Manusia Tak Pernah Puas

Salam..

Sebagai manusia biasa, mungkin kita kadang² terfikir.(Alangkah bagusnya kalau tak terfikir.)


Alangkah bagusnya gaji besar, hidup senang.

Bila nak tukar kereta ni?

Nak renovate rumah lah.

Nak tukar handphone lah


Sesetengah daripada kita akan cuba memuaskan kehendak sendiri. Tak pernah merasa cukup.


Lihat gambar di bawah

Lokasi : Jalan TAR, KL
Gagdjet : Nokia N79

Apakah yang bermain di fikirannya? Sama macam kita di atas kah?

Kita rasa tak cukup apa yang ada, sebab kita selalu memandang mereka² yang di atas kita.

Kalau kita melihat mereka yang di bawah kita, kita akan rasa apa yang kita ada LEBIH DARIPADA CUKUP!


Nota Ringkas : Sesekali muhasabah diri lagi bagus daripada mencari keburukan orang..kan..kan?

0 comment... add one now