Banci Bilang Cinta!

Salam..

HARAP JANGAN TANGGALKAN KAD INI SEHINGGA 31 DISEMBER 2010

Musim banci ye sekarang. Sila berikan kerjasama anda.

Antara soalan² pembanci :

Nama abang?
(nak nama abang saya ke?~lawak saiful apek)

Nama isteri abang?

Nama anak?

NO I/C abang?

No I/C wife?

Ada peti ais?

Ada ASTRO?

Ada pemain DVD?

Ada mesin basuh?

Kuali ada berapa biji?

Ada blog?

URL blog abang?

Berapa duit nuffnang abang setiap bulan?

Trafik blog abang berapa setiap hari? Boleh lawan eyrikazz,kak jie, cikgu Dahlia tau kak ina kl kah?

Ya..yang biru sekadar tokok tambah.

Mesti ada yang tertanya-tanya apa tujuan banci ye tak? Sama jugaklah dengan chekgu..hoho. Tak nampak sangat kaitan soalan² tadi dengan objektif² banci. Bila di'google' tujuan banci, jumpalah pautan ini. Itulah kelebihan internet, ada benda tak tahu boleh cari dalam masa yang sekejap sahaja. Tak perlu ke perpustakaan..

Objektif Banci diadakan antaranya ialah untuk:

a) Mengumpul maklumat perangkaan yang menyeluruh berkaitan penduduk dan perumahan negara.

b) Menyediakan maklumat yang meluas tentang:

* Bilangan penduduk dan isi rumah serta ciri-ciri demografi, sosial dan ekonomi; dan
* Bilangan tempat kediaman mengikut jenis, ciri dan kemudahan asas yang sedia ada.

c) Menyediakan data asas penduduk dan perumahan di pelbagai peringkat geografi sehingga kekawasan yang kecil;

d) Mendapatkan maklumat terperinci berkaitan migrasi dalaman dan antarabangsa untuk melihat pola migrasi;

e) Asas kepada penyediaan geran daripada Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri; dan

f) Input kepada anggaran dan unjuran penduduk semasa

Banyak gunanya banci ini ye. Jadi jangan anda marah sekiranya abang², akak² banci datang mengetuk pintu rumah pada hujung minggu ataupun pada waktu malam..hehe.Jangan bilang benci sama pembanci!. Banyak lagi maklumat mengenai banci di sini.

Dan baru kutahu rupanya ada lagu tema untuk banci..hoho..Sila tekan butang play kalau nak dengar. Macam lagu Bancinta Faizal Zahir.


Banci Penduduk dan Perumahan
Maklumat anda semua sangat diperlukan
Di bandar atau juga di desa
Kita jayakanlah untuk Negara
Mari kita semua bekerjasama

Maklumat banci banyak gunanya
Untuk merancang pembangunan Negara
Meneguhkan ekonomi kita
Meningkatkan taraf hidup kita semua
Banci tanggungjawab kita bersama…

Banci pengerak wawasan Negara
Terima kasih maklumat anda
Maklumat dijamin selamat rahsianya
Mari kita semua bekerjasama

Banci Penduduk dan Perumahan
Maklumat anda semua sangat diperlukan
Di Bandar atau juga di desa
Kita jayakanlah untuk Negara
Mari kita semua bekerjasama


Entri sebelum ini

{ 16 comments.. read them below or add one }

cikgu isza cikgu isza 22 August, 2010
belum lagi bersua empat mata tapi.. ada nampak pelekat kat peti surat ni..
imanshah imanshah 22 August, 2010
rumah ambo takdop org datang lagi
BIONIC WOMEN BIONIC WOMEN 23 August, 2010
eh ada tanya tv ngan peti ais ker?astro?mesin basuh?ritu org banci datang tanya 5 soalan pertama jer...
a kl citizen a kl citizen 23 August, 2010
rumah akak pun dah didatangi pembanci...
soalan yang sama juga tu...

*soalan biru tu, pun patut ditanya jugakkan....
Eyriqazz Eyriqazz 23 August, 2010
sayapun blom dibanci...dushh..sudah tentu bro boleh lawan trafik saya .....

P/s : bro,rasanya bro kena tukar template..cari yg more user friendly..takpun,gunakan aje perkhidmatan berbayar melromeo yg pasti puas hati...

first impression is very important...
Hamzah Ian Hamzah Ian 23 August, 2010
saye sudah dibanci.. tapi borang gile byk nak isi.. ish..
Damia Aleesya & Damia Ayunie Damia Aleesya & Damia Ayunie 23 August, 2010
kak ayu dah kena banci...last2 sekali org banci tu cakap
"penat lah kak ari ni....satu hari keluar banci"

huhuhu..siannya..
n@m@n n@m@n 23 August, 2010
@cikgu isza

wah..siap lekat dekat peti surat tu..aik..tu kira dah banci ke apa ye? tak paham..
n@m@n n@m@n 23 August, 2010
@BIONIC WOMEN

a'ah memang ada..ada lagi soalan² yang agak pelik..hehe
n@m@n n@m@n 23 August, 2010
@a kl citizen

itulah..nanti tahun depan nak aplly jadi pembanci, nak tanya soalan tu..hehe
ckLah@xiiinam ckLah@xiiinam 23 August, 2010
Dah selesai dah...dah jawab soalan2 tu..

:)
n@m@n n@m@n 23 August, 2010
@Eyriqazz

tak datang lagi ke?

p/s : a'ah..blog ni agak berat..ingat nak cuba edit² kurangkan apa² yang tak patut..

tau yang bisness mel tu..tapi lebih suka try edit sendiri..ada kepuasan bila tengok hasil kita sendiri walaupun tak setanding yang di luar

Anyway TQ ya ;). Nanti cuti sekolah nak cuba edit², godek² lagi..hehe
n@m@n n@m@n 24 August, 2010
@Damia Aleesya

haritu tengok pembanci (hok pompuan la), tengah pregnant..

mesti penat dis!!
n@m@n n@m@n 24 August, 2010
@ckLah@xiiinam

mesti ckLah jawab secara berpantun ye..hehe