

teachernabil teachernabil 09 April, 2010
walau LADAP itu tidak SEDAP..
terpaksa kau telan jua..
kerana kita makan gaji namanya..

-cikgu nabil-

http://teachernabil.wordpress.com
pak long pak long 09 April, 2010
salam...
kawey berahi sira LABU....gi bekwah hok tu kawey cari....
pak long dah masuk siri 2 LADAP yg fedap...huhuhu
cikgu isza cikgu isza 09 April, 2010
daripada makan ladu dengan mengadap ladap , dua2 x suka..huhuhu
mantan mantan 09 April, 2010
n@m@n,
LADAP
& LADU

samaa-sama penting tu...
miemiey miemiey 10 April, 2010
dalam cite industan laddu tu pedas..tapi betul ke....sbb tak pernah makan....
Cikgu Ani Cikgu Ani 10 April, 2010
Mana ada Ladap untuk Tahun ini. Kementerian Pelajaran Malaysia sudah mengeluarkan surat arahan LADAP digantikan dengan membaca buku dan membuat sipnopsis buku yang dibaca guru...
miemiey miemiey 10 April, 2010
sesuatu tuk awak tengok
sila datang yee

http://miemieyslamzer.blogspot.com/2010/04/hadiah-contest-part-2.html
pija5120 pija5120 11 April, 2010
baru ja mengadap LADAP pagi semalam... kena plak hujan... xbleh sambung tido! sek kami pilih baca 3 buah buku n bentang dlm group...


ladu xtau... budu mmg sedap!