Opah nak gambar Darwisy sebagai pengubat rindu ;)

Salam..


Malam tadi opah Darwis dah balik ke Kelantan setelah hampir 3 minggu menjaga Darwisy akibat kes taska tu.

3, 4 hari sebelum nak balik, awal² dah pesan nak gambar Darwisy. Nanti teringat boleh tengok gambar. Katanya KESIK la nanti teringat kat Darwisy..hehe. Mana taknya, aksi² Darwisy sekarang memang boleh buat orang ketawa.hehe. Antara skill terbaru Darwisy;

cakkk!!

Sungguh berbahaya skill terbaru Darwisy ni. Nasib baiklah dia dah macam lupa nak buat 2,3 hari ni. Dari mana belajar tak tahulah. Mungkin tengok kami sembahyang kot..hoho.

Berbalik kepada gambar, nasib baiklah ada printer yang boleh hasilkan cetakan gambar macam kita cuci kat kedai, dan kosnya lebih murah daripada kedai lagi.

cetak sendiri gambar di rumah ;)

Dan opah Darwisy sempatlah bergambar dengan cucu ke7 beliau itu.

senyum je dua²..hehe

0 comment... add one now