Apa tu Soh Cah Toa?

Itu adalah mnemonics bagi penyelesaian masaalah Trigonometri yang melibatkan segitiga bersudut tegak


S-Sine
C-Cosine
T-Tangent

o-opposite
h-hypotenuse
a-adjacent

Ingatkan mnemonics ini digunapakai dekat sini je. Rupanya Mat Saleh kat luar dah lama pakai benda alah ni. Kita je nak tiru orang dengan mengadakan PPSMI (Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris).

Pada pendapat peribadi sayalah, PPSMI merupakan satu cadangan yang sangat bagus dalam keadaan tertentu sahaja. Yang selebihnya banyak menimbulkan masalah dari segi keupayaan pelajar untuk menyerap pembelajaran Sains dan Matematik yang sedia dikenali sebagai subjek susah. Lagi nak ajar dalam Bahasa Inggeris, sedangkan Bahasa Inggeris di sesetengah sekolah kena diajar dalam Bahasa Melayu. Pelik kan?

Apa²pun PPSMI dah hampir sampai ke penghujungnya. Tetapi kesannya memang 'menakutkan'. Kita tengok situasi di bawah.

''Integration dalam Bahasa Melayu adalah pengamiran''

''cikgu!!!Tak payahlah translate ke Bahasa Melayu!! Pening la kitorang! sampuk pelajar² Melayu. Ya.Melayu, bukannya Caucasian.

''Awak kena tahu jugak la istilah Bahasa Melayu ni!!'' saya dah menyinga secara manja

''Kenapa cikgu!!!''

''Nanti awak jadi nenek² esok, nak ajar Add Maths kepada cucu-cicit macam mana??, mungkin masa tu medium Bahasa Melayu digunapakai''

''Ala..cikgu..Tak nak la!!''

Kalau bukan Melayu yang mengekalkan istilah Bahasa Melayu, siapa lagi? Nak mengharapkan Gloria Machapagal Aroyo kah? Atau Diego Maradona?

Sebab itulah ramai bijak pandai tak setuju kan?. Cuma bila dipolitikkan isu PPSMI jadilah kelam kabut.


****************************************

Nanti nak cuba lah kaedah Brad Pitt mengajar Trigonometri dalam kelas. Mesti budak² teruja!! Jom tengok cara beliau melalui video di bawah


Entri sebelum ini

20 Comments

  1. wah.. sohkahtoa... lama tak dengaq perkataan tu..

    waktu skola dulu pun guna formula ni jugak :)

    Latest Post : ~RUPANYA ADA HADIS PASAL SANGGUL TINGGI..

    ReplyDelete
  2. hahah ore putih pun guna sohkahtoa jugok dih..lamo nyo k.eli tinggal add math..kalu tanyo soklan statistik leh jwb lg ekekke

    eh PPMSI nk bubar pulok ko? x amik tahu tep pasal goni huhuhu

    ReplyDelete
  3. boleh jadi sumber inspirasi ni..

    saya yang menurut perintah walaupun kadangkala teringin jadi Hang Jebat..

    :)

    ReplyDelete
  4. Saya Tak Hafal : Sin X = Tentang/Hipotenus
    Kalau Saya Hafal : Kos X = Sisi/Hipotenus
    Tentu Tak Susah : Tan X = Tentang/Sisi

    OR

    Saya Takut Hantu : Sin X = Tentang/Hipotenus
    Kalau Saya Hantu : Kos X = Sisi/Hipotenus
    Tak Takut Sangat : Tan X = Tentang/Sisi

    *tips untuk budak2 yang tak reti english...

    ReplyDelete
  5. masa heboh nak tukar balik dari BI ke BM, anak Kak Jie balik sekolah terbaring depan pintu

    "susahlah nak tukar2 ni...Bahasa Melayu pelik-pelik..."

    tu dia...nampak secara halus kesan pada jati diri anak-anak.

    Kak Jie terpaksa terangkan pada anak-anak, PPSMI ni bagus untuk kita tapi belum tengu bagus untuk majoriti pelajar yang lain. Kalau kita tak ada masalah untuk belajar dalam BI tentu kita pun tak ada masalah untuk belajar dalam bahasa apa pun tak macam setengah2 pelajar lain...jadikan cabaran untuk diri kita....tempuh semua keadaan.

    Alhamdulillah...anak-anak tak merungut lagi...

    ReplyDelete
  6. macam2 kan kita buat nak ingat formula... memang bagus ni

    Ilmu Keduitan

    ReplyDelete
  7. baru je kena ngajo part ni kat student...

    saya ngajo kat skola private, diorang mostly non-malay so kalau cakap melayu nanti tak paham. so mmg laa kena ajar dlm bhs inggeris.

    ReplyDelete
  8. ku ada cara lain
    nak tau?

    ReplyDelete
  9. @Tupai Karan

    ingat sampai sekarang tak? hehe

    ReplyDelete
  10. @e.l.i.z.@

    nanti nak bagi soalan taburan normal lah ko k.eli..ekekekek

    yup! 2011

    ReplyDelete
  11. @cikgu isza

    SYMP itu sinonim lah dengan kita..hehee

    ReplyDelete
  12. @E.d.Y


    betulll..klasik gitu kan edy?hoho

    ReplyDelete
  13. @Kujie

    intan ke ?hehe..siap terbaring..tak tahan


    itulah kak jie..kalau diteruskan tak tahulah beberapa tahun lagi lenyap terus kot istilah dalam bahasa melayu

    PPSMI satu cadangan yang bagus, tapi tak semua mendapat manfaat, sebaliknya ada yang ;menderita'

    ReplyDelete
  14. cikgu matematik rupenye..
    yep..
    soh kah toa..
    cikgu saya ajar time sekolah.
    sampai sekarang ingat..=)

    ReplyDelete
  15. gua tengah dok ingat dekat mana gua pakai benda ini ya

    ReplyDelete
  16. Sehingga skarang di ofis juga saya masih gunakan foemula ini..,mmg berguna...

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post