Anda Fikir Anda Bijak?

Salam..

Semasa tengah godek² pendrive untuk menyiapkan Perancangan Strategik 2011-2013, Panitia Matematik Tambahan (ada kerja pun nak berblog jugak), tertengok folder yang bertajuk dari emel. Ada satu emel yang agak menarik, lebih kurang ujian IQ..hehe. Teringat masa nak ambil Ujian IQ untuk ke MRSM dulu.

corbis.com

Jom kita menguji minda dan merelakskan otak yang mungkin tak puas hati dengan duit raya RM500 tu..hehe. Alhamdulillah. Baik ada daripada tiada kan?

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

bijakkah anda?

Di bawah ada (4) soalan dan satu soalan bonus. Anda perlu menjawab dengan pantas. Anda tidak boleh mengambil masa, perlu menjawabnya segera. OK?Mari cuba , lihat sendiri berapa pantas dan hebatnya diri anda.....


Soalan Pertama:
Anda menyertai perlumbaan. Anda mengejar dan memotong orang yang kedua. Sekarang Anda ditempat yang ke berapa?

~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~
Jawapan: Jika jawapan anda tempat yang pertama, sudah tentu jawapan anda salah! Jika anda memotong orang kedua sudah tentu anda mengambil tempatnya, tempat kedua!

Cuba jangan lihat atas semula untuk soalan seterus. Sekarang jawab soalan kedua, tetapi jangan ambil terlalu banyak masa seperti soalan pertama OK ?


Soalan Kedua:
Jika anda memotong tempat orang yang terakhir, jadi anda di tempat...? (lihat bawah)



~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~
Jawapan: Jika jawapan anda tempat kedua terakhir, anda salah lagi.. siapakah yang terakhir, bagaimana anda boleh memotong orang yang terakhir?




Adakah anda pantas dan cerdik, tidak begitu rupanya.?





Soalan Ketiga:
Soalan kira-kira bermuslihat! Perhatian: Ini mesti dilakukan tanpa menggunakan fikiran sahaja . Jangan guna kertas dan pensil atau mesen kira-kira. Cuba lah...

Ambil 1000 dan campur 40 . Sekarang campur lagi 1000 . Campur lagi 30 .... Campur lagi 1000 . Campur lagi 20 ... Campur lagi 1000 . Campur lagi 10 ... Berapa kah jumlah semua?




~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~
Adakah jawapan anda 5000 ?
Jawapan sebanar adalah 4100.
Jika anda tak percaya gunakan mesen kira-kira.! Mungkin ini bukan hari anda kan? Mungkin anda boleh jawab soalan yang akhir ini dengan betul ... Cuba .


Soalan keempat:

Bapa Mary ada seramai lima orang anak gadis: 1. Nana, 2. Nene, 3. Nini, 4. Nono. Apakah nama anak gadisnya yang terakhir?



~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~
Adakah jawapan anda Nunu? Salah! sudah tentu Salah.
Namanya Mary. Baca semula soalan!


Okay, cuba jawab soalan bonus:
Sorang bisu pergi ke mini-market untuk membeli sebatang berus gigi. Dengan mengayakan lakunan memberus gigi ia berjaya menerangkan hasratnya kepada pekedai dan ia berjaya membeli berus gigi itu.

Seterusnya, seorang buta pergi ke mini-market, untuk membeli cermin mata hitam, bagaimana dia menerangkan kepada pekedai itu hasratnya. ...?




~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~
Dia hanya membuka mulutnya dan menyebut apa yang dihajati Mudah sahaja.



Macam mana? Boleh jawab dengan betul kesemua soalan kah?hehe. Dulu masa zaman kanak² suka main teka teki kan? Macam² teka teki ada. Zaman sekarang ni popular lagi tak teka teki di kalangan kanak²? Almaklumlah, kanak² di darjah satu sekarang pun dah terjebak dengan Facebook. Mana nak layan teka teki zaman Pak Kaduk tu kan? ;)


Nota Ringkas : Seronoknya Jumaat ni cuti. (Mengalahkan anak murid pulak)

Entri sebelum ini

{ 18 comments.. read them below or add one }

CgMas CgMas 25 August, 2010
Tergesa-gesa menjawab, x guna kalkulator, x faham soalan... apa lg ya.. sebenarnya malas nak fikir.. boleh lak beleter kat budak!
cikgu isza cikgu isza 25 August, 2010
bolehkah bijak itu diukur?
;D
BIONIC WOMEN BIONIC WOMEN 26 August, 2010
eh, rasanya memang ad solan ni masa MRSM test..sebab kita tingat yg orang terakhir tu...sebab kita jawab salah, kena gelakkan ngan cikgu
wanbu wanbu 26 August, 2010
haha.. tak mau! tak mau!

terperangkap dengan "kelaziman opera"...^_^
Damia Aleesya & Damia Ayunie Damia Aleesya & Damia Ayunie 26 August, 2010
bestnyo dapat bonus!!!!...kak ayu tak dok bonus...huhuhu

boleh bg students kak ayu IQ minda ni...heheh
n@m@n n@m@n 26 August, 2010
@CgMas

haha..memang betul..kalau budak memang kita akan marah..kita?
n@m@n n@m@n 26 August, 2010
@cikgu isza

ada berapa banyak ujian IQ di dunia..untuk apa? ;)
n@m@n n@m@n 26 August, 2010
@BIONIC WOMEN

yeke? tak ingat lah pulak..hehe..lama sangat
n@m@n n@m@n 26 August, 2010
@wanbu

? terlalu mendalam..tak paham lor ;)
n@m@n n@m@n 26 August, 2010
@Damia Aleesya

apa sangatlah 500 tu compare dengan income k.ayu nga cik abe..hehe
e.l.i.z.@ e.l.i.z.@ 27 August, 2010
penah dapat soklan ni..try jawab balik.3 jah betul..hop campur² tu mls nk guno kalkulator.kalu congok meme dpt 5000 hahah

mrsm mano dulu? kalu kuantan, junior k.eli la ekekke
n@m@n n@m@n 27 August, 2010
@e.l.i.z.@

cuba kalau dulu tak pernah jawab..betul3,3 dop..hehe

MRSM PC, tapi dok g ponnnn....haha
Sharinginfoz Sharinginfoz 27 August, 2010
alamak otak tak boleh fikir pagi2 ni
hans hans 27 August, 2010
hahahahahahaha
suka aku jawab teka teki nih
kreati
thanks buat entry macam nih
nanti buat lagi yer
terhibur aku

P/S : Dah 3 Kali Dah Macam Nih! Kalau Kali Ke-4 Macam Mana?
sahromnasrudin sahromnasrudin 27 August, 2010
salam..ujian ke MRSM tue namanya UKKM kan???
n@m@n n@m@n 27 August, 2010
@Sharinginfoz

aik..bukan pagi² ke otak fresh?hehe
n@m@n n@m@n 27 August, 2010
@4674627219048206149.0

aik..apa yang kali ke4 tu hans?
n@m@n n@m@n 27 August, 2010
@6947809517485478323.0

alamak..tak ingat lah puloks!!hehe