salah satu entri yang hampir jadi pekasam dalam deraf

Salam.

Dah lama tak cerita pasal Darwisy kan?hehe..Dah mama Darwisy dah cerita dalam blog dia, takkan nak ulang benda yang sama kat sini kan? hehe. Gambar kat bawah ni bukannya Darwisy tengah azan ye..;) Gambar diambil hari Jumaat masa cuti sekolah haritu. Memakaikan songkok tu atas kepala Darwisy dan menyuruhnya 'posing' ala-ala model songkok jenama Kamdar (ada ke jenama Kamdar?).

Gambar² di bawah antara aksi² Darwisy dengan songkok.

macam gaya tengah azan kan?hehe

ada gaya model tak?

Bila cerita pasal azan teringat kisah

1) Menjadi bilal surau di kampung masa darjah satu
  • Dulu masa kecik² rajin lah ke surau. Selepas arwah abah meninggal masa chekgu baru masuk darjah satu, selalu ikut Abe Lah(seorang guru agama) ke surau. Dulu² alim, sekarang? hoho.

    Masa tu dah mula menjadi tok bilal. Bila ke surau dengan ma, dah masuk waktu tapi tak ada orang lagi, chekgu yang belum pecah suara lagi ni lah melaungkan azan. Bayangkan suara budak darjah satu azan. Mesti comel kan?hehe. Tu dulu, sekarang?

    Kat sekolah pulak ada masuk pertandingan azan kat kantin. Azan menggunakan 'pembesar suara'. Dapatlah no 2..;)

2) Azan bila angin ribut
  • Kat kampung dulu bila angin ribut kuat datang je mak mesti suruh azan. Rumah kampung tu rumah papan, bila datang angin ribut bergegar lah! Azan di setiap penjuru rumah. Tuhan Maha Kuasa, bila lepas azan, angin ribut makin perlahan.

3) Mengazankan ditelinga Darwisy semasa kelahirannya
  • Salah satu saat yang paling menggembirakan. Azan dengan perasaan sebak. Sayu melihat wajah kemerahan Darwisy. Oh! Cepatnya masa berlalu. Bulan 10 ni genaplah setahun umur Darwisy.

4) Azan bila Darwisy menangis di tengah malam
  • Masa Darwisy dalam pantang dan masa umur 3,4 bulan, selalu menangis di tengah malam. Menangis tak henti². Bila diazan setiap penjuru rumah, alhamdulillah berhenti. Wallahua'lam la kan apa yang berlaku.

5) Laungan azan tok bilal masjid UKM
  • Fuh..Laungan azan beliau sangat menusuk kalbu. Bila dengar je berderau darak kat kepala. Kadang² sebelum azan sempat dihabiskan, beliau akan menangis. Begitu mendalam penghayatan beliau. Tak tahu sekarang ada kat situ lagi ke tak.

Setakat ni itu saja yang ingat..hehe. Kalau ada lagi akan ditambah.

Banyak lagi gambar aksi Darwisy menggayakan songkok di Darwisy nak ke masjid.

37 Comments

  1. cikgu.. cerita yg menarik.. :D

    my recent post:
    ZAIRIE SUKA KORANG PAKAI SHOUT MIX!

    ReplyDelete
  2. semoga darwisy menjadi insan yg berguna dan soleh...cikgu kne didik dia baik2 ek....

    ReplyDelete
  3. memang cute betul si darwisy ni

    ReplyDelete
  4. comel sungguh si kecik berposing.

    ReplyDelete
  5. Anonymous22 July, 2010

    hehhee imam muda nie =]

    ReplyDelete
  6. comelnya darwisy!

    saya pun dulu masa muda-muda kena azan kat surau... tapi masa tu suara dah pecah... kira zaman remaja la...

    bilal masjid ukm tu mmg suara azan dia mcm ada rasa sebak2 sikit... memang betul2 menghayati. time iqamah pun boleh dgr...

    ReplyDelete
  7. Encemnye die tuuuu..hihi

    ReplyDelete
  8. salam,

    azan gaya p.ramlee...sungguh menusuk qalbu.

    ReplyDelete
  9. kuasa azan mengatasi segala-galanya..

    ReplyDelete
  10. mewarisi bakat cikgu..???huhu

    ReplyDelete
  11. suka tengok budak yang comel gebu yang azan dalam TV9 dulu.. sejuk hati.. sejuk perut.. :)

    ReplyDelete
  12. menerapkan nilai agama pada anak...tul x cikgu?hehe

    ReplyDelete
  13. comelnya..ni mesti pjm songkok ayahnya kan..besar jee...

    ReplyDelete
  14. masa Dhiya dalam pantang dulu pun ada satu hari dia nangis x henti2 then ayah azan 1 umah pastu baca ayat kursi, trus benti nangis...hari tu jer dia nangis hari2 lain dia budak baik..xtaukan aper yg berlaku...jgn biarkan diri anda diselubungi misteri..hehe

    kiut ler darwisy ni...jadi nantu anty nak x? hehhe

    ReplyDelete
  15. mam muka emaknya si darwisy ni

    terbaru dari saya : long bamboo

    ReplyDelete
  16. @IHSAN KHAIRIR

    TQ ;)

    owh..tok bilal la ni..hehe

    UKM jugak ke?memang syahdu kan laungan azan dia?

    ReplyDelete
  17. @sally

    encem macam sape lah ye!!!!!huhuhuhutan khatulistiwa

    ReplyDelete
  18. @tengku_fir21

    lebih berbakat kot..lalalalala

    ReplyDelete
  19. @cikgu isza

    harap² yang dikandung cikgu isza sekarang macam tu la ye..hehe

    ReplyDelete
  20. @amirah

    betul..tanggungjawab tuuu

    ReplyDelete
  21. @Hariz

    cikgu yang comel???haha

    ReplyDelete
  22. @miemiey

    takkan songkok maknya pulak..hehe

    ReplyDelete
  23. @BIONIC WOMEN

    tu la kan? tak tau ada yang mengganggu ke...

    Darwisy : Boleh je anty..;)

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post