My Message to AIDSAware

Salam.

AIDS adalah antara musuh yang paling berbahaya kepada manusia hari ini dan pertama kali ditemui pada beberapa individu homoseksual pada tahun 1981.AIDS merupakan singkatan dari Acquired Immunodeficiency Sindrom. AIDS berasal dari virus HIV, Human Immunodeficiency Virus.  HIV adalah  sejenis virus. Ketika orang berkata anda telah dijangkiti AIDS, anda benar-benar telah mendapat HIV. Kemudian HIV berkembang menjadi AIDS. Tapi apakah AIDS itu? AIDS adalah penyakit yang boleh merosakkan sistem keimunan badab manusia, bahagian tubuh anda yang melawan sebarang penyakit seperti selsema, radang dan sebagainya.

Antara cara nak elakkannya.
  • Elakkan seks secara rambang
  • Jika anda menggunakan jarum suntikan untuk sebarang ubat, jangan berkongsi jarumnya.
  • Elakkan darah orang yang tak dikenali masuk ke luka-luka anda.
  • Penyebaran maklumat mengenai AIDS sangatlah penting kerana ia merupakan salah satu penyakit yang sampai sekarang masih tidak dijumpai penawarnya.
http://aidsaware.ruumz.com/ adalah satu AIDSAware satu projek umtuk meningkatkan kesedaran mengenai AIDS dan juga untuk mengumpul 13000 mesej,untuk meningati sejumlah 13000 orang yang telah meninggal disebabkan AIDS di Malaysia.

inilah mesej bergambarku..hoho




Nota Ringkas : Dah dinyatakan dalam Al-quran setiap penyakit ada ubatnya. Semoga penawar AIDS akan dijumpai

5 comments.. read them below or add one

kak ina kl kak ina kl 05 May, 2010
wah senang ek camtu..kreatif ekk
n@m@n n@m@n 05 May, 2010
@kak ina kl

tu bukan kreatif kak, tapi pemalas..hehe
n@m@n n@m@n 05 May, 2010
@a kl citizen

lebih kurang la kak..hehe
tengku_fir21 tengku_fir21 06 May, 2010
saya mahu serta projek ini