Lilin-lilin sangat laku menjelang Hari Guru

Salam..


Bila dah lama tak update, keywords banyak membantu. Semalam, lilin banyak menerjah ke blog chekgu ini. Entri mengenai lilin ada di sini.

+Klik gambar untuk keselesaan anak mata+

Barangkali ramai mencari lirik lagu biarku menjadi lilin untuk Hari Guru nanti ;). Maklumla guru ini ibarat lilin, membakar dan terbakar menerangi kegelapan. Kadang-kadang dibakar.

Dan manusia-manusia yang diumpamakan lilin ini mendapat hadiah yang bermakna tahun ini. Perlu membakar diri mereka pada Sabtu ini, bergotong-royong membersihkan sekolah. Sabtu ini semua guru terlibat dalam gotong royong perdana ini. Terima kasih atas hadiah ini.

Alangkah enaknya kalau yang membuat usul ini turun sama-sama bergotong royong, tetapi tidak enak kalau mereka-mereka yang bijak memberi 'hadiah' ini bersenang lenang pada Sabtu ini. Kemungkinan mereka bercanda di tepi pantai bersama keluarga pada Sabtu ini, sedangkan kita bertungkus lumus di bawah terik mentari. Kalau mereka turut serta bagusla, mesra rakyat gitu ;)

Mungkin juga pada pandangan mereka guru-guru tiada keluarga untuk dijaga, untuk dibawa ke mana-mana pada hari minggu.

Nak cakap banyak nanti ada pula yang cakap guru-guru sekarang kuat merungut, manja dan tak bersyukur kan?

Syukur...Syukur..Syukur Ya Allah
Syukur...Alhamdulillah
nyanyi lagu Raihan tiba-tiba

Nota Ringkas : Ada terbaca blog seorang guru ganti yang dah tamat kontrak baru ni merungut penatnya jadi cikgu. Dah rasa sendiri baru tau kan? ;)

{ 10 comments.. read them below or add one }

Sally Sally 14 May, 2010
Akak x mo jadi lilin..da lapuk ah perbandingan itu..lilin kan ke hya berguna kalau blackout..why noy kita jadi mentol Osram yg mesra alam tu, atau lampu neon ke..ape ke..ini jadi lilin membakar diri???bunuh diri namanya tu..tak gitu Naman?

Bab gotong royong tu..aishhhhhhhhh..
FarHa FarHa 14 May, 2010
haha tu r..jadi cikgu nih hanya org2 terpilih je...

p/s: sy bakal cgu tp sethn ag laa hehe
princeduyong princeduyong 14 May, 2010
hehe...cekgu oh cekgu...jasamu tak terbalas...
a kl citizen a kl citizen 14 May, 2010
penat ke jadi cikgu, naman?

sebenarnya penat buat kerja2 lain yang tak penting tu tapi kena buat yang jadi penat tu kan naman
cikgu isza cikgu isza 14 May, 2010
sokong cikgu di atas.. kalau kembali kepada yang utama.. hati dengan penuh rasa keikhlasan..

taknak jadi lilin.. nak jadi mentari.. ;)
n@m@n n@m@n 14 May, 2010
@Sally

huhu..terpaksa google maklumat pasal Osram ni..xtau

tapi mentol nanti terbakar jugak ..hehe..pastu dah takleh guna
n@m@n n@m@n 14 May, 2010
@FarHa

haa..kena bersedia mental dan fizikal ye ;)
n@m@n n@m@n 14 May, 2010
@a kl citizen
betullllllllllllllllllllll!!!

dah lari fokus kita
n@m@n n@m@n 14 May, 2010
@cikgu isza

malam jadi bulan pulak la ye..hehe..menerangi malam