Eh! Ko ambil gambar pakai handset je ke?

Salam..


Hari ini selepas meeting kewangan yang berakhir pada pukul 2 lebih, iaitu sekuel daripada bila nak habis RM1092 tu, terlibat pula dengan Majlis Khatam Al Quran dan Sumbangan Hari lebaran.


Ditugaskan sebagai AJK dokumentasi, jadi tentulah kena ada gambar kan? Jadi cikgu serba serbi kena boleh..hoho. Ada yang dah memegang jawatan gulung dan hamparkan tikar secara tetap dan berpencen, ada juga dah serasi dengan PA sistem dan macam² lagi tugas yang perlu tahu.

Berbalik kepada tugas petang semalam, hanya kamera hanset Nokia sahaja sebagai pilihan. Jadi nak tak nak itu sahajalah senjata yang ada. Kamera besar memang tak pernah bawak ke sekolah..hehe.

Eh..ko pakai handset je ke ambil gambar? tanya seorang cikgu

Cukuplah sekadar nak tempek dalam laporan nanti kan? Takkan nak pakai kamera 18 Megapixel, tak berbaloi.

Ramai yang anggap kamera bermegapixel tinggi akan menghasilkan gambar yang cantik..Oh..Tidak sama sekali. ;)



Apa itu megapixel?

Impak jumlah pixel di dalam gambar adalah berkaitan dengan kualiti gambar sewaktu cetakan. Semakin besar jumlah pixel di dalam gambar anda, semakin besar kemungkinan gambar anda dicetak bersaiz besar tanpa hilang kualiti gambar.

Semakin besar pixel juga akan menyebabkan saiz gambar semakin besar. Gambar yang besar memakan jumlah ruang simpanan yang lebih besar. Saiz yang terlalu besar juga akan menyebabkan proses di dalam perisian editing akan menjadi lebih lambat.

Saiz minimum yang sesuai untuk setiap saiz cetakan

Sila klik untuk besarkan gambar


Jadi, kalau anda nak buat iklan billboard yang besar² tu, barulah guna 20 megapixel ye.hehe.

Antara gambar² yang sempat ditangkap semalam.











Dah macam raya. Ada yang datang betul² nak khatam, ada yang sibuk nak main handset, ada yang posing sana, posing sini ambil gambar, dan ada juga berkeliaran kat luar dewan, hanya menunggu waktu wang sumbangan diagihkan.


Nota Ringkas : Selamat bercuti wahai rakan² sejawat dan juga tidak sejawat. ;)

0 comment... add one now