Kalau Bukan Kerana Facebook, Masakan Cesc Fabregas Kembali Beraksi

Salam..



(nak jugak update!! Keerja banyak lagi)

Nasihat-Sila sediakan beg plastik di sisi anda

Sebelum ni tersentap dengan FB seperti dalam entri Facebook, Yahudi dan Palestin. tetapi setelah membaca tulisan Ustaz Zaharuddin dan Ustaz Noramin mengenai status penggunaan FB, terus kembali separa aktif FB chekgu itu..hehe

Ada satu 'page' yang ditubuhkan untuk komuniti kuarters yang diduduki chekgu sekarang. Di sinilah penghuni² blok mengenali sebahagian daripada jiran² mereka. Bagus kan? Maklumlah, biasanya duduk di bandar macam ni, susah nak bermasyarakat. Tapi dengan adanya teknologi sebegini, bermasyarakat menjadi lebih mudah.

Chekgu ada memulakan 'discussion' tentang team futsal


Rupa²nya orang yang memulakan 'discussion' itu lah(ambo lah tu) yang tertinggal jauh. Dah banyak aktiviti² komuniti ini, tapi tak tahu sebab tak aktif sangat FB. Dipendekkan cerita, selasa malam haritu berjaya juga 'join' futsal.Fuh..Lebih kurang 30 orang datang. Memang meriah. Siap bawa anak isteri masing².

Dah lama tak main memang semput habis!! Mana tak nya, dah lebih 2 tahun tak main futsal. kena pulak lari bawak lemak² berlebihan, memang pancit. Tapi dapat jugak score 2 gol dengan cantiknya.

Antara aksi² yang dirakamkan (diambil dari Mohd Nur Farhan)

tengoklah jejaka boroi yang tengah bawa bola tu..hehe

sedikit sesi beramah mesra dan perbincangan untuk aktiviti seterusnya(siapa yang cekak pingang tu??)

++++++++++++++++++++++++++++++

mana cerita Cesc Fabregas? Ini bukan berita Cesc Fabregas mahu ke Barcelona ye!

Owh..Dulu dekat UKM kawan² seperjuangan di padang bola menyamakan chekgu dengan Fabregas tu. Ada ke patut!!! Macam lah bagus sangat Fabregas tu.hoho ( bolehlah muntah dalam beg plastik tadi ye!)

Cesc Fabregas

Darwisy merajuk sebab tak bawa dia main futsal. Kesian Darwisy main bola sorang² kat rumah. Lain kali kita bertiga pergi ye!


main bola kat rumah je la!

Nota Ringkas : Teknologi. Ada negatif, ada positif. Kita yang memilihnya kan?

P/s : Tak sempat nak menjenguk blog rakan² yang lain. Nanti ye!

{ 10 comments.. read them below or add one }

sujairi sujairi 05 August, 2010
teknologi semakin mendekatkan kita dengan masyarakat .. yang penting kita menggunakan dengan cara berbudi bahasa dan sopan santun.. barulah kita dapat melahirkan masyarakat yang terbilang... Amin..

hebat chekgu main bola ye..heh
mijie mijie 05 August, 2010
cikgu itu tempat futsal mcm pernah aku gi la, dkt puspanita kan presint 10
a kl citizen a kl citizen 05 August, 2010
bakat kalau dah ada melekat dalam diri, takkan hilang ke mana kan naman, tapi mungkin tumpah ke darwisy je lah...

terbaru dari saya : sindrom anai-anai
Ckin Kembaq Ckin Kembaq 05 August, 2010
facebook ni ada buruk and baiknya...terpulang kpd individu...
cikmin cikmin 05 August, 2010
salam..

dah buat keputusan tak mahu menggunakan teknologi yang 1 tu.. :)
tengku_fir21 tengku_fir21 05 August, 2010
ouw..sudah ader fb...
cari saya di fb..ehh...
sangat bagus komuniti disitu..
maza maza 05 August, 2010
heheheh...maza pun berunion tempoh hari di atas kapasiti FB juga.. kalau tak der, memang payah sikit ler...

huhuhu
kak ina kl kak ina kl 05 August, 2010
emmmm sebenarnya akak tak rajin nak gi ke fb tu...sbb dah tak leh upload gambar kat blogspot akak gi ajer upload kat fb.

memang betullah kamu bukan blogger tegar..kalau akaklah kan..mesti macam cacing kepanasan bila tak layan internet satu hari.