My Water Moments

Fotografi. Boleh dijadikan hobi, juga boleh dijadikan sumber pendapatan. Dan saya juga salah seorang yang mempunyai minat dalam bidang fotografi. Sekadar hobi, suka-suka sahaja. Sebab itulah adanya photoblog fotonaman. Sila klik banner di bawah.


Dengan adanya DSLR yang murah sahaja, bolehla saya mengambil gambar yang cantik-cantik walaupun tak secantik jurugambar profesional di luar sana. Boleh ambil gambar di mana-mana sahaja, tetapi tidak di dalam air.

Banyak momen saya bersama air, kerana saya memang suka bermain air..haha.Gambar-gambar saya di bawah ini semestinya lagi cantik dan mantap kalau diambil menggunakan kamera kalis air, lagi-lagi kalau menggunakan Cyber-shot TX5 atau dikenali juga sebagai DSC TX5.

****************************************************



Lokasi ; Kolam renang di salah satu chalet di Pulau Pangkor

2 gambar di atas lebih mantap sekiranya diambil di dalam air, bukannya diambil dari permukaan air. Untuk itu semestinya sebuah kamera kalis air diperlukan,

****************************************************


Lokasi: Pulau Tioman ( snorkeling )

Kalau masa snorkeling bawa Cyber-shot TX5, pasti gambar ikan-ikan dalam lautan boleh diambil, bukan setakat gambar saya yang hanya berenang-renang di atas permukaan air yang jernih itu.

****************************************************


Lokasi: Hotel Bella Vista, Langkawi

Tengoklah! Isteri saya terpaksa ambil gambar saya berenang ala-ala Ian Thorpe dari tepi kolam sahaja. Kalau adanya DSC TX5, isteri saya boleh mengambil gambar dari dalam kolam itu terus. Kalau malas nak turun sama pun boleh menggunakan Optikal Zoom 4x yang dipunyai oleh DSC TX5 itu.

****************************************************


Lokasi: Air Terjun Sungai Gabai, Hulu Langat

Kalaulah masa ni ada DSC TX5, sudah semestinya gambar tidak kabur macam ni kerana Anti Motion blur adalah salah satu ciri DSC TX5. Gambar akan sentiasa tajam walupun dalam keadaan pengcahayaan yang rendah. Malahan gambar di bawah air terjun boleh diambil dari jarak dekat kerana DSC TX5 adalah kalis air.

****************************************************


Lokasi : Air terjun Jeram Pasu, Kelantan

Dengan ciri anti motion blur yang ada pada Cyber-shot TX5, gambar di atas takkan kabur walaupun keadaan masa itu gelap dan ada pergerakan subjek-subjek.

****************************************************


Lokasi : Port Dickson (kolam)

Tengok! Gambar yang kabur lagi.Sekiranya menggunakan Cyber-shot TX5, gambar di atas takkan kabur malahan aksi makan aiskrim itu boleh dirakam di dasar kolam sedalam 2meter itu..hehe

****************************************************


Lokasi : Lata Sedim, Kedah

Hanya mampu bergambar di atas darat sahaja sebelum melakukan aktiviti rafting kerana kalau bergambar semasa rafting rosak la kamera yang tak kalis air tu!!!Kalau ada Cyber-shot TX5, tiada masalah melakukan rafting sambil bergambar.


Gambar hanya diambil dari atas batu sahaja. Alangkah bagusnya kalau ada Cyber-shot TX5 yang boleh dibawa semasa rafting itu untuk merakam ekspresi ketakutan semasa rafting..hehe

****************************************************


Banyak lagi momen-momen saya bersama air. Tetapi sayangnya momen-momen tersebut tidak dapat diabadikan dengan begitu baik dengan menggunakan kamera biasa sahaja. Bayangkan momen-momen di atas dirakam menggunakan Cyber-shot TX5, mesti hasilnya sangat mengujakan!!

****************************************************

Dari tadi duk sebut Cyber-shot TX5.. Apa itu Cyber-shot TX5? Sejenis raksasa kah? Atau kuih kah? Semestinya tidak! Ia juga bukannya robot Transformer tau.

Ia adalah salah satu produk Digital Still Camera terbaru daripada Sony, salah satu pakar dalam pembuatan kamera di dunia. Jom kita tengok macam mana rupanya.

  • Terdapat dalam 5 pilihan warna.

    HIJAU, PINK, MERAH, SILVER, dan HITAM
  • Harga RM 1,499.00


pandangan depan

pandangan belakang

Kamera kompak Cyber-shot TX5 direka khas supaya
  • kalis air,
  • kalis hentakan/gegaran,
  • kalis debu,
  • dan kalis beku.
Dengan ciri-ciri seperti Intelligent Sweep Panorama, Handheld Twilight dan Anti-motion blur, TX5 memberi kuasa fotografi untuk mengambil gambar dalam apa sahaja gaya, dan di mana sahaja.

Ciri-ciri di ataslah yang menjadikan TX5 sebuah kamera kompak yang mantap. Tambahan pula ia digelar World’s Slimmest Water-proof Camera. Wow!!!.

Sedikit penjelasan mengenai ciri-ciri yang hebat itu.

* Water-proof (up to 3 meters)

Fuh. Kalau dah water proof tu, dah tak payah risau nak bergambar  berdekatan dengan air,takut-takut kamera jatuh dalam air. DSCTX5 ini boleh mengambil gambar di dalam air dengan kedalaman yang mencapai 3 meter.. Wow!

menyelam sambil bergambar

* Handheld Twilight

Dengan ciri ini, anda tak perlu lagi kamera DSLR sekiranya mahu menangkap gambar dalam keadaan kurang cahaya sama ada senja atau malam. Tak perlu bermain dengan fungsi ISO seperti DSLR. Fungsi ini akan mengambil enam gambar sesaat dengan sekali sahaja menekan butang shutter. Kemudian gambar-gambar itu akan digabungkan membentuk satu sahaja gambar yang bersih dengan 'noise' yang rendah seperti gambar di bawah. Ianya boleh dirakam tanpa menggunakan tripod atau menggunakan flash. Wow lagi!


contoh diambil menggunakan model Sony DSC-WX1 yang juga mempunyai fungsi Handheld Twilight

kredit untuk http://www.flickr.com/photos/dawvon/3903825376/


tengok gambar di atas!!! Sangat bersih. Tak nampak kesan noise seperti gambar di bawah yang diambil dengan DSLR dengan ISO tinggi.


Noise adalah bintik-bintik kasar yang wujud dalam gambar seperti di atas ini.

Gambar diambil dari flickr ini

* Intelligent Sweep Panorama


Haa.. Terkejut macam mana boleh dapat gambar macam memanjang kat atas? Itulah hasil Intelligent Sweep Panorama

Semasa kita nak mengambil gambar panorama, hanya gerakkan kamera secara melintang atau menegak. Intelligent Sweep Panorama akan memastikan beberapa gambar diambil berterusan kemudian akan mencantumkannya menjadi satu, menghasilkan panorama yang indah.


ambil secara melintang untuk dapatkan hasil seperti di bawah


ambil secara menegak untuk gambar seperti di bawah ini


Video di bawah menunjukkan macam mana menggunakan fungsi Intelligent Sweep Panorama


Keterangan di bawah pula diambil dari http://www.sony.com.my/product/dsc-tx5

*“Exmor R” CMOS Sensor

Imej yang cantik—walaupun dalam keadaan cahaya yang rendah
For low-light environments, the back-illuminated "Exmor R" CMOS sensor delivers stunning performance and increases sensitivity by 2x to reduce noise.

*BIONZ Image Processor

Natural and vibrant image
BIONZ Image Processing Engine drastically lowers noise level and achieves high accuracy in auto-focusing, exposure auto-correction and auto white balancing; creating a more natural and vibrant image in different shooting environment

* 25mm wide angle Carl Zeiss® Vario-Tessar lens

Realistic photos with excellent contrast
The Carl Zeiss® Vario-Tessar Lens delivers uncompromised, accurately detailed and realistic photos with excellent contrast.

Anda boleh ke http://www.sony.com.my/product/dsc-tx5 untuk melihat ulasan ciri-ciri mantap Cyber-shot TX5 yang lainnya.

Sekiranya anda melihat preview Sony DSC-TX5 yang dilakukan oleh beberapa jurugambar kat bawah ini, anda akan rasa RM 1,499.00 yang dilaburkan untuk memiliki kamera kompak yang mantap ini adalah sangat-sangat berbaloi!




Alangkah seronoknya kalau terpilih sebagai salah seorang yang bertuah untuk memiliki Cyber-shot TX5 itu..hehe. Bolehla menggantikan Cybershot 3.2 Megapixel yang sudah uzur dan kamera kompak Samsung yang baru setahun pun dah rosak. Sudah tentu Cyber-shot TX5 lebih lasak kan?

sudah nazak handphone ini..hehe

pakai setahun je dah rosak!

{ 13 comments.. read them below or add one }

zairie zairie 04 July, 2010
waw... hebat nyer.. kalo jatuh air x perlu risaw.. x kan rosak nyer.. hehe

my recent post:
jom belajar bahasa jawa
a kl citizen a kl citizen 04 July, 2010
semoga menang naman...
banyak usaha keras dalam entri ni..
good luck
cikgu isza cikgu isza 04 July, 2010
entri yang memang menunjukkan kesungguhan..
semoga rezeki milik cikgu,
saya tunggu duit nuffnang.. hehehe

cikgu naman,
nak minta tolong komen untuk entri contest penulisan kratif, rona di danau hati..

kalau ada salah ejaan tolong bagitau erk..
terima kasih
sally sally 04 July, 2010
your wet moments eh..auw..tertunggu kut ada gmbr tangkap basah..hehe..jgn marah ya dik..
akamil99 akamil99 04 July, 2010
wow..ko ni mmg minat betoi bgambar kan..teringat aku masa kite kursus i pangkor..asik bergambor jer...btw..kamera samsung mmg de problem le..tak long last..nasib le sape yg de..ikut rezki jg..kamera cum hp nko tu masih pakai lg ke??elok le tukr E72 nokia..lebih superb beb..tp kalu nak j kameraman lm air baik ko smbar sony tuh!
ckLah ckLah 04 July, 2010
Mak datok...panjang banget entri bapak ni!


Jangan main air...nanti kencing malam! He..he..

Apa-apapun, tahniah...bukan semua orang ada bakat begini. Teruskan minat yang berfaedah ini.

Ilmu kamera cklah behenti di tengah jalan....
suhaisweet suhaisweet 05 July, 2010
Good Luck dude..Not Bad..My Hot topic 4 the day.. Hot!
e.l.i.z.@ e.l.i.z.@ 07 July, 2010
whoaaa...ado doh entri dio...habis la harapan gua..lu tulis lagi bagus lor..
Anonymous Anonymous 02 March, 2013
[url=http://buyviagrapremiumpharmacy.com/#syozl]buy viagra[/url] - generic viagra , http://buyviagrapremiumpharmacy.com/#ascgt buy viagra online
Anonymous Anonymous 02 March, 2013
[url=http://buycialispremiumpharmacy.com/#cglmo]buy cialis[/url] - buy cialis online , http://buycialispremiumpharmacy.com/#qnokx buy cialis online