Darwisy Menunjukkan Bagaimana Cara menangkap Bola Yang Betul Kepada Van Der Sar

salam..

Keputusan EPL Manchester United VS West Brom sangat mengecewakan Darwisy. Elok² dah leading 2-0, kesalahan bodoh pulak dilakukan .hoho. Mungkin Van Der Sar sudah tua, dah kurang cekap menangkap bola..hehe. Akhirnya seri jugak 2-2 di laman sendiri. Aduii.

Oleh sebab rasa tak puas hati terhadap Van Der Sar, Darwisy ingin menunjukkan cara² menangkap bola yang betul.

kalau bola dari tepi, tangkap macam ni ok

dari atas, rapatkan ke arah muka

kalau bola leret, macam ni pulak ye!

Haa. Harap² lain kali Van Der Sar tak silap lagi, atau pencen je terus, umur dah tua tu..hehe. Apa² pun Van Der Sar antara penjaga gol yang terbaik kata Darwisy.

Ops..Semalam tengok kelantan lawan selangor yang berkesudahan Kelantan membenam Selangor 3-0. Awal² permainan, lagu negeri Kelantan dimainkan. Owh..Baru perasan rupanya sudah lupa  sebahagian daripada lirik lagu negeri kelantan..sob..sob. Lagu negeri Selangor ingat pulak, mentang²lah dah hampir tiga tahun menabur bakti di negeri Selangor ini..keh..keh..keh. Maklumlah tiap kali Isnin kena nyanyi lagu negeri Selangor.

GOMO TETAP GOMO WOKEH!

0 comment... add one now