Tips Sebelum Balik Kampung ( Agak Jarang didengari)

Salam..

Semalam selesai sahaja bermain futsal dengan Komuniti FB Apartment Fasa 18R8, ada pesanan dari anggota bomba, bernama abang Jat @ gelaran manjanya OTAI ;p. Tips² tersebut sangat jarang kita dengar, jadi nak kongsikannya kat sini.


1. Gas memasak

Biasanya kita hanya mencabut kepala gas tersebut dan merasakannya dah cukup, tapi sebenarnya tidak. Menurut abang Jat, tong² gas yang kita gunakan kat rumah sekarang sudah berusia dan sudah terlalu banyak kali digunakan. Jadi ada injap(kalau tak silap) yang sudah agak longgar. Ia tetap akan mengeluarkan gas setelah kita cabut kepala gas.

Jadi untuk keselamatan, selepas cabut tong gas, sila letakkan di tempat terbuka, iaitu ada pengudaraan. Takut² nanti kalau kita biarkan di dalam, gas² yang keluar sedikit demi sedikit akan membahayakan keselamatan (kalau ada sedikit haba sekalipun memang bahaya)

2. Mengantuk semasa memandu

Kalau memandu semasa siang/panas, mata kita akan cepat mengantuk, jadi ada tips dari saudara Zikri iaitu kita berhenti dahulu dan pijaklah jalan tar yang panas tanpa memakai kasut atau selipar.( jangan buat tengah² jalan pulak).

Setakat ni dah ada yang cuba dan memang berkesan. Belum jumpa lagi fakta saintifik tentang cara ni.hehe. Tengah cuba dicari.

Cadanganku ; Sediakan tuala kecil yang direndam dalam air dan letakkan disebelah pemandu. Setiap kali mengantuk, ambil tuala yang basah itu dan sapulah kat muka. Mesti segar sedikit.hehe

3. Bila kembali

Bila kita sudah kembali ke rumah selepas raya nanti, pastikan buka semua tingkap terlebih dahulu untuk pengudaraan. Risau kalau tong gas yang disimpan mengeluarkan gas dan terperangkap di dalam rumah. Jangan sampai dirumah terus nyalakan api rokok!.


Itu adalah antara tips yang tak pernah dengar lagi. Banyak lagi tips yang sudah biasa kita dengar seperti cabut semua plug@ matikan suis utama, motor simpan kat dalam rumah dan lain². Kalau ada tambahan sila tambah di ruang komen. Terima kasih.

Nota Ringkas : Better safe than sorry.

0 comment... add one now