Hari Ibu Yang Menyedihkan ;(

salam..


Selama satu hari berkemah, bertemankan hangat malam dan nyamuk paya bakau, melengkapkan hujung minggu di minggu kedua bulan Mei, yang mana Ahadnya itu Hari Ibu.

Sebenarnya ditugaskan pada pagi Ahad hingga pagi Isnin keesokannya, tetapi kerana ingin meluangkan masa menyambut Hari Ibu buat pertama kalinya bersama mama Darwisy, chekgu tukar ke Hari Sabtu, sambil-sambil mengelat malas ke LADAP.hehe.

Tiada sambutan besar-besaran, tiada bunga-bungaan, tiada hadiah banglow mahupun kereta sebiji, hanya makan-makan sahaja..hehe..

Setelah direkomen oleh kawan dan sedikit bantuan google yang bijaksana, Village View dipilih. Lokasinya di Bangi.

Macam biasa, sesi bergambar menjadi pembuka acara.

memang kampung sekali lampunya..;p

Darwisy seronok jugak ye walaupun takde makanan kat sini yang boleh Darwisy makan



sempat juga bermain dengan 'shutter speed'

f1.8

f22 tanpa tripod

Darwisy yang sibuk nak pilih menu ;)

hajat dihati nak makan Ayam Potong (chicken chop). Rupanya nak malam baru ada Western Food ni. Jauh barangkali naik plane..hehe. Jadi akhirnya menu di bawah yang menawan hati

Ikan siakap 3 rasa yang indah rupa dari rasanya. Diminta untuk 2orang, tetapi dibaginya yang 900gm, boleh dimakan 4 orang tu!!

kailan ikan masin

gelas terbalik??

telur bistik

tomyam ayam

Tiada dalam gambar
1) Sotong goreng tepung yang tiada rupa dan tiada rasa
2) Air jus oren

Yang sedihnya..

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

siakap 3 rasa yang hangit ..nak makan macam mana!!!!!!

Setelah dikomen kepada pelayan, nampak takde penyelesaiannya. Ikan ada lagi sebelah. Akhirnya buat keputusan nak bayar separuh je disebabkan tak boleh makan, pahit!!!

Mujurlah juruwang di situ sangat berbudi bahasa, rupanya dia dah tau. Ikan berharga RM36 ringgit tu tak pelu dibayar dan dia meminta maaf atas kehangitan ikan itu..hoho.

Apa-apapun mood makan sudah terganggu, ikutkan banyak pemandangan menarik di situ yang boleh dirakam. Dengan kolam ikannya, air terjun dan lampu-lampunya. Tetapi sudah malas nak lama-lama di situ.

Mungkin semalam bukan hari kami, sebab semalam hari ahad ;)

Balik singgah bungkus satay kajang untuk malamnya. Mengubat rasa kecewa dengan ikan hangit tadi..hehe

satay kajang Samuri versi Putrajaya

Nota Ringkas ; Makan di rumah lagi jimat dan terjamin kebersihannya, tetapi sekali sekala perut nak merasa kelainannya.

SELAMAT HARI IBU KEPADA SEMUA YANG BERGELAR IBU!

{ 21 comments.. read them below or add one }

kitatauke kitatauke 09 May, 2010
makanan semua sedap2...kecuali siakap yg hangit....baik kene pgglan hangit dr siakap hangit...huhuuh
xiiinam xiiinam 09 May, 2010
Kenangan hangit di hari Ibu.....

Salam Hari Ibu untuk mama Darwisy....yang jelita itu.
xiiinam xiiinam 09 May, 2010
Kenangan hangit di hari ibu...

Salam Hari Ibu buat mama Darwisy..
n@m@n n@m@n 10 May, 2010
@kitatauke

hangit yang paling mahal pulak tu..hehe
roslaini saad roslaini saad 10 May, 2010
Bertuahnya Mama Darwish... ada yang belanja makan special pulak tu.....
Damia Aleesya & Damia Ayunie Damia Aleesya & Damia Ayunie 10 May, 2010
selalu pesan kat org amik order..
"ikan tu garing yer, jangan hangit pulak"...
coz memang tak leh makan ikan siakap yg tak garing....

nasib ler dapat separuh harga jer...
n@m@n n@m@n 10 May, 2010
@roslaini saad

sekali sekala ;) Biasa-biasa je..
n@m@n n@m@n 10 May, 2010
@Damia Aleesya

selalu tak pernah kena
lain kali kena beringat jugak lah..hehe

nasib baik tak payah bayar ;)
Wansteddy Tales Wansteddy Tales 10 May, 2010
bagusnya cikgu bawak wife smbut hari ibu. terharu nengoknya :)
Asma Asma 10 May, 2010
hangitla plak..biasa klu terkena..mmg tidak akan kembali ke kedai yg sama..hehehe..kedai lain byk lg :)

btw,selamat hari ibu mama Darwisy :)
tengku_fir21 tengku_fir21 10 May, 2010
ouwwhh...hangit???klu saya pulang terus....hahaha

tahun depan cikgu masak jer dekat umah
tengku_fir21 tengku_fir21 10 May, 2010
ouwwh tempat begitu menarik...
tapi ikan hangit...huk3 sadis...


p/s:tahun depan cikgu masa ikan 3 rasa dekat umah jer
pak long pak long 10 May, 2010
salam..
waaaa..memang bermakna buat ibu darwis tahun ni...moga demo dan keluarga terus berbahagia...
cikgu isza cikgu isza 10 May, 2010
kalau kena bayar mau mengamuk juga.. len kali masakkan untuk isteri leh? :)
n@m@n n@m@n 10 May, 2010
@Wansteddy Tales

kalau bagi rantai emas lagi terharu kan..hehe

biasa-biasa je.hehe
n@m@n n@m@n 10 May, 2010
@Asma

itulah..memang serik ke situ.. TQ ye!!
n@m@n n@m@n 10 May, 2010
@tengku_fir21

nanti nak buat ikan 18 rasa..hehe
n@m@n n@m@n 10 May, 2010
@cikgu isza

entri masak-masak coming soon ;)
Mr PenyuBiru Mr PenyuBiru 11 May, 2010
selain kenangan manis, kenangan hangit juga selalu diingat orang kan.