Sekotak Teh Uncang Untuk Cikgu di Hari Guru

Salam..

Lamanya tak berblog.. Ruginya trafik..ruginya..hehe.

Hari guru dah lama berlalu baru terhegeh-hegeh nak cerita. Tetapi ni bukannya cerita pasal acara-acara yang biasanya dipanggil 'acara syok sendiri' tu. Sebab rasanya kalau diceritakan, semua sambutan lebih kurang sama je kan? Acara sambut-sambut belon, bawak telur dalam sudu ke,nyanyi, joget-joget dan macam-macam lagi menjadi kebiasaan.

Dan macam biasa hari guru mestilah dapat hadiah walaupun ciput kan..hehe.

Hadiah tahun ini. Agak banyak bagi sekolah di pinggir bandar ;)

Sekolah ini adalah kategori luar bandar. Taraf sosioekonominya rendah. Jadi hadiah-hadiah di sini tidak serancak sekolah di bandar. ;). Tapi bukan hadiah cikgu-cikgu minta kan? Kan? Kan? Kejayaan dan kemenjadian mereka yang kita nak, betul tak?

Berbalik kepada hadiah, setiap tahun mesti dapat tie. Tahun lepas yang warna pink (wink..wink..wink) pun tak pakai lagi. hehe.

ni tie tahun ni.

Tak sangka ada juga yang sanggup bagi kemeja..hehe



tak lupa kad-kad ucapan yang dibeli mahupun buat sendiri.

ada pula murid yang sanggup menghabiskan duit menempah hadiah di atas.


Yang paling best..jeng..jeng..jeng..


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Sekotak teh uncang khas untukku..hehe. Mungkin murid ni selalu nampak saya minum air suam kat kantin, jadi dibelinya teh sebagai hadiah!

Itulah antara hadiah-hadiahnya. Ada lagi coklat, frame dan macam-macam lagi hadiah yang comel-comel.


Atas ni pula hadiah sempena Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, eh..Berangan pulak!. Menang anugerah yang dianjur oleh badan pengawas. Kategori Cikgu Lelaki Sesi Pagi Paling Segak..tak tahan! (sila jangan muntah di atas keyboard anda!!)

Badan dah bulat dengan muka berparut akibat Luka di muka orang nak ambil tahu,luka di hati siapa yang tahu.., masih boleh menang..haha. Dulu badan slim macam Osman Kering takde pulak nak menang.

Gambar di atas dicilok dari FB pelajar saya yang dah berbulan 'request' untuk jadi kawan tapi tak di 'approve'..haha. Dan dibawah adalah komen-komen antara mereka, yang mana secara terus terang mengumpat cikgu Add Maths mereka yang sempoi itu!

++Klik untuk kejelasan++


''ckgu wan mnang tapi de prut la''

Mati-mati ingatkan perut, rupanya parut daaaaa!!! Korang mengumpat parut cikgu ye!!! Siap markah Add Math korang!! Diorang ingat saya ni buta IT, tak jumpa korang mengumpat ye!! (buat-buat marah konon)

Nota Ringkas : Itulah warna-warni pekerjaan sebagai guru.

{ 18 comments.. read them below or add one }

cikgu isza cikgu isza 25 May, 2010
gurauan eratkan hubungan.. :)

sayangkan cikgu umpat2kan.. hehehe.. boleh ke?
Damia Aleesya & Damia Ayunie Damia Aleesya & Damia Ayunie 26 May, 2010
fuyoo...cikgu paling segak...untung fiza..

hadiah hari guru yg paling best tahun ni kak ayu dapat buah mempelam 2 plastik ngan buku2 motivasi...
Salmia Salmia 26 May, 2010
hehehe.. macam ni ek perasaan cikgu2 bila hari guru. banyaknya hadiah..
n@m@n n@m@n 26 May, 2010
@cikgu isza

mengumpat menambah dosa..;)
n@m@n n@m@n 26 May, 2010
@Damia Aleesya

fiza lah image consultant..hehe

wah..terliur dengar mangga:P
n@m@n n@m@n 26 May, 2010
@Salmia

perasaan macam mana tu? ;)
kenwooi kenwooi 26 May, 2010
haha.. nice gifts! =)
akuzle akuzle 26 May, 2010
salam, sensei....

hebat2 lor adiah tuh, mcm adiah bdk2 bando. even cikgu laki kt skola sy pon x dapek kemeja n tie tuh....

psl teh uncang econsave tuh, bkn aper... dier tgk cikgu dier dok tensen2 ngaja so dier nk cool down kan, itu yg dier bg teh.... kan menenangkan minda tuh.... dok gitu, cikgu??
.:iz-AnN a.k.a cOmOt:. .:iz-AnN a.k.a cOmOt:. 26 May, 2010
hahaha...napelah lambat jadi cekgu...kalu idak leh jadi cikgu ahkak..tulah lahir lambat sngat...:p
xiiinam xiiinam 26 May, 2010
Undi melalui SMS ke?

He..he..
a kl citizen a kl citizen 26 May, 2010
banyak dapat hadiah naman
akak ... makin lama makin sikit hadiah nya..
tapi takpalah...cikgu tua memang macam tu..

* naman, nak tanya luar topik

camana nak buat comment ni yang kluar [reply to comment] lepas nama pengomen tu??

email akak : normahmispar@yahoo.com

tq
n@m@n n@m@n 27 May, 2010
@akuzle

hehe..tak tau dapat menenangkan minda ini ke tak..hehe

TQ for dropping by
n@m@n n@m@n 27 May, 2010
@.:iz-AnN a.k.a cOmOt:.

Boleh lagi daftar ambil SPM untuk tahun ni..takde had umur..hehe
n@m@n n@m@n 27 May, 2010
@xiiinam

kalau SMS mungkin menang kategori anggun sekali kot..haha
n@m@n n@m@n 27 May, 2010
@a kl citizen

hadiah makin kurang tapi murid makin sayang..

p/s: dah emel
laki cikgu kimia laki cikgu kimia 27 May, 2010
ces! jenuh gua zoom nama cikgu. dah blurred plak!
a kl citizen a kl citizen 27 May, 2010
naman

tq sebab beri emel tu..
dah diaplikasikan dah..

ni layout naman dah gambar susu pulak ni...
darwisy punya susu ke?