Demi anakanda, pokok mambu yang tinggi ayahanda panjat untuk khasiat daunnya

Salam.

Dah beberapa hari Darwisy kena chicken pox, sekejap demam sekejap tak. Tapi alhamdulillah, hari ni dah mula kering.

Selain daripada ubat calamine yang doktor bagi, ada satu lagi petua atau nama panjangnya PESAN ORANG TUA²(main tibai je) daripada orang² lama. Berubat menggunakan khasiat daun mambu.

Nasib baiklah pokok mambu sangat banyak di Taman Warisan, Putrajaya. Jaga kat situ siap tolong lagi petik daun mambu dari pokok yang tinggi tu.Siap guna payung nak capai dahan yang tak tercapai dek akalku oleh tangan walaupun dah berdiri atas kerusi..hoho.



Inilah pokok mambu yang banyak di Taman Warisan

setelah berpeluh² memanjat, ini hasilnya

tumbuk sampai lumat, ambil airnya

campurkan air perahan daun mambu dengan bedak sejuk

kacau sampai sebati (macam tengah makan pulak)

lumurkan di kawasan dijangkiti..hehe


masih boleh ghenyih sambil bermain bola..hehe

Tambahan : -Boleh juga letak daun mambu di bawah cadar tilam
-daun mambu juga digunakan dalam makanan ayam organik HPA

++++++++++++++++++++++++++++++++

Sedikit info mengenai khasiat mambu yang dipetik bulat² di Agrobio Solutions

POKOK ANTI SERANGGA SEMULAJADI
NATURAL ORGANIC INSECTICIDE TREE

Nama sains: Azadirachta indica Syn. Melia Azadiracta, Antelaea azadirachta, Melia indica
Nama biasa: Mambu, neem, nim, margosa, sadu, sadao, dao, repe, imba, mamba, mimba intaran
Famili: Meliaceae (satu keluarga dengan pokok Mahogani/ Swietenia mahagoni dan Sentang/Azadirachta excelsea)

Negara asal: Malaysia, Indonesia, India, Myammar, Bangladesh, Sri Lanka, and Pakistan

Ketinggian pokok: 15-20 meter

Buah

* • Sangat beracun

Fakta mengenai pokok ini

  • Pokok ini cepat membesar
  • Hidup di Negara beriklim Tropika dan separa tropika
  • Namanya di Afrika (Swahili) bermakna ‘pokok 40’ ianya dikatakan boleh menyembuhkan 40 jenis penyakit.
  • Di India, pokok ini dikenali dengan bermacam macam nama seperti,’Pokok sakti’, ‘Sembuh segala penyakit’, ‘Kedai ubat alam’,’ Ubat untuk segala penyakit’ dll.
  • Pokok ini tahan kemarau dan boleh hidup ditempat yang kurang air/ kering atau tanah berpasir.
  • Di India ranting pokok ini dikunyah untuk bersihkan gigi.
  • Di Senegal pokok ini telah digunakan sebagai ubat malaria dengan berkesan
  • Di kepulauan Pacifik daun mambu/neem dibuang ke laut, katanya ikan suka bertelur pada daun pokok ini.
  • Orang orang India tahu macam mana untuk mengatasi racun pokok ini.

Kegunaan sebagai makanan

* Bunga di masukkan kedalam masakan kari

* Di India, bunga pokok mambu/neem dan gula merah dibuat gula gula.

* Pucuk muda dan bunga pokok ini dijadikan sayur di India., Vietnam dan Myammar


Khasiat perubatan

* Daun , buah,, bunga dan kulit pokok digunakan untuk perubatan

* Daun mambu dan halia untuk ubat cacing/vermifuge (Anthelmintic)

* Atikulat(antifungal),

* Ubat kencing manis (antidiabetic)

* Anti-kuman/bacteria ( antibacterial)

* Anti –virus ( antiviral),

* Anti kesuburan /membunuh mani (anti-fertility,)

* Ubat tahan sakit (Sedative)

* Digunakan didalam perubatan ‘Ayurvedic’ untuk penyakit kulit.

* Ubat jerawat (acne treatment)

* Pesakit cacar atau campak (smallpox /measles) tidur diatas daun mambu/neem.

* Turunkan suhu badan (Febrifuge/antipyretics)Di India akar pokok ini digunakan
untuk ubati demam panas.

* Ubat sakit ‘scabies”

* Astringent

* Daun untuk ubati kudis

* Mengikut dos yang betul daun mambu/neem diberi kepada haiwan ternakan untuk ketahanan melawan penyakit. (Increase immunity)

Kegunaan dalam industri sabun dan wangian

* Minyak mambu/neem untuk perbuatan sabun, shampoo, krim, dll.
* Minyak mambu/neem membuat kulit bergetah (elastic)

Anti serangga/ racun serangga organik (Organic Pest control)

* Minyak mambu/neem menghidar dari gigitan nyamuk

* Boleh menghindar/membunuh lebih dari 500 jenis serangga,kutu, nematodes, ianya akan menghindai serangga, kalau serangga memakan racun serangga dari mamu/neem ianya tidak membunuh serangga itu sebaliknya akan merusakkan generasi(kepompong) serangga itu.

* Berbanding dengan racun kimia, mambu/neem neem selamat dan tidak memudaratkan untuk jangka masa panjang kepada manusia dan haiwan

* Daun digunakan untuk hapuskan kutu rambut.manusia, kucing dan anjing.

* Asap dari pembakaran daun mambu pun boleh membunuh seragga

* Untuk membuat racun serangga anda cuma perlu ‘blend ‘ daun mambu/neem dengan cili api dan bawang putih. Tidak seperti racun kimia, ramuan ini anda boleh pegang dengan tangan (jangan diminum).

Kegunaan sebagai baja:

* Daun pokok ini kaya dengan ‘potash’ dan’phophorus’ dan boleh dibuat baja.

Kegunaan landskap

* Pokok teduhan/ teduhan yang luas
* Tempat kurang hujan
* Pokok tepi jalan (roadside planting)
* Tanah berpasir
* Tepi laut

Kandungan kimia
Saintis Pakistan ,Salimuzzaman Siddiqui pada tahun 1942 telah menemui bahan kimia pahit dari pokok mambu:-
1. Nimbin (dari minyak)
2. Nimbidin(dari minyak)
3. Nimbinin(dari minyak)
4. Azadirachtin(/dari biji)

AMARAN

Boleh dikatakan kebanyakkan bahagian pokok mambu/neem adalah beracun ; rujuk kepada pakar perubatan tradisional sebelum mengunakannya.

0 comment... add one now