Kenapa Jusco Boleh Adakan Sale 70% Dengan Kerap?

Salam..

Maaf kepada jusco, ini bukan entri nak mengutuk atau menjatuhkan jualan anda kerana saya pun selalu jugak menghulurkan duit di kaunter pembayaran Jusco tu..hoho. Terutama bila Hari Jusco Card.


Kalau kita tengok dari atas kedua-dua bekas ini macam sama saiz je kan? Sebenarnya tidak. jangan tengok hanya melalui satu pandangan sahaja. Begitu juga dengan kehidupan kita kan? Jangan menerima satu pandangan sahaja, kerana ia tak semestinya betul

Cuba kita tengok pandangan sisi


Macam ni rupanya. Satu tinggi satu ketot rendah

Yang rendah boleh diisi dengan 2.5 liter air manakala yang tinggi tu boleh diisi sebanyak 3.25 liter air.

Harga yang rendah itu adalah


ya, dibeli di Jusco dengan harga RM13.90

Harga yang tinggi pulak


Dibeli di kampung dengan harga RM7.50. Kedai Long Wan yang menjadi tempat 'favourite' setiap kali balik ke Kulim..ehehe

Tak ke pelik dengan muatan 3.25 liter harganya kurang hampir separuh dari yang muatan 2.5 liter . Apa maksudnya itu? Kedai kecil boleh jual jauh lebih murah dari kedai bertaraf mega gitu.

Maknanya mesti harga modal rendah tapi dijual dengan harga tinggi. Mesti untung banyak kan?hehe. Sebab tu la boleh buat sale mega. Apa-apapun kita sebagai pengguna mestilah bijak kan?

Hairan juga kadang-kadang bila dibandingkan ada sesetengah barang mahal kat Pasaraya A, tapi murah kat Pasaraya B. Tapi dalam masa yang sama ada barang yang mahal kat Pasaraya B sebaliknya murah dekat Pasaraya A. Depa pakat ke apa haa?

Nota Ringkas: Teringat dulu rumah adalah kedai runcit juga. Kecil-kecil lagi sudah berniaga ;)

{ 24 comments.. read them below or add one }

pak long pak long 01 April, 2010
salam buat naman...
fuhhh..dasat buat perbandiangan...ni boleh jadi pengerusi kelab penguna ni....kawey caya ke demo....bodo-bodo baik jadi cetong...hehehehe
n@m@n n@m@n 01 April, 2010
pak long~maso sekolah dulu jadi doh pengerusi kelab pengguna..

cetong takpo, jange kekcong sudoh..hehe
Kujie Kujie 01 April, 2010
lain kali p beli kt Baling..lagiiiii murah..
Mr PenyuBiru Mr PenyuBiru 01 April, 2010
mungkin yg jusco punyer tu guna bahan plastik yg bermutu tinggi kut.hehe..
n@m@n n@m@n 01 April, 2010
kakjie~ lalu je Baling, tak pernah singgah

tapi tau periuk,kuali kat situ memannnnggg murah..hehe

abang penyu~ mungkin kot..plastik disadur emas 19.9 karat..hehe
cikgu isza cikgu isza 02 April, 2010
memang perasan taktik jusco.. lepas offer pun harga masih tinggi :(, truk kan3
CikLilyPutih CikLilyPutih 02 April, 2010
betullah, selama nie x berape perasan sangatlah. Skrg nie baru tau
Azizuan Aziz Azizuan Aziz 02 April, 2010
longwan kat kulim tadak tempat laen dah..depan umah aku ja..hahaha
Makiko Saba Makiko Saba 02 April, 2010
Perbandingan yang sukar ditandingi...

Tapi 'kos sebenar' bagi bekas yg tinggi tu belum termasuk duit minyak & tol nak kena balik Kulim..hehe (",)

Anyway, baguslah kalau ada ramai konsumer yang alert dengan hak2 kepenggunaan, terutamanya yang berkaitan dengan harga.

Don't feel offended, ye! It's my 2 cents worth...
Mata Hati Mata Hati 02 April, 2010
yup..jgn terpedaya dgn jualan murah kat mana2 pasaraya. buatlah perbandingan harga dulu sebelum membeli. ada baiknya menjadi cerewet sedikit asalkan menguntungkan diri..
fitrijohari007 fitrijohari007 02 April, 2010
kalo sy xde la nkl bli tapawer kat jusco ni..mahal!g sane bli2 baju ke boley la..haha
tunbegia tunbegia 02 April, 2010
jauh berjalan luas pandangan kannns,

salamm,
Daddy Zuki Daddy Zuki 02 April, 2010
salam. sy beli barang2 plastik di kedai 99 atau ceria atau borong sakan di tanah merah, kelantan. benda2 di pasaraya hyper ni mahal spt basikal, TV, tupperware dll. kalu barang dapur tu mmg le murah. so mereka turunkan di bhgn ini tp naikkan harga di bhgn lain. taktik biz la tu.
baincardin baincardin 02 April, 2010
*al-Fatihah utk arwah Din Beramboi...
ahmad humairi ahmad humairi 02 April, 2010
banyak yang palsu dipasaran sekarang, berhati-hati..
sayalahfaizul sayalahfaizul 02 April, 2010
tu la dia... ingatkan kita untung bila ade sale 70%, rupa2nya bukan UNTUNG, tapi kurang RUGI berbanding hari-hari lain...
Booty Martinez Booty Martinez 02 April, 2010
mak aih....jauhnye beza..cekik darah tul jusco nih. logik jugak dorg slalu je buat sale kan...saba jela.

ps : kenapa tak sediakan ruangan komen untuk Nama/URL. saya ade blog http://sekilass.com..tapi terpaksa guna google account
CIK NANA CIK NANA 02 April, 2010
La....
chekgu nie org kedah gak ka?
Nana org SP.. heheh...

Kalau rajin gi kedai yang terpaksa berpanas/peluh ketiak sket... sure leh dpt brg at the best bargain!

Cuma org skang manja (inclusive me as well)... Tanak panas, tanak susah.. Nak parking, turun trus gi beli, pastu singgah mkn ayam penyet.. (contoh jek ya)..
:)
rossoneri rossoneri 02 April, 2010
hohoh tapi tak ada pilihan lorr, dah kawasan rumah tempat beli barang hanyalah di shopping complex..pasar tani pon harga lebih kurang je..
mie mie 02 April, 2010
material xsama kot...
xpun, jusco import jug tu..
heheheee
Aus MeLankoLik Aus MeLankoLik 02 April, 2010
jusco terkantoi ke..hahahak
sensasi2020.blogspot.com sensasi2020.blogspot.com 06 July, 2012
Harga yg murah tidak semestinya murah,
Murah lagi di jual di pasar malam,
Barang yang murah jgn disangka harga rendah,
Jika benar berlaku ia betul2 kejam.
hafizmd hafizmd 23 May, 2013
hohoho..teknik super kat jj dan pasaraya lain...

barang2 camni mmg baik beli kedai2 kat luar..mmg lagi murah =)
ieta ieta 19 June, 2013
Suami sy kata, selalunya harga masa offer tu adalah barang2 yg dh tak laku sbb tu dijual scr offer. Than, brgn yg dihargakan dgn harga offer tu, sbnrnya hrga yg lbih mahal jika dibandingkan dtpt2 lain. Kesimpulannya:kalo rajin, survey dulu baru beli. Kalo tak rajin n tak sempat, beli je la... haha

Tapi, best pe membeli belah d Jusco a.k.a AEON sbb, sll dpt balik melalui reedem voucher n pelbagai lg voucher. Cuma nak membli, kena listdown dulu... kalo tak listkan... alamat ba...nyak barang tak patut yg terbeli.... biasala...anak2 ramai... haha