Nok Wak Guano, Sakit Tu Buke Kijo'e Kito!

Salam..

Isnin lepas dah mula sekolah. Malam Ahad tu dah siap² barang² nak ke sekolah. Ala macam budak² sekolah lah. Kemas beg, kertas, buku, tengok baju yang nak dipakai esok (sebab dah ada orang tolong gosok semua dah..hehe)

Pagi² Isnin tu nak pakai tali leher, mama Darwisy tegur


''Buat apa pakai tie kat klinik? malu ja!''

Betul jugak, nanti tak pasal² orang panggil doktor (perasan!)

Rupanya Isnin lepas nak ke klinik gigi.Kenapa?

Masa cuti sekolah dah pergi cabut gigi geraham yang dah mula menunjukkan rasa sakit walaupun sedikit sahaja. Cabut sajalah! Nak simpan buat apa kan?

Kali terakhir cabut gigi masa sekolah rendah. Dan masa sekolah rendahlah kali terakhir rasa sakit gigi. Tiba² dah tua ni merasa jugak sakit gigi tu..hoho..Masa kecik² bila mak nak bawak ke klinik gigi, chekgu akan menyorok bawah meja.

''Tokse..Tokse..Sakit ma!''
(sambil menyorok bawah meja, terkejut kucing chekgu kacau port dia)

Isnin baru ni pergi ke klinik sebab nak 'check'. macam doktor haritu cabut tak habis je gigi geraham tu. Ada rasa tajam².

Dipendekkan cerita, hari Isnin tu, doktor(bukan doktor haritu) keliru samaada tu akar gigi ataupun tulang. ( dalam hati ; Biar betul doktor ni.Macam tak tahu apa je? Sorry ye doktor!)

Tulang!!!!!

Seriau bila terdengar doktor cakap tulang terkeluar. Nama tulang tu apa entah. Ada bone kat belakang (mestilah, dah bone tu kan tulang!!). Yang pastinya bukan James Bone mahupun Black Dog Bone ♥♥♥♥♥♥ ( macam perempuan pulak letak love. Tak tahan!)

Setelah di'x-Ray', betullah rupanya tu tulang. Jadi doktor buat prosedur tumpulkan tulang yang terkeluar. Kenalah cucuk 2 das lagi..Aduiiii sakitnya cucuk..hoho.

Doktor tu bagi penjelasan, kalau haritu cabut susah, tu yang tulang tersembul keluar.Pandai doktor ni teka, haritu memang agak susah nak cabut. Berapa kali tertelan darah tak tahu lah..hoho. Nasib baik tak bertukar jadi Raja Bersiong.. Haritu siap kena gunting gusi..Fuhhh..Kuat sungguh gigiku ini.

Dan dapatlah MC untuk hari pertama persekolahan penggal kedua. Sungguhlah rasa tak syok MC hari pertama, tapi....

Nak buat macam mana, sakit tu bukannya kerja kita


*********************************************

Darwisy pun dah ada gigi..hehe

Nota Ringkas : Setelah berhari dalam draft, keluar jugak cerita ni. ;)

{ 12 comments.. read them below or add one }

Mr PenyuBiru Mr PenyuBiru 24 June, 2010
ngeri jugak baca pengalaman cabut gigi ko ni.huhu
mantan mantan 24 June, 2010
n@m@n,
mesti tu gigi kapak hehehe...
cikgu isza cikgu isza 24 June, 2010
beli gigi dsrwisy semakin byk... gigi ayah semakin luruh :)
a kl citizen a kl citizen 24 June, 2010
sampai boleh terkeluar tulang? gigi tu takut nak keluar dari mulut naman menghadapi dunia luar lah tu

best tengok gambar tu..
chekgu BaniHassim chekgu BaniHassim 24 June, 2010
ngeri dowl aku pasal gigi2 nih..
gigi aku masalah gak..nak jumpe dentist takmo..
Damia Aleesya & Damia Ayunie Damia Aleesya & Damia Ayunie 25 June, 2010
takut cabut gigi...sakit paling sakit ialah sakit gigi..

huhuhu sabar je lah..dugaan
Sharinginfoz Sharinginfoz 25 June, 2010
dah sakit pi le klinik kan
kak ina kl kak ina kl 25 June, 2010
salam cikgu..memang seram kan bila nak cabut gigi..akak pun risau jgk ni..ada gigi nak di cabut..tapi mengigil ajer kepala lutut nak gi ..tunggu anak dara baliklah baru nak gi..ada kawan..
ckLah ckLah 26 June, 2010
He..he...apa salahnya. Pakai name tag sekali, baru best!



Dah sihta ke ni?
touya touya 29 June, 2010
bunyi macam sakit jer
E.L.I.Z.A E.L.I.Z.A 29 June, 2010
gulps! sapa tubik tulang nah?? *dey lg wat lawak james bones, black dog bones ekkeke suko sore aku baco!

bakpo demo 2 ore ni sakit gg teruk ginimo?
k.eli ajin naik 2btg gg bongsu, tp xdop la teruk sgt..heran i tau
nikhazifah nikhazifah 02 July, 2010
aku pun baru lepas cabt gg.rasa sedap yg termat sgt lepas cabut..