Siapa yang tak kenal dengan Eyriqazz, tuan punya blog Cap Ikan Ayam Goreng yang Uniques Visitors (UV) beribu sehari tu? Kalau blog dia Cap Ikan Ayam Goreng, maka blog ni Cap Ikan Bilis Halus la kot. ;P
Eyriqazz a.k.a GTO yang telah dikartunkan.
Beliau kadang² ada juga melawat blog Cap Ikan Bilis Halus ni. Walaupun hanya sekadar silent killerreader, kunjungan beliau amat dialu-alukan ( bodek duit nuffnang Eyriqazz ni..chewaaah)
Kadang² ada juga komen daripada beliau, walaupun pada bulan ni berada pada tangga ke-60..;p.
Satu yang kengkawan tak tahu mengenai Eyriqazz ni, beliau ada seorang kembar yang baru nak berjinak² dengan dunia blogging. Tak percaya? kenapa? (sila tiru suara dalam iklan CIMB tu). Jom kita terjah, siapa kembar Eyriqazz itu!!! (bayangkan lagu Amy Search, Terjah dimainkan sebagai muzik latar)
inilah dia!!
Amacam? Sama tak? Siapakah dia si kembar Eyriqazz akan dijawab di entri akan datang..hehe.
Sekali sekala ambil idea hangit Eyriqazz ok jugak ye!
sebagai penutup bicara, ada satu pantun dijual kepada Eyriqazz ;
Sorong papan tarik papan,
Buah keranji di atas sampan,
Duit Nuffnang Eyriqazz dah berketul-ketulan,
Bilalah nak belanja kami makan?
Jawab..Jangan tak jawab!
Nota Ringkas : Sangat setuju dengan pendapat Eyriqazz, ''When you are thinking too much about money from blogging, anda mungkin akan kecewa dan terhenti di tengah jalan . Tapi, bila you put your passion and let it go, the money will come to you.''
ehehe