Tutorial melubangkan kertas jawapan OMR

Salam..

Ramai cikgu sedang menyepikan diri daripada dunia blogging sebab tengah berperang menanda kertas peperiksaan pertengahan penggal. Tapi ada juga cikgu yang konsisten dengan blogging. Mungkin blogging satu 'escapism' daripada tekanan berhadapan dengan jawapan murid yang pelbagai itu. ;)

Yang pastinya selepas cuti nanti banyak lagi peperiksaan menanti khususnya pelajar2 yang akan menghadapi peperiksaan awam tahun ni. Silabus pulak kena habis bulan 8. Alahai, orang bijak pandai kat luar sana tu tak terfikir ke buat peperiksaan banyak2 boleh habis silabus ke??? Bukan semua sekolah pelajar-pelajarnya 'cepat tangkap' macam sekolah berasrama penuh tu. Hmmm..

Tutorial Melubangkan OMR

Haa..tutorial ni khas untuk cikgu2 yang alah pada kandungan DDT asap ubat nyamuk macam chekgu dan juga yg susah2 melubangkan borang OMR menggunakan pisau. Kalau yang tak alah tu guna ubat nyamuk lebih cepat..Kaedah ni mesra rakyat..eh mesra alam sikit. ' Save the cheerleader, save the world'..haha..Siapa tengok cerita heroes tau la frasa ni. Macam mana kaedah ni?

Apa yang diperlukan?

Cermin dan Pen



cara dia?

Hanya bulatkan berulangkali borang OMR tu dengan pen di atas cermin sampailah berlubang macam gambar di atas..Cepat dan efisien. hehe

inilah hasilnya!


Selamat mencuba dan selamat menanda!

Nota Ringkas : Tak sempat menanda lagi. Jadual sekolah kena ubah lagi. Aduiii!

{ 14 comments.. read them below or add one }

ckLah ckLah 02 June, 2010
Tak aciiiiii...
Subjek ckLah tak guna kertas objektif tuuuuuu!
Kepala Bergetar Kepala Bergetar 02 June, 2010
terigt cikgu kaze dulu guna rokok bagi lobang.. hehe
n@m@n n@m@n 02 June, 2010
@ckLah

haha..nasiblah ckLah!!
Daddy Cool Daddy Cool 02 June, 2010
Daddy pakai bara rokok...habih berlubang pastu terbakor...hampeh!
mantan mantan 03 June, 2010
n@m@n,
Satu cara yang lebih klasik. Guna PAKU dan TUKUL.

Susun semua kertas OMR (1 kelas). Susun elok2. Ambil jawapan yang betul letak atas sekali. Paku je lah jawapan yang betul tu, semua sekali dengan ketas OMR yg disusun.(biar tembus sampai kertas yg last sekali). Lepas tu kiralah. Kira jawapan yg kena paku tu, betullah. Hehehe
chekgu BaniHassim chekgu BaniHassim 03 June, 2010
erm...
objektif sng la nk tanda...
subjektif ade cara paling mudah tak??
huhuhu

kalau ade nk beli satuu...!
Damia Aleesya & Damia Ayunie Damia Aleesya & Damia Ayunie 03 June, 2010
ekekekeke..cara zaman dulu2 ni..kak ayu tak guna borang objektif..banyak subjektif jer ni..
ziRaH <3 y0u! ziRaH <3 y0u! 03 June, 2010
kalau cikgu kite,die pkai ubat nyamuk..
:P
IHSAN KHAIRIR IHSAN KHAIRIR 03 June, 2010
cara paling senang tanda kertas OMR ialah guna komputer... 2 minit je 40 kertas siap ditanda dan markah direkod sekali...

sayangnya di sekolah saya mengajar ni takde komputer OMR... so lobang2 kertas juga lah jawabnya... semalam terpaksa pakai gunting juga sebab takde cermin nak dipinjam... huhuhu
baincardin baincardin 03 June, 2010
Salam...

Aminkan Doa Imam Masjidil Haram
a kl citizen a kl citizen 09 June, 2010
lain kali buat tutorial menanda sambil pejam mata... atau menanda sambil berehat di tepi pantai ke...

cakap pasal nak habis silibus ni... rasa macam nak demam lah naman... banyak lagi ni tak habis...
Anonymous Anonymous 25 November, 2010
Cikgu, kalau saya tak lorekkan bahagian "bahasa yang digunakan" di tepi kertas
ada 3 pilihan iaitu bahasa melayu,bahasa inggeris dan bahasa melayu, atau bahasa inggeris
tetapi,saya langsung tidak melorekkan bahagian tersebut..
adakah ini akan menjejaskan seluruh kertas omr saya untuk spm sejarah?