Cicak dimasak bersama nasi..Uwekk!

Semasa mama Darwisy tengah potong gula melaka untuk membuat kuih gula melaka a.k.a onde² (?), terkejut bila tengok ada semut kering di dalam gula melaka tu. Dah menjadi mumia yang sebati dengan gula melaka. Nasib baik tak makan, banyak asid formik tu. Tak baik untuk otak..hehe.

mumia semut yang diawetkan di dalam gula melaka. Terbaring secara kacak di situ. Memang begitulah posisinya.

Tiba² teringat tatkala zaman kanak². Masih diingati, daun kelapa meliuk menari-nari dibuai angin malam kesan Monsun Tropika..ARghhhhh..Tak usah bersasteralah!!. (angin kus-kus datang)

Teringat dulu, satu peristiwa yang memang mengerikan lagi menggelikan masa kecik² dulu. Masa tu satu famili tengah makan malam ekslusif di rumah sendiri. Masa nak tambah nasi, tiba-tiba terlihat dalam periuk ada sesuatu yang melazatkan. Ianya adalah
























seekor cicak....huwaaaaa..No! Tidak! Nehi!! Ammmma!!

Bukannya cicak man.


Bukan juga cicak tokek yang bernilai ribuan ringgit tu!

cicak tokek (sila google untuk berkenalan dengan lebih lanjut)

Tetapi ianya adalah seekor cicak rumah yang telah 'termasak' bersama beras..Uweekkkk!!


Terus semuanya mencari 'port' untuk memuntahkan balik segala isi yang belum sempat melalui proses peristalsis sampai ke usus. Yang ajaibnya, abang sempat lagi ambil seketul ayam untuk diratah. Langsung tak geli, memang hebat.

Owh..Ngeri sungguh bila diingatkan peristiwa ni..hoho. Anda macam mana? Ada pengalaman yang lagi dasyat? Bolehlah cerita ye..hehe


Nota Ringkas : Kena tengok betul² lah masa memasak kan?

0 comment... add one now