Salam.

Berakhir sudah Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan. Dan juaranya adalah Sepanyol. Pasti penyokong² Sepanyol di Malaysia ni tak sabar² nak ke tempat kerja, mungkin nak mentertawakan penyokong² Belanda.hoho..Sabar ye penyokong² Oranges! Apa²pun keduanya adalah negara orang. Nak tunggu negara kita masuk bila tahun entah..lalala.

Yang pastinya bukan David Villa mahupun Fernando Torres, sebaliknya Andres Iniesta yang akan dijulang namanya buat jangka masa yang lama disebabkan menjaringkan gol tunggal untuk memastikan Sepanyol menjuarai Piala Dunia buat pertama kali.

Iniesta selepas menjaringkan gol di lewat masa tambahan

Dan Paul si sotong juga telah memahat namanya sebagai haiwan yang paling popular sepanjang tahun ini..hoho. Mungkin bila Jerman menjadi tuan rumah, pilihla Paul sebagai maskot ye!. Ramalan (konon²nya) si paul mengena lagi.

Hari ini hari Isnin, mungkin menjadi Monday Blues yang betul² blues bagi Belanda dan penyokong²nya..hehe.


Selamat Bekerja!!!

9 Comments

  1. spain bnyk berlakon la .x puas ati aku .

    ReplyDelete
  2. tahniah la spain dh menang..the oranje kempunan lg ;-(

    ReplyDelete
  3. @Hariz

    ye ke?tak tahu pulak..haha

    ReplyDelete
  4. @xazryx

    pemain bola sekarang memang pandai berlakon..

    kena dada, sakit kat muka..hehe

    ReplyDelete
  5. nanti akak dan orang holland nak masak sotong tu tau..e mail roslana_06@yahoo.com.my

    ReplyDelete
  6. congrats to spain =)

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post