Blogger tegar!! (jangan blogger sampah)

Salam..

Bila cuba² menulis, tiba² mood hilang, idea berterabur, badan letih + menguap, maka idea² untuk entri jadilah seperti di bawah ini.

sila klik untuk pembesaran

Beberapa entri yang masih berada dalam draft, seawal bulan Januari 2010 lagi. Wow!!!. Adakah entri² tersebut sudah dikira basi atau sudah melebihi tarikh luputnya? Cerita pun boleh basi ke?

Macam mana ye blogger² yang dikategorikan tegar boleh menghasilkan lebih daripada tiga atau berpuluh entri sehari? Berblog sebaik sahaja bangun awal pagi sampailah nak tidur balik pada malam hari? (ada ke?). Kuantiti atau kualiti?

Apakah maksud tegar?

dari http://prpm.dbp.gov.my/

Apa²pun tabik kepada mereka yang sungguh komited berblog. Kerana berblog sekarang boleh menjadi pendapatan sampingan kan?

nuffnang yang baik hati

Rasanya kebaikan berblog ada banyak. Cuma terpulanglah kepada bloggers kan? Kalau trafik(wang) yang dicari, mereka akan mencarinya. Kalau popular yang dikejarkan, akan mereka usahakan ( dengan apa cara sekalipun). Kalau untuk menambah kawan, mereka akan mencari kawan. Kesimpulannya terpulang kepada kita kan? Positif yang kita cari, insyaAllah kita dapat, begitu juga sebaliknya.

Wah. Tiba² jadi kaunselor ni kenapa chekgu???

Setiap guru adalah guru disiplin dan kaunselor. Begitu juga tukang cat, tukang kebun, buruh binaan, kerani, pegawai trafik, doktor ..bla..bla

Kepada blogger² tegar, separuh tegar atau kurang tegar, bolehlah baca Duduk Lama Depan Komputer Boleh Bawa Maut.Teruskan menghasilkan penulisan yang berkualiti, jangan jadi blogger sampah sudah!!

Nota Ringkas : Nak buat entri yang dalam draft, tapi ke laut pulak oiiiii!

Soal jawab : Kenapa anda berblog? Apa yang anda dapat? Kongsi² la ye

{ 29 comments.. read them below or add one }

Hapiz Rahman Hapiz Rahman 19 July, 2010
aku blog sebab aku suka.. hahaha..
ked :) ked :) 19 July, 2010
mak ai,,banyaknye draft..
HEHE..

cuba ni virus datang menyerang
cikgu isza cikgu isza 19 July, 2010
tak tahulah chekgu,
asalnya saja nak cuba..
dah jatuh cinta pula..
bila dah cinta..
buat yang terbaik untuknya..
:D
REMEDY REMEDY 20 July, 2010
haritu blogger yg kata blogger sampah tu dah minta maaf...dia x maksudkan blogger yang guna blogspot tu sampah...xpercaya pergilah ke blog dia...yang peliknya...entri tu...function comment dia disable
zairie zairie 20 July, 2010
blog leh tambahkan ilmu.. :D
betul x ckgu?? hehe

my recent post :
joe cole sah milik liverpool!
Dark Half Dark Half 20 July, 2010
entry aku kebanyakan seminggu sekali
tujuan blogging utk share bakat terpendam
kalau masyuk, alhamdulillah
popular??haha..alexa ranking atas 2juta
kawan? yup, itu yg dicari.seronok bila karya dihargai

check out my graphic novel. Latest entry>> Aku Pilih Neraka!
Sharinginfoz Sharinginfoz 20 July, 2010
yang penting kita buat something yang kita suka kan, kalau dapat income kiranya bonus le kan

Parking Le Baik-Baik
sahromnasrudin sahromnasrudin 20 July, 2010
untuk meluahkan segala idea yang tersimpan..tiada platform untuk meluahkannya dan blog adalah platform terbaik
ibuintan ibuintan 20 July, 2010
salam chekgu,
akak berblog saje sesuka,
hilang boring dan tensen,
suka belayar dan singgah ke blog2 sahabat blogger,
banyak dapat ilmu,
blog org2 muda suka baca banyak idea mereka maklumlah masih fresh dan segar
mantan mantan 20 July, 2010
n@m@n,
Salam,
Setiap blogger tentu ada tujuan masing-masing.

Tujuan saya pula: "Menyebarkan maklumat, menyampaikan ilmu".

Saya tidk tahu samaa ada objektif saya ini tercapai atau tidak kerana melibatkan 2 pihak, penulis dan pembaca.

Kalau orang membaca entri saya dan mendapat secebis pengetahuan daripadanya, saya kira objektif saya tercapai biarpun seorang sahaja yang membacanya.

Sebagai orang yang pernah menjadi guru, saya tidak pernah memikirkan keuntungan material dalam menyampaikan ilmu. Pengalaman ini mempengaruhi sikap saya sebagai blogger.

Benar, kuantiti tidak semestinya menjamin kualiti. Saua sangat setuju dengan pendapat n@m@n.

Mungkin juga blog saya dianggap blog sampah...tak kisahlah... Sampah bagi orang, barangkali sumber maklumat bagi yang lain pula.

Seperkara lagi, pada pendapat saya bilangan comment tidak menentukan bilangan pembaca. Ada orang yang membaca, tetapi tidak comment. Aneh juga bila ada juga orang yang comment tanpa membaca entri.

Setiap pembaca ada persepsi yang berbeza. Entri n@m@n ini elok dibaca oleh semua blogger yang ingin terus menyampaikan maklumat.
diraja22 diraja22 20 July, 2010
niat 2 yg paling penting..
miemiey miemiey 20 July, 2010
alahai..banyaknya yg draf tu....siapkan jee chekgu yg lom tamat temph tu..hehehe..

sy berblog suka suki mula2nya..kawan2 skull ramai berblog..lama k2lamaan dan jatuh cinta..apatah lagi bercerita ttg ank2 seharian..kl nk kata pendapatan?agak kureng walau ada laa sedikit dr nuff..bg tips skit chekgu cam ane nak dapat pendapatn yg byk ni dr nuff..hehhee
n@m@n n@m@n 20 July, 2010
@Hapiz Rahman

kalau tak suka memang tak blog la..hoho
n@m@n n@m@n 20 July, 2010
@ked :)

memang..tak terurus..hoho
n@m@n n@m@n 20 July, 2010
@cikgu isza

tulah penangan cinta kan..hehe

jagalah elok² apa yang dicintai tu..huhu
n@m@n n@m@n 20 July, 2010
@REMEDY

cuba baca balik, macam banyak yang dah diedit..entahla..biarlah dia..lagpun orang sanjung tinggi kat dia
kak ina kl kak ina kl 20 July, 2010
salam cikgu..mula-mula saje nak pot pet..pastu dpt member..pastu dpt duit..

dah dasar suker pot pet..kat blog pun nak pot pet jugak..nak buat camnerkan..
Laili Laili 20 July, 2010
Saya buka blog sebab bos suruh. Heheeeee ... blog sekolah jer ... Tapi seronok gak. Kadang2 rasa terketagih lak!
n@m@n n@m@n 20 July, 2010
@Dark Half

yela..buat novel grafik mestilah ambil masa kan?

bagus²..thumbs up!
n@m@n n@m@n 20 July, 2010
@Sharinginfoz

dapat income tu namanya rezeki..hehe
n@m@n n@m@n 20 July, 2010
@sahromnasrudin

semoga blog menjadi platform yang terbaik ;)
n@m@n n@m@n 20 July, 2010
@ibuintan

salam..

blogging tu kadang² sebagai 'escapism' dari semua tu la..

kadang² orang muda ni banyak idea yang mengarut je..hehe
n@m@n n@m@n 20 July, 2010
@mantan

salam..

Tujuan yang sangat murni.memang banyak yang mantan kongsikan, terutamanya pengalaman luas dalam bidang pendidikan

Tulisan mantan banyak membawa kepada percambahan pemikiran, mungkin ada yang tak paham kot ;)

Kalau dah guru, gurulah jugak ye mantan..hehe..ada kepuasan bila objektif mengena walaupun seorang kan

Teruskan berkongsi, mantan!!!
n@m@n n@m@n 20 July, 2010
@diraja22

segalanya bermula dengan niat, sama juga dengan puasa, bermula dengan niat kan..hehe

dah nak puasa dah
n@m@n n@m@n 20 July, 2010
owh..kawan sekolah ramai ada blog rupanya..baguslah, boleh berkongsi cerita ngan kawan lama kan?

alamak..silap blog nak mintak tips ni..hooho
n@m@n n@m@n 20 July, 2010
@kak ina kl

ahaha..pastu dapat duit yang tak tahan tu...

takpe, nanti nak belajar masak bolehla ke blog kak ina KL..hoho
n@m@n n@m@n 20 July, 2010
@Laili

ketagih? lama² jadi tegar la..hehe
Nurlyla Nurlyla 08 June, 2013
minat dan tujuan tu yg pnting.. :') hehe
kalau ada minat dan tujuan yg kukuh, apa pun boleh :')