Kadar Kompaun Baru Saman Trafik→Bonus Raya ke?

Salam..


Agak terkejut juga bila tiba² ada cadangan dari polis untuk menurunkan kadar saman trafik.

Polis kemuka cadangan kadar baru kompaun munasabah

KUALA LUMPUR 26 Ogos - Prihatin dengan beban pesalah jalan raya, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman telah mengemukakan kadar kompaun baru untuk 13 jenis kesalahan trafik yang disifatkan munasabah kepada Kementerian Pengangkutan untuk diteliti.

Sekiranya dipersetujui kementerian berkenaan, kadar yang lebih rendah sehingga 70 peratus pengurangan berbanding kadar kompaun dikuat kuasa sebelum ini akan dilaksanakan mulai 1 Januari depan.

Sebagai contoh kadar kompaun baru kesalahan memandu melebihi had laju bagi kereta adalah RM70 berbanding RM150 kadar kompaun asal manakala motosikal RM50 (RM150) dan lori/bas RM90 (RM150).

Bagi kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar untuk kereta adalah RM50 berbanding RM70 sementara van RM50 (RM80) dan teksi RM50 (RM150).

Menurut Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof, cadangan yang dikemukakan itu di peringkat perbincangan akhir antara kedua-dua pihak.

Katanya, kadar kompaun baru itu turut akan diselaraskan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum ia boleh dikuatkuasakan.

"Kita percaya kadar kompaun baru itu tidak membebankan rakyat dan munasabah untuk dilaksanakan.

"Jika pihak kementerian setuju, ia akan diperkenalkan pada 1 Januari depan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada 11 Ogos lalu, Kabinet bersetuju menarik balik langkah menyenaraihitamkan kenderaan buat sementara sehingga 28 Februari tahun depan.

Ini bermakna, mereka yang dikenakan notis saman boleh membayar secara penuh atau ansuran dalam tempoh kelonggaran tersebut.

Kerajaan sebelum ini membuat keputusan akan mengumumkan kedudukan muktamad isu saman ekor termasuk menetapkan kadar bayaran yang sesuai kepada pesalah trafik.

petikan dari Utusan Online

Sila klik gambar di bawah untuk melihat kadar baru saman trafik


Wah. Adakah ini tindakan yang betul? Selama ini dengan kadar yang tinggi pun ramai orang yang buat endah tak endah.

Dengan kompaun yang rendah mungkin membuatkan orang ramai lega, tetapi dalam masa yang sama mungkin membuatkan orang ramai tak takut untuk melakukan kesalahan jalan raya.

Dan lepas ini kalau anda memandu di sebelah kanan (lebuhraya) dengan mengikut had laju maksima 110km/j, jangan terkejut jika sentiasa diberi lampu tinggi oleh kereta²  di belakang. ;p

Nota Ringkas : Kalaulah semua mengikut peraturan di jalan raya, mungkin kemalangan dapat dikurangkan kan?

Sesi soal jawab : Apa pendapat anda? Patut ke tak patut?

{ 9 comments.. read them below or add one }

n@m@n n@m@n 28 August, 2010
testing...kotak komen sebelum ni 'problem'
DaHLia DaHLia 28 August, 2010
kadar baru, tapi sikap masih lama, xde makna gak :D
darkbatman darkbatman 29 August, 2010
erm.. bgsla.. save sket duit ak..dhla stiap taun kene saman.ahaha
zulkbo zulkbo 29 August, 2010
Salam bertandang lagi..
moga sihat selalu orang
di sini..jangan lupa
zakat fitrah tahun ini?
imanshah imanshah 29 August, 2010
Saman ekoq aku ada 4 lagi tak bayar..huhu
e.l.i.z.@ e.l.i.z.@ 30 August, 2010
paling x suko saman ekor..kt area umoh k.eli ado 1 tempat..60km/j..padahal highway..gilo ko apo suh bwk keto laju 60 jah..

kalu betul la kadar saman tu cemok tu, ok gok la heheh
Anonymous Anonymous 30 August, 2010
aku rasa bila saman baru ni dah kuatkuasa...
sistem kejara akan dikuatkuasakan..
baru bagus...saman rendah untuk..nasihat...
kalau buat lagi..terus gantung lesen 6 bulan/setahun..br padan muka..hehe